Sebetulnya, aku memang tak pernah ke tempat ini walaupun sudah empat tahun aku menetap di Dungun. Sebetulnya juga, aku amat kerap melihat papan tanda tempat ini yang terletak di Rantau Abang di jalan Dungun-Kuala Terengganu.
Entah bagaimana, pada suatu ketika aku terasa ingin ke Hutan Lipur Jambu Bongkok. Fikir aku mulanya, barangkali ada air terjun di dalam sana.
Sampai di sana, sangkaan aku meleset. Tiada air terjun di situ. Pada bahagian hadapan Hutan Lipur Jambu Bongkok hanya kedapatan sepertinya resort atau kem tinggal. Lengang dan tidak berpenghuni. Terkadang kelihatan kelibat manusia mengintai di balik pondok usang.
Manakala di bahagian belakangnya pula, terdapat tasik buatan (barangkali) yang di bina di kawasan paya. Tasik ini menjadi tumpuan kaki pancing. Banyak ikan di situ, agaknya. Menariknya di bahagian ini, terdapat pondok dan titi yang menghubungkan antara pondok. Memang menarik. Tapi, sayangnya tempat ini tidak dijaga rapi.
Tetapi, kawasan berpaya ini dinamakan sebagai Hutan Lipur Rantau Abang. Aku tak pasti sama ada ia adalah nama lama bagi Hutan Lipur Jambu Bongkok atau kedua-duanya adalah dua tempat yang berbeza. Sepengetahuan aku, Rantau Abang terletak dalam daerah Dungun, manakala Jambu Bongkok dalam daerah Marang. Arag! Pening! Kalau kau orang Dungun atau Marang yang sejati, mungkin kau dapat meleraikan kekusutan ini.
Di dalam kawasan ini (tak kiralah sama ada Jambu Bongkok atau Rantau abang) terdapat satu pejabat urusetia. Malangnya, pejabat ini ditutup. Ialah, aku datang pun pada hari Jumaat, mestilah ditutup.
Aku fikir, kawasan ini amat berpotensi dimajukan sebagai satu lagi produk pelancongan di Terengganu. PAda pihak bertanggungjawab, dicadangkan supaya:-
1) Kawasan kem atau resort itu dimajukan. Tak kiralah oleh pihak swasta atau kerajaan. Kem atau resort tersebut boleh jadi suatu tempat kursus untuk membina jatidiri dan motivasi manusia.
2) Kawasan pondok bertiti boleh dikemaskan lagi. Kayu usang diganti dan dicat baru. Rumput dalam dikemaskan. Pokok tumbang dialihkan. Pasti ia boleh menjadi tempat bersantai keluarga pada hujung minggu.
3) Disekeliling tasik boleh didirikan juga pondok-pondok kecil. Bagi menamung kos operasi dan penyelenggaraan kolam, boleh juga dikenakan yuran yang munasabah kepada kaki pancing yang hendak memancing di situ.
4) Boleh juga disediakan trek-trek untuk merentas hutan. Pasti ia menjadi pilihan para penggemar cabaran dan alam semulajidi.
5) Last, but not least. Sediakan juga tandas dan surau yang stategik lokasinya. Kitakan manusia bertamadun.
Err...ada kah "pihak yang bertanggungjawab itu" membaca blog ini? Ermmm...
Nama lama dia Hutan Lipur Rantau Abang, dia terletak lebih kurang sempadan Jambu Bongkok tapi rasanya mungkin tepat dalam Jambu Bongkok, lepas tu depan jalan masuk hutan tu ada ngabang tu kan (sungai yang selari dengan pantai). Situ dulu ada jejantas di atas air, lepak situ berangin dan rasa seghia-seriau sebab tinggi dan bawah tu air. Ada lagi ke jejantas tu?
ReplyDeleteLupa nak cakap, hutan ni dulu memang ada trek merentas hutan, dari kawasan tapak semaian pokok hingga ke kawasan berpaya, kalau nak short cut, dari jalan masuk lalu je jalan tar terus ke kawasan paya tu, satu lagi dalam hutan ni dulu ada macam menara berpondok. Dan jalan tar dalam hutan tu dari kita lalu dari laluan masuk utama lepas lalu masuk ke jalan tar dalam hutan akan tembus keluar semula di kawasan berhampiran Rantau Abang (kira patah balik ke belakang)-jalan utama Dungun-Kuala Terengganu.
ReplyDeleteterima kasih bro, sebab bagi info ini.
ReplyDeletetapi sekarang tempat tu dah tak terbela.
memang syok lepak kat situ, tapi keadaan sekarang kotor la.
ada lagi, tapi aku tak berani nak lalu. mampus aku kalau roboh. aku bukannya pandai berenang.
barangkali ia tidak terbela sebab majlis daerah marang dan majlis perbandaran dungun tak tahu siapa yang patut cara kat tempat tu
berita harian ada keluar paper hari selasa pasal ni..
ReplyDeleteaku lagi awal dari berita harian. huhuhuhu
ReplyDelete