Sunday, April 26, 2009

Stesen CNG Petronas Teluk Kalong

Kepada orang Kemaman dan Kerteh, ada berita baik untuk kau. Stesen minyak Petronas di Teluk Kalong sudah menjual Compressed Natural Gas (CNG). CNG ni adalah bahan bakar bagi Natural Gas Vehichle (NGV).



Dengan kadar RM0.68 seliter (ye ke?) sudah pasti CNG lebih menjimatkan berbanding petrol yang berharga RM2.70. Juga, kerana kau memasang CNG kit pada kereta kau, kerajaan yang prihatin (ye ke?) sudi mengurangkan cukai jalan kau sebanyak 25%



Kalau kau pencinta alam sekitar yang sejati, kau harus mamasang CNG kit pada kereta kau. Pembakaran CNG lebih lengkap dan menghasilkan hampir sifar gas berbahaya seperti Oxygen Monoxide dan Carbon Diokside.

Tapi, aku masih tidak mahu menggunakan NGV sebagai bahan bakar kereta aku. Sungguh tidak efisyen untuk aku mengisi CNG di Teluk Kalong yang berjarak 45 minit perjalanan dari Dungun.

Kalau kau orang Kemaman dan Kerteh yang bersungguh-sungguh untuk memasang CNG kit, kau boleh berkunjung ke sebuah kedai berhampiran Risda Kemaman.

p/s: Ini bukan Iklan Layanan Masyarakat ye...

8 comments:

  1. guna jer tong gas hijau tu!macam final projek budak2 DAD sem lepas!
    lalalala~~~

    ReplyDelete
  2. bahaya tu, boleh meletup. cng perlukan tong yang mampu menahan tekanan sebanyak 200bar. manakala tong gas hanya mampu menahan tekanan kurang dari 10 bar.

    tapi, kereta boleh dijana dengan gas memasak tu. tapi kereta kau kena pasang LNG kit

    ReplyDelete
  3. kemaman n kerteh jakkks.. bandar tenggara takdok kerr abang jem.. hmmm

    ReplyDelete
  4. blom ada lagi la incek me. kalau dah ada, aku pasang cng kit yang ada kat umah aku tuh

    ReplyDelete
  5. pakai je gas dari indah water...jimat duit,jimat sume2..tak lama lagi stesen LNG akan dibina di Taman Rakyat jaya.

    ReplyDelete
  6. LNG tu apa??budak2 raja lawak 3 eaa???ahaa!!

    ReplyDelete
  7. liquidfied natural gas

    ReplyDelete

Nak duit bila tinggalkan komen?

KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT