Gambar ini aku ambil dah agak lama juga. Lebih kurang empat atau lima bulan yang lepas. Masa aku perjalanan pulang ke Johor. Seingat aku, aku ambil gambar ini di jalan Rompin-Mersing. Hebat bukan?
Lalu, aku dengan bongkaknya menghantar MMS kepada awek aku dan dua orang sahabat baik aku. Dan ini balasan yang aku dapat.
Stim: Ijam...kelajuan membunuh
Awek aku: Belum nikah lagi dah nak jadi janda...
Hazree: Ijam, dengarlah nasihatku ini, tukarlah kabel speedometer ko tu. Tak sampai pun RM30. Gaji beso, tapi kedekut nak mampus.
Ternyata Hazree benar. Kabel aku rosak. Kalau nak ikutkan kereta aku mana boleh jejak 160km/j. Boleh tanggal pintu aku. Kelajuan sebenar di waktu itu hanyalah 65km/j...
p/s: Aku sungguh syahdu bila membaca SMS dari Stim dan awek aku
p/s/s: Jangan mengambil gambar ketika memandu!!!
7 comments:
hati hati dijalanraya bro.. salammm
tq en_me kerana mengingatkan aku. :-)
boss . linkage nak?
boleh gak beb. huhuhuhuhu
haha.. wat suprise jer..
hahaha...ada keta sepupu aku tu,baru idupkan enjin,meter dah jejak 120km/j.lagi poyo...
uih! itu lagi gila babi
Post a Comment