Wednesday, September 19, 2018

Bertenang Semua, Makan Kerepek Dulu

Albert Einstein pernah ditawarkan untuk menjadi Presiden Israel kedua pada tahun 1952. Namun ia menolak.
Pada tahun yang lebih awal, 1946 setahun selepas Hiroshima dan Nagasaki di bom atom, seorang wartawan bertanya kepada beliau, "Kenapa manusia bersusah payah berfikir untuk menemui struktur atom atom, tetapi tidak mampu mengawal atom dari memusnahkan dengan kuasa politik?"
Dengan tenang Albert Einstein menjawab,
"Politik lagi sukar dari fizik".
---
Suasana dalam dinding Facebook aku kini tidak menyenangkan selepas kerajaan baru memerintah.
Lalu, bersimpang siurlah pelbagai perkongsian video, gambar dan kata-kata yang entah mana hujung pangkalnya. Lalu, pada ruangan komen, masing-masing sepertinya menegakkan benang yang samada basah atau kering.
Terjadi, dalam dinding Facebook aku, rakan-rakan yang saling aku kenali berbalas komen. Masing-masing cuba menegakkan hujah; yang kebanyakannya kelihatan dangkal dan cetek.
Setelah lebih 60 tahun merdeka, kita perlu matang bagi membentuk persekitaran yang sejahtera, sekurang-kurangnya dalam Facebook ini. Aku, ada beberapa cadangan bagi mewujudkan persekitaran tersebut. Juga, ini sebenarnya sebagai peringatan kepada aku sendiri.
1. Berlapang dada. Kalau kau tidak setuju dengan sesuatu isu, jangan cepat taip keypad tu. Tarik nafas, bidangkan dada dan hembus dengan tenang. Kalau rasa nak marah, itu setan sebenarnya. Halau setan itu.
2. Banyakkan membaca dari pelbagai sumber dan genre. Kerana membaca itu jambatan ilmu. Tidak membaca jambatan bangang namanya. 
3. Usah berdebat dengan orang yang tiada ilmu. Bila kau dah berilmu dengan membaca, usah berdebat orang yang tidak membaca yakni orang yang bangang. Sebab, orang bangang berkata/menaip berdasarkan emosi semata-mata.
4. Hormati pandangan orang lain. Walaupun orang itu bangang, hormati pandangannya. Letakkan diri kau lebih bangang dari orang yang bangang itu. Ingatlah, ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya.
Cukup empat sahaja, tiada idea sebenarnya. Kah kah kah. Kalau kau ada cadangan lain, letak pada bahagian komen.
Semoga dengan cadangan ini kita kearah membina negara dan memenuhi harapan bagi menghebatkan negara kita.


No comments:

Post a Comment

Nak duit bila tinggalkan komen?

KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT