Enam hari lima malam. Melihat negeri orang juga melawat dua bapa saudara aku di Kangar dan Kulim.
Ini siri pertama dari sepuluh, mungkin berbelas, mungkin 12 kisah perjalanan ke utara.
Semua kisah akan disertakan dengan video log satu minit. Vlog-vlog boleh dilihat di sini. Jangan lupa subscribe. :D
------
Ini kali ketiga aku ke kedai Nasi Ulam Cikgu. Aku tahu banyak tempat makan sedap di Kelantan, khususnya Kota Bharu. Tapi, niat aku ke Kelantan kali ini untuk pergi ke muzium. (Ya tuan puan, pergi muzium. Ini hobi biasa bagi orang yang membosankan macam aku.) Memandangkan Nasi Ulam Cikgu berada di kawasan muzium, lalu aku ke sini. Juga, gorengan ikan keli dan ayam Nasi Ulam Cikgu masih aku teringat-ingat.
Kunjungan kali ketiga ini, aku sedikit terkejut, sebab kelihatannya kedai yang terletak di sebelah Kampung Kratangan kelihatan lengang. Sangat lengang. Walhal ketika itu adalah waktu puncak makan tengahari.
Jangkaan awal aku kedai ini sudah tidak sedap masakannya. Ataupun viral oleh sebab musabab yang negatif. Ataupun pemilik sudah bertukar. Malah, lalu juga di fikiran aku kedai ini kena bomoh. Kah kah kah.
Selepas makan di situ, kami melawat Muzium Jahar dan Muzium Istana Batu. Ini aku akan cerita kemudian. Selepas keletihan pusing dua muzium ini, kami membasahkan tekak bawah di Muzium Kraf di Kampung Kraftangan.
Rupanya-rupanya, kedai itu juga adalah kedai Nasi Ulam Cikgu. Punyalah dekat cawangannya. Satu di dalam Kampung Kraftangan, satu lagi di luar. Boleh masuk Malaysia Book of Record agaknya; kategori cawangan kedai paling dekat.
Kedai di dalam Kampung Kraftangan ini lebih ramai pengunjung. Suasana yang sedikit nyaman dan agak tertutup barangkali menyebabkan ia menjadi pilihan.
Nasi Ulam Cikgu seperti biasa tidak mengecewakan. Kena cuba keli goreng atau ayam gorengnya. Tepung salutan dan rempahnya lain macam sedap. Tak jumpa di tempat lain.
Nama pun nasi ulam. Pelbagai jenis ulam. Menariknya, siap ada label. Jadi, boleh jadi medium pembelajaran mengenal ulam-ulaman. Kalau tiada label ni, tak kenal aku daun sambung nyawa.
Kena cuba juga budunya. Aku bukan penggemar budu. Kalau ada, aku makan. Kalau takde budu pun, tiga pinggan nasi aku boleh makan. Namun, budu di Nasi Ulam Cikgu ni boleh menyebabkan kau makan lima pinggan nasi. Budunya tidak masin. Mewah rasa ikan. Juga, yang penting tidak berbau menyengat seperti budu-budu lain. Aku siap beli budunya untuk di bawa balik. Menurut makwe yang jaga kaunter, budu itu di buat sendiri.
Kenyang perut, kami terus ke Muzium Jahar. Tunggu episod seterunya untuk cerita Muzium Jahar. Ada macam mistik sikit cerita akan datang.
No comments:
Post a Comment
Nak duit bila tinggalkan komen?
KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT