Monday, September 28, 2009

Kesesatan Yang Nyata

Tempoh hari, sebelum raya aku berkelana ke Putrajaya. Saja, membawa isteri tercinta berjalan-jalan. Oleh kerana Putrajaya adalah asing bagi aku; juga kerana aku belum ada Navigator di kala itu; aku menggunakan Google Maps sebagai panduan.

Setelah melakukan pencarian, Google mencadangkan aku melalui jalan yang berikut

http://maps.google.com/maps?f=d&source=s_d&hl=en&geocode=&saddr=Dungun,+Malaysia&daddr=putrajaya&sll=37.0625,-95.677068&sspn=20.067164,48.779297&ie=UTF8&z=7&pw=2

Aku, dengan yakinnya mengikuti jalan yang dicadangkan. Namun, barangkali kerana kealpaan aku, atau kesilapan Google, aku mengalami kesesatan yang amat nyata. Dari jalan bertar, aku melalui jalan tanah merah di celah-celah kebun kelapa sawit berpaya di kawasan Jalan Jerangau - Jabor.


Pn. Nurul sudah membebal kepada aku. Tapi, setelah gaya pemanduan Karamjit Singh diaplikasikan, aku berjaya keluar dari kesesatan itu.


4 comments:

  1. jangan caya sangat ngan dunia siber ni.

    ReplyDelete
  2. huhuhuhu navigator juga kadang2 takleh pakai... pengalam juga mengalahkan segalanya.... eh tak jumpa karamjit ke masa lalu situ?

    ReplyDelete
  3. zairi,
    tu la. kita tak boleh terlalu bergantung dengan teknologi

    awang,
    durian mentangau

    adanz,
    selisih je. huhuhu

    ReplyDelete

Nak duit bila tinggalkan komen?

KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT