Masih lagi berkisar tentang perjalanan aku ke Melaka. Tiba di selekoh di Bukit Bauk, Dungun, kelihatan ramai orang di kiri dan kanan jalan. Juga, kedapatan sebuah lori bomba dan kereta tunda. Kerana ingin tahu, aku juga berhenti, menyibukkan diri. Dan kelihatan sebuah kereta Proton Perdana terbalik di gaung yang tak berapa dalam. Aku rasa ini bukan yang pertama kali kereta kemalangan di selekoh Bukit Bauk.
Lalu kedengaran pelbagai khabar angin dikalangan mereka-mereka yang turut sama menyibukkan diri.
"Dia bawak laju sangat. 140km/j!!!!"
"Dia berlumba tu...."
"Dia ngan family dia... kesian...."
"Dia ngan kawan dia, dua-dua kat spital sekarang"
"Dia nak gi Kemaman, rumah mak cik dia"
"Dia ni jiran aku ni..."
"Kereta dia berguling 2 kali"
"Dia langgar tiang, pastu langgar pokok, pastu baru la masuk gaung"
Aku hanya mengangguk dan mengiakan sahaja. Malas aku nak jadi internet bergerak.
Tetapi, memang aku akui selekoh di Bukit Bauk itu agak bahaya, kerana jalan di situ agak beralun. Kalau dengan Iswara aku yang laju tu pun, paling berani aku hanya bawa 80km/j ketika melalui selekoh tersebut. Jadi, hati-hati di selekoh maut Bukit Bauk!!!
teringat me dulu kat hiway plus kulai arah utara, ade perdana pecut ikut bontot bmw and merc.. tp tiba2 kete perdana itu terpelanting bergoleng2 masuk longkang kat tepi.. betul2 depan cikcity me.. dipendekkan citer, dreber teww bilang brek dia jammed.. ehehe, sebab teww me tak pakey perdana.. volleee gitewww..
ReplyDeletenampaknya drebar tersebut selamat, kerana beliau mampu bercerita dengan en_me
ReplyDeletetapi amoy yg nek kete perdana patah bahu beb.. sebenarnya byk cerita pasal perdana yg tak brapo reliable ittewww.. next time larrr..
ReplyDeletetapi memang proton untuk pasaran dalam negara tidak begitu reliable.
ReplyDelete