Ini bukan A Rahman Hassan dan Orkes Nirwana.
Ini bukan Kurt Cobain dan Nirvana.
Ini bukan Nirwana Perpetual Park di Kulai sana.
Tapi, ini adalah kisah gerai apam balik di hadapan premis pasaraya Nirwana Dungun. Ternyata, benar kata-kata pengomen-pengomen tegar itu. Apam balik Nirwana itu tidak kurang sedapnya. Rasanya begitu klasik. Berbanding apam balik Dungun yang rasanya agak hibrid.
Aku membeli tiga biji apam balik itu. Harga setiap satu adalah RM2. Berpadanan harganya dengan kualiti dan saiz apam balik itu.
Semasa menunggu apam balik itu siap, sempat aku menuramah penjual apam balik itu. Tak berapa ingat apa soalan yang aku kemukakan kepada beliau. Cuma, yang aku ingat adalah gerai apam balik Nirwana itu di buka setiap hari dari jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang.
Sekonyong-konyong aku ingin beredar dari gerai itu, aku terperasan bahawa gerai itu juga menjual cendol. Lalu, aku teringat akan Wan Majdah yang bertanyakan di manakah lokasi untuk mencari cendol di Dungun pada siang hari. Harus nampaknya aku mewujudkan suatu rancangan "Jalan-Jalan Cari
Jika Wan Majdah membaca post ini, adalah dimaklumkan bahawa kau boleh mendapatkan cendol di hadapan pasaraya Nirwana dari jam 8.30 pagi hingga 6.30 petang setiap hari. Tetapi, hingga stok cendol/santan/gula melaka masih ada. Kesedapannya belum teruji kerana aku belum lagi mengujinya.
30 minute backlinks guaranteed seo backlink service backlinking
ReplyDelete