Monday, January 09, 2017

Canva: Buat Design Poster Dengan Mudah dan Percuma

Aku bukanlah pro atau pandai sangat design poster atau edit gambar. Kadang tu aku rasa aku lukis tangan lagi cantik. Hohohohoho

Dengan kepandaian tak seberapa, kerap la juga aku edit gambar dan design poster Adobe Fireworks. Software ni paling banyak aku guna. Tapi, kalau nak edit yang simple, aku selesa guna Microsoft Picture Editor sahaja.

Masa zaman muda-muda dulu, 12-14 tahun lepas, biasa juga aku guna Corel Draw. Zaman tu e-card sangat popular. Sempat la juga aku menyumbang e-card pada web yang provide servis e-card. Owh, bagi kau yang tahu, e-card ni kira macam sosial media juga la kot masa tu. Dia lebih awal dari Friendster dan Myspace. Bila wujud dua media sosial ni, kegemilangan e-card terus pudar.

Namun, bila meningkat usia ni, aku macam malas nak buka software untuk design poster dan grafik. Itu yang pertama. Yang kedua, idea kreatif aku dah mula merosot.

Mujur sekarang berlambak online software dan phone apps yang power untuk design poster. Siap ada template yang comel dan cun. Jadi, sekarang ni dah jarang aku buka Adobe Fireworks.

Banyak sebenarnya online software dan phone apps untuk design poster. Tapi, pada aku yang paling best adalah Canva. Canva ni kau boleh guna online di www.canva.com. Ataupun, kalau kau pakai iPhone atau iPad, kau boleh download apps dia di Apple Store. Malang bagi kau yang guna Android, tiada apps ni dalam Play Store.


Canva ni banyak templatenya. Ada yang free, ada yang berbayar. Yang free pun dah cun sangat. Tak payah dah nak pakai yang berbayar.

Tapi, canva ni ada satu kelemahan yang ketara. Dia tiada lasso tool. Lasso tool ni untuk kita pilih bahagian tertentu dalam gambar. Untuk lasso tool sahaja, aku gemar guna https://www.befunky.com/

Sebenarnya, banyak lagi online software dan apps untuk design poster dan edit video. Nah, aku bagi lagi 10. Pandai-pandai la ye nak explore sendiri.

1- Pixlr
2- Fotoflexer
3- Pizap
4- Lunapic
5- Photofunia
6- Freeonlinephotoeditor
7- Bannermaker
8- Malaysiastream
9- Rea_perzs Photoshop
10- Fotor

2 comments:

  1. Terima kasih atas entri ni. Saya sebelum ni guna freeware GIMP untuk design sesuatu. OK juga tapi agak advance, bagi yang newbie saya rasa ketat muka juga nak try. ;)

    ReplyDelete
  2. Tq bro SITE ADMIN. Aku pun baru tahu pasal GIMP. Tq sebab bagi pengetahuan baru pada aku. :-)

    ReplyDelete

Nak duit bila tinggalkan komen?

KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT