Hari itu aku buat ujian.
.
Ada lima set soalan yang berbeza dalam kelas ini. Oleh itu kebarangkalian untuk dia orang meniru adalah rendah.
.
Jadi, kebarangkalian untuk dia dapat soalan yang sama dengan kawan sebelah adalah 1/5 atau 20% sahaja.
.
Ini secara halus aku mengajar dia menjawab dengan jawapan sendiri,
tidak dipengaruhi orang sebelah. Dan dia akan bertanggungjawab dengan
jawapannya.
.
Begitu juga dengan kehidupan. Dalam banyak hal, kita harus buat keputusan sendiri dan bertanggungjawab dengan keputusan kita.
.
Ini tidak, kalau anak dapat result teruk, cikgu juga disalahkan.
.
Kalau bawa slow macam kura dekat lane kanan, pastu kena hon, orang yang hon itu dimarahnya sebab tidak bersabar.
.
.
.
.
.
Banyak set soalan ni pun menyenangkan kerja aku. Sambil jaga ujian ni aku boleh baca buku dan main pesbuk dengan tenang.
.
Bukan macam kau, dah macam James Bond masa jaga ujian. Hohohoho
No comments:
Post a Comment
Nak duit bila tinggalkan komen?
KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT