Wednesday, April 22, 2009

Apabila Kura-Kura Lebih Laju Dari Celcom Bradband

Sudah masuk bulan kedua sebenarnya aku melanggan Celcom Broadband yang dipacu oleh modem cap Huawei. Pada aku Celcom Broadband tidak seperti yang aku harapkan...

Walaupun aku melanggan pakej 3G yang kononnya berkelajuan 3.6 Mbps, namun purata kelajuan yang mampu dicapai hanyalah sekitar 50-100 kbps. Pada tahap kura-kura seperti sekarang ini, kelajuannya hanyalah antara 0-20 kbps. Apa yang mampu aku buat dengan kelajuan sebegitu? Seingat aku, kadar kelajuan maksimum yang pernah dicapai adalah sekitar 500 kbps. Ternyata jauh dari kadar 3.6 Mbps.

Jangan kau terpedaya dengan iklan Celcom yang mengatakan broadband mudah alih mereka sepantas tahi bintang yang pantas berlegar-legar di alam semesta. Aku hanya percaya bahawa Celcom Broadband adalah sepantas tahi yang berputar dalam mangkuk jamban jenis duduk apabila tombol flush ditekan. Huhuhuhuhuhu....

Namun, sehingga ke detik ini, aku tidak berkira-kira untuk menukar ke kaedah mengakses internet yang lain. Sesungguhnya, di Dungun ini hanya Celcom Broadband dan Streamyx sahaja yang boleh beroperasi. Dan lagi, aku tidak menggemari Streamyx kerana kos permulaannya yang lebih tinggi dan kau perlu memberi komitmen kepadanya selama setahun.

Erm....

13 comments:

  1. celcom brodband memang lambat macam siput..alaa pakai jer streamyx..laju pun laju!!eheeee~~~
    takkan lect macam ko tak bleh bayar kos permulaan pemasangan streamyx kot....alahai..tipunyee!

    ReplyDelete
  2. kau ingat gaji lec poli beso ngat ke? dan lagi, aku jenis nomad, tak sesuai guna streamyx...

    ReplyDelete
  3. alaa streamyx brodbend kan ada..

    ReplyDelete
  4. aku nak yang portable, mobile. streamyx boleh ke?

    ReplyDelete
  5. tu sebab aku x nak langgan ntenet kat rumah.membazir je.broadband kalo time siang memang menyampah nak online.time tengah malam je laju.tapi bila masa nak tido?maka aku gunakan ntenet kat opis je.

    ReplyDelete
  6. masalahnya, internet kat opis aku macam haram. kau boleh pergi makan nasi tatkala menunggu laman web yahoo terpapar sepenuhnya

    ReplyDelete
  7. ko nak laju2 nak watpe.. vukannyerr update blog ari ari ghiteww.. ihiks

    ReplyDelete
  8. bukan selkom je yang macam kura-kura sembelit, meksis pun sama.
    tapi apakan daya, apa lah sangat ada kat dungun tu.
    huhu.

    p/s : aku rasa nak tiru kau lah, tukar nama blog jadi "Dari Terengganu ke Selangor".
    haha

    ReplyDelete
  9. en_me,
    huhuhuhuh. ada menda lain aku nak buat selain update blog

    keri,
    huhuhuh! silalah bertukar!

    ReplyDelete
  10. senang cite internet service kat Malaysia mmg tahap kura2 demam punye lah... Nak laju,pi pindah ke Jepun...wakakakaka

    ReplyDelete
  11. kat jepon laju kah?

    ReplyDelete
  12. kat jepun laju, mcm keta2 dari jepun, sume laju2 kan......

    ReplyDelete
  13. owh! ye kah? tapi kan, iswara aku lagi laju dari kereta jepun. buatan malaysia. huhuhuhuhuhu

    ReplyDelete

Nak duit bila tinggalkan komen?

KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT