Tiga hari sebelum raya, aku bersama Pn. Nurul dan Cik Suzi telah berkunjung ke Mydin Mall Kuala Terengganu yang tersohor itu. Bukan sebarangan kunjungan. Bukan seperti kunjungan Mak Kiah ke Putrajaya. Bukan juga lawatan bermaklumat pegawai kerajaan. Dan, bukan juga seperti budak sekolah membuat lawatan sambil belajar ke Zoo Negara. Tujuan kami ke sana adalah untuk membeli sayur segar sebagai persiapan raya.
Sesetengah orang berpendapat, kualiti barang di Mydin Mall Kuala Terengganu agak rendah. Jika minuman, minumannya agak tawar. Jika cecair pencuci, dikatakan cecair pencuci itu agak cair berbanding jika membeli jenama yang sama di kedai lain. Tak tahu kenapa, barangkali kerana harganya murah berbanding ditempat lain, jadi kualitinya pun dikurangkan juga.
Terkadang, rakyat marhein tiada pilihan. Pada zaman harga barang yang naik menggila, adalah ekonomik jika membeli-belah di Mydin. Biarlah tiada kualiti barangnya, tetapi hidup perlu diteruskan juga.
Tetapi, apa yang aku suka ke Mydin Mall ini adalah sayur-sayurannya. Sayur yang dijual segar berbanding di pasar. Juga harganya agak telus kerana papan tanda harga dipapar dengan jelas. Berbanding di pasar, harga barangkali akan naik jika jejaka yang ingin membeli itu kelihatan agak macho dan bertutur ada bunyi Jawa.
Membeli-belah di Mydin amat mencabar. Pengunjung senantiasa ramai. Bagi mengatasinya, aku kerap ke Mydin Mall Kuala Terengganu pada awal pagi, seawal jam 8.30-9.00 pagi aku dah tercongok di hadapan pintu Mydin Mall Kuala Terengganu. Biasanya orang tak begitu ramai pada waktu sebegitu.
Namun, pada tiga hari sebelum raya, Mydin Mall Kuala Terenggganu menjadi begitu sesak. Hinggakan aku terasa berjalan bagai siput babi tatkala hendak masuk. Owh!
No comments:
Post a Comment
Nak duit bila tinggalkan komen?
KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT