Tuesday, May 26, 2009

Dengarlah Rayuanku Ini...

Selesai sudah menanda kertas peperiksaan akhir. Selesai juga markah dimasukkan ke dalam sistem. Ternyata pencapaian pelajar pada semester ini sedikit merosot. Dijangkakan akan ada yang gagal dan mengulang subjek.

Seperti biasa, tatkala menanda kertas peperiksaan akhir, pasti akan ada ayat-ayat rayuan. Berikut antara ayat rayuan yang berjaya dirakam oleh henpon cap yahudi.


En. Roshaizul Nizam. Sy harap encik bagi lah saya lulus. T.ksh


HARAP-HARAPENCIK LULUSKAN SAYA. SAYA DAH MENCUBA SEDAYA UPAYA SAYA. NI LAST SEM UNTUK SAYA MINTAK TOLONG SANGAT-SANGAT


lulus la cik


(BLUR)


-PB x cukup.
- Tolong Encik


Tolong cik!


To: En Roshaizul Nizam, Sya harap EN bagilah saya lulus. T.kasih.


(Mintak lulus pun jadilah Encik) Ini saja yang termampu


Assalamualaikum cik.....ikhlas dari hati cik...saya harap sangat2 cik dapat tolong luluskan saya...bagilah markah simpati cik utk luluskan saya...Hanya tuhan sahaja dapat membalas jasa cik....


semoga cik bahagia dunia akhirat. wasalam..

Ternyata aku tidak terpengaruh dengan rayuan-rayuan tersebut. Aku harus bertindak profesional.

Disamping rayuan-rayuan tersebut, ada juga yang mendapat 100 markah! Aku memang takjub dengan budak ini. Tahniah kepada beliau.

9 comments:

oranglidi said...

hahah.. macam2 adegan student lu! cis!! hahah!

lemon said...

haha..aku sokong!!!!!kaci jer lulus budak2 dad6 tu..dah last sem kan..timbang rasa laa cket...

adanz said...

ko ngajo apa ni jam... payah bebeno je ropenye.....

haritz said...

beri markah percuma pun rasuah

roshaizul yang gagah said...

org lidi,
biasa la tu. hubhuhuhu

halena,
aku ajo dad5

adanz,
kaji daya bahan. susah kah?

haritz,
tu la pasal. aku seorang yang anti-rasuah. aku menci rasuah.

Anonymous said...

salam ziarah.kesian jugak tgk.aku rasa patut bertegas.tapi kdg2 kesian,utk dapat sijil utk kerja je.bukan degree tggi sgt

zairi said...

hahaha...best betul la studen2 ko tu.tapi kalau ikut2 kan logik,lagi la orang malas nak layan nota2 macam tu.dah la sakit hati ngan jawapan.ada plak nota tagih simpati.lagi hangin..

roshaizul said...

tanpa nama dan zairi,

sjujurnya, aku memang tolong satu kelas. adalah amat tidak adil kalau aku tolong 2-3 orang jer. terkadang ada 2-3 orang yang aku dah tolong, tapi markah mereka masih tidak cukup lagi utk lulus..

en_me said...

tangan diatas itu lebih baik dari tangan dibawah ghitewww kannn abang jem.. ekeke