Ini persinggahan terakhir dalam percutian pendek ke Kelantan. Aku dan Pn. Nurul memutuskan untuk berhenti sahaja mana-mana kedai makan.
Ditakdirkan kereta aku berhenti di kedai ini. Sangkaan awal, kedai ini menjual nasi ayam. Sangkaan meleset. Kedai ini menjual ayam goreng dan yang seangkatan dengannya sahaja.
Mulanya kami terasa ingin mencari kedai lain. Tapi, sudah menjadi rezeki kami, kami terus memesan makanan di sini.
Pn. Nurul pesan ayam goreng dua ketul. Harga seketul hanya RM2.70 sahaja.
Aku pula pesan chicken chop beserta kentang goreng dan kentang putar. Hanya RM7 sahaja.
Chicken chop dia memang besar. Buat pertama kali dalam sejarah perkahwinan kami, aku meminta Pn. Nurul habiskannya. Aku memang tak mampu untuk habiskan.
Walaupun murah, rasanya memang sedap bila dimakan panas.
Oleh kerana Pn. Nurul tak berapa kenyang lagi, beliau memasan leher ayam goreng dan nuget ayam sebagai bekalan di dalam kereta kelak.
Aku tak berapa pasti lokasi kedai ini. Aku rasa masih dalam kawasan Wakaf Che Yeh. Kalau kau dari Wakaf Che Yeh, kau akan jumpa lampu isyarat. Ke kanan akan ke RTC Tunjong dan ke kiri akan ke Kuala Terengganu. Kedai ini berada di sebelah kiri.
Untuk lebih kepastian, kau boleh buka Google Maps dan cari EDDLEE FRIED CHICKEN. Juga kau boleh tengok gambar di bawah untuk pengecaman.
Ini ha kedainya. Kedak biasa sahaja. Tapi, ayam gorengnya luar biasa!
Suasanya dalam kedai. Tenang dan redup, walaupun di tepi jalan besar.
Ini chicken chop yang aku pesan. Makan dua orang pun boleh kenyang. Portion dia besar.
Ini chicken chopnya. Kentang putar awal awal lagi aku dah bedal. Sedap. Lain dari yang lain.
Menurut rakan-rakan Fecebook aku, kedai ini banyak cawangannya. Juga, harga RM7 itu dikira mahal jika di Kelantan. Ada chicken chop yang hanya RM4.50 sahaja di Kelantan.
No comments:
Post a Comment
Nak duit bila tinggalkan komen?
KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT