Hari ini hari raya. Tapi, barangkali aku tiada di hadapan komputer kerana post ini di muat naik secara automatik.
Hari ini hari raya yang pertama aku sebagai suami.
Hari ini hari raya yang pertama aku di perantauan.
Hari ini hari raya yang pertama aku di Kuala Terengganu.
Hari ini hari raya yang pertama aku tidak dapat bersama mak bapa aku.
Hari ini hari raya yang pertama aku tidak dapat menikmati lepat pulut buatan Pn. Ramlah.
Kerana hari ini hari raya, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya pada pembaca blog ini. Walaupun aku tahu tiada siapa yang membaca blog ini pada hari ini, kerana hari ini hari raya.
Semoga di hari raya ini kau tidak beraya di hospital.
Semoga hari raya ini anggota tubuh kau masih seperti hari raya yang lepas.
Semoga hari raya ini kau ceria bersama yang tersayang.
Arg!!! Pening la aku tulis post ini!!!
Selamat Hari Raya En.Ijam & Puan Nurul. Aku beraya di Johor dulu baru balik Dungun. Skrg ni dah balik ke KT. Kirim kerepek pisang masin sekilo boleh? ada order dari peminat kerepek lah..
ReplyDeleteSekali lagi, salam aidilfitri dari aku sekeluarga.
pisang sudang habis la...
ReplyDeletekali ni pun raya pertama aku tampa ayah.
ReplyDelete**********************************
tahun ni raya pertama ngan istri baru. raya depan ngan anak baru la harap2 nya.
Di BT, adakah kao menunjukkan kepada puan Nurul akan rumahku di Jalan Bendahara 10? serta rumah lama kao di kawasan rumah teres iteww? Aku juga rindukan BT yang dah lama tak ku jenguk..
ReplyDelete