Friday, September 21, 2018

Ayuh Singgah RnR Perasing

Walau ramai yang kata RnR Perasing membosankan dan berhantu, ia tetap menjadi destinasi aku setiap kali pulang ke Dungun melalui LPT2.
Dan post ini adalah post kedua aku mengesyorkan RnR Perasing. Kau boleh baca salinan post pertama itu di http://roshaizulnizam.blogspot.my/…/rnr-perasing-ada-hantu.…
Ada ketika, aku sengaja untuk terus memandu 4-5 jam semata-mata untuk berhenti di RnR Perasing. 
Entahlah, barangkali aku suka keadaan yang senyap dan tidak hingar seperti di situ. Juga, aku gemar menikmati Nescafe panas di gerai A9.
Setelah sekian lama tidak ke RnR Perasing, aku jumpa satu lagi tarikan di situ. Gerai A10. Sebelah gerai A9.
Gerai ini ada jual laksa penang yang sedap. Tapi, sebetulnya aku tak pasti ia sedap atau tidak. Aku bukan penggemar laksa penang. Tapi melihatkan Pn. Nurul makan berselera tanpa mempeduli aku dihadapannya, aku yakin ia sedap. 
Kuahnya pekat, tidak boleh dibuat cermin. Telur rebus diberinya sebiji. Ulaman dan salad melimpah dari kapsiti mangkuk. Baunya pun kuat dan menggamit selera.
Memandangkan aku tak makan laksa penang, aku memesan nasi lemak. Fuh, sedap juga nasi lemaknya. 
Nasi itu sendiri memang lemak. Ialah, kadang aku terbeli nasi yang kononnya lemak, tapi rasa macam nasi biasa. Sambalnya pedas manis, dan diberinya juga telur rebus sebiji. Kagum aku. Biasa beli nasi lemak bungkus aku dapat telur gred C belah 16.
Memang puas hati makanan gerai A10 ini. Punyalah sedap makanannya sampai tak sempat aku ambil gambar. Sempat ambil gambar gerainya sahaja ketika hendak bertolak.
Kau mesti cuba.
—-
Pernah sekali dompet aku tercicir di hadapan gerai A9/A10 itu. Tapi, mereka ini orang baik-baik. Sanggup cari nombor telefon aku untuk pulangkan dompet aku.


No comments:

Post a Comment

Nak duit bila tinggalkan komen?

KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT