Walaupun sudah lebih 50tahun Inggeris meninggalkan Tanah Melayu, masih ada lagi sisa penjajahan. Inggeris, yang secara rasminya menjajah Tanah Melayu mulai 1786 telah berjaya mempengaruhi minda orang Melayu bahawa Inggeris itu bagus dan Melayu itu tidak.
Hingga kini, masih ramai (kadang-kala termasuk aku juga) yang berangapan bahawa Inggeris itu bagus, dan Melayu itu tidak.
Kerap-kali aku terbaca tajuk akhbar arus perdana
"Kerepek xxx berjaya menebusi pasaran London"
"Minyak urut yyy digunakan orang London"
"Orang London menyukai minyak wangi zzz"
Walhal, sesetengah produk tempatan yang dijual di London itu tidak pernah aku tahu kewujudannya. Jika aku tahu sekalipun, terkadang sukar untuk mendapatkannya di sesetengah kawasan.
Kenapa tidak sesekali tajuk akhbar berbunyi begini
"Kerepek xxx dimakan setiap hari oleh penduduk Parit Kasan"
"Minyak urut yyy digunakan oleh semua nelayan di Sungai Buaya"
"Orang Kuala Betis menyukai minyak wangi zzz"
Untuk info,
Parit Kasan merupakan satu kampung di Bukit Gambir, Muar.
Sg Buaya merupakan satu kampung di Kuala Dungun.
Kuala Betis merupakan satu kampung di Gua Musang.
Barangkali pengusaha tempatan itu merasakan penduduk pendalaman itu tidak akan membeli produknya; kerana tiada wang atau canggung untuk membeli produk itu. Tapi, belum cuba, belum tahu kan?
▼
Tuesday, January 31, 2012
Monday, January 30, 2012
Untuk Dijual: Beg Laptop Belkin 14"
Lama tak menjual dalam blog ni. Ialah, blog ini bukan blog menjual. Hahahahaha. Malas cerita panjang, tengok ni apa yang aku nak jual. :-)
Ini beg laptop Belkin. Sesuai untuk laptop 14". Tapi, ada juga pembeli sebelum ni yang kata laptop 15" pun muat.
Harga, 3 Dirham. Ataupun RM80.
Kos pos ada 2 pilihan. Kalau nak cepat, boleh pilih pos laju, RM22. Kalau lambat sikit, barang akan dihantar menggunakan pos parcel, RM7. Tapi, harga tu untuk semenanjung Malaysia ya. Kalau Sabah/Sarawak sms/call aku dulu. :-)
Tapi, aku lebih suka untuk Cash On Delivery (COD) di Dungun atau Kuala Terengganu.
Apa-apa hal jangan segan untuk call/sms 019-7223166 (Nizam).
Owh, lupa nak begitahu. Kalau kau berada di Balakong atau Bangi, boleh call abang ipar aku untuk tengok beg laptop Belkin ni atau nak beli. 014-2166920 (Saufi)

Sunday, January 29, 2012
Ulasan Buku: Sebongkah Batu di Kuala Berang
Lama sudah aku mempunyai hobi membaca. Iya lah, aku mamat skema dan nerd, mesti inilah hobi aku. Hahahahaha
-Nizam, sila kembali kepada topik-
Sebongkah Batu di Kuala Berang, merupakan karya mutakhir Faisal Tehrani. Sebelum ini, aku pernah membaca novel-novel beliau seperti 1515 dan Enrique Mengundang Jauh. Aku suka novel-novel beliau kerana ia ada semacam penceritaan sejarah; walaupun terkadang aku tak pasti atau kurang pasti sama ada sejarah yang ditulis itu adalah benar atau rekaan atau hanya fiksyen sahaja.
Aku tidak pasti samada tulisan ini akan di"ban" atau tidak. Ini kerana, novel Sebongkah Batu di Kuala Berang ini telah diharamkan. Usai membeli buku ini kira-kira dua tiga bulan yang lalu, keesokkannya hari, keluar di akhbar yang menyatakan ia diharamkan. Takkan nak buang kan? Siapa yang nak bayar balik duit RM16.50 aku? Huhhuhuhuhu
Aku kira, aku amat pasti kenapa ia diharamkan. Penulisannya ada menceritakan mengenai kedatangan Islam yang dipercayai datang dari Parsi (kini Iran), bermazhab Jafari. Dan, ramai orang berpendapat bahawa mazhab Jafari dari Parsi itu beraliran Syiah. Dan ini amat bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah penduduk nusantara.
Tapi, ada banyak bahagian yang menarik dalam novel ini. Bahagian yang aku paling suka adalah pada muka surat 69,
"Jangan cakap awak pun seperti budak Felda itu, tidak mahu salam dan pegang perempuan. We are not dogs. Bukan najis ataupun apa," Sharifah Diyanti membebel.
Dialog di atas diucapkan oleh watak seorang artis popular yang dangkal ilmu agamanya. Aku pasti, ramai orang Islam yang di luar sana berpendapat sedemikian. Ok, sepengetahuan aku, tidak berdosa untuk kita menyentuh anjing. Malah, kau boleh berguling dan bergurau senda dengan anjing. Cuma, selepas itu kau perlulah samak diri kau atau pakaian kau dengan tanah dan air. Akan tetapi, kalau kau menyentuh perempuan, dengan sengaja, tanpa darurat, ia adalah berdosa.
Juga, ada babak yang memperli seorang pelakon yang berasa 'bodoh' bila bercakap dalam bahasa Melayu.
Jujur, kadang-kala aku semacam tidak memahami naskah ini. Tinggi bahasanya barangkali. Huhuhuhuhu. Aku perlu mengulangi beberapa kali untuk memahami maksud penceritaan. Lagi seronok membaca novel 1515 dari membaca novel ini.

Saturday, January 28, 2012
Ridsect Roach Trap
Geli dan menjengkelkan apabila aku tengok cicak dan lipas. Lebih-lebih lagi tatkala kami seolah-olah bertentang mata lalu binatang itu mengejek aku "kejarlah kalau berani". Kalau berkesempatan, aku pijak sahaja binatang itu. Tapi, jika ia berada 8 kaki di atas paras lantai, bagaimanakah aku mahu memijaknya?
Juga, untuk cicak, kadang-kala aku gunakan lastik getah. Walaupun kebarangkalian untuk kena sangat tinggi (kerana kecekapan aku, hahahaha), tetapi, cicak itu tidak juga mati. Palaing dahsyat, dia jatuh dan memutuskan ekornya. Kalau sempat, aku akan cuba memijak atau memukulnya dengan penyapu. Tapi, pada kebanyakan masa, tidak sempat.
Penyelesaian tiada, dalam tempoh yang lama.
Tiba-tiba, pada suatu hari, tatkala bersuka-ria di Giant Kuala Terengganu, aku terjumpa suatu benda ajaib.
Ridsect Roach Trap
Benda ini separa DIY. Ia dijual dalam kotak yang mengandungi 5 buah perangkap. Ia sangat sesuai untuk memerangkap lipas dan cicak. Harga sekotak RM6.50 sahaja. Benda ni mudah je. Ada gam pada permukaannya, kemudian letak umpan. Cicak/lipas akan mengesan pergi ke umpan itu. Tapi, malangnya mereka (mereka?) akan terlekat pada gam itu.
Aku membeli, lalu mencubanya. Arahan penggunaan cukup mudah. Juga, umpan turut disediakan. Jadi tak payahlah kau nak cari tulang ikan ke, nasi basi ke, sayaur busuk ke.
Kalau ikut manual penggunaan, kalau kau letak perangkap ni, kemudian tiada cicak/lipas yang masuk dalam tempoh 3 hari, kau perlu ubah ke tempat lain. Tapi, bila sudah sebulan tiada hasil, kau harus buang perangkap tu kerana gamnya sudah tidak efektif.
Tapi, perangkap yang aku pasang, 2 hari sudah penuh! Memang mujarab (mujarab?) perangkap Ridsect Roach Trap.
Cicak tu ada macam cicak toket tak? Hahahahaha
p/s: Ridsect tidak membayar aku untuk post ini. Ini merupakan tulisan ikhlas mengenai keberkesanan produk ni. :-)

Wednesday, January 25, 2012
Tahun Baru Cina, Oren dan Hindustan
Tahun Baru Cina sudah lepas. Semalam. Hari ini aku mula kembali bekerja. Akan tetapi, memandangkan tiada kelas yang khusus pada hari ini, makanya aku hanya menjalankan tugas-tugas lain sebagai pencacai sahaja. Ada rakan yang sambung cuti hari ini dan esok, termasuklah juga bos aku.
Tahun ini, menurut kalender cina, merupakan tahun naga. Terbaca di akhbar arus perdana tempoh hari, dijangkakan akan berlaku peningkatan kelahiran bayi di Singapura, Hong Kong dan Taiwan. Menurut ibu-ibu yang mengandung itu, tahun naga ada ong yang lebih berbanding tahun lain. Ini kerana naga itu memperlihatkan kegagahan yang tersendiri berbanding arnab mahupun ular mahupun haiwan-haiwan lain dalam kalender cina.
Aku, orang melayu sering mengaitkan tahun baru cina dengan buah limau. Tak tahu kenapa. Agak sinonim aku rasa. Bukan antonim. Dulu, sewaktu menolong Abah meniaga buah-buahan, kami sering mengambil kesempatan atas permintaan ke atas buah oren yang amat banyak tatkala tahun baru cina. Menariknya, selain orang cina, orang melayu dan india juga berbondong-bondong membeli buah limau.
Juga, sesetengah orang menanti tahun baru cina bagi memperolehi buah limau percuma. Juga, masa raya cina juga perut kembung dengan buah limau. Aku meranjau di internet, terjumpa iklan ni. Dari Etiqa rasanya.
Menarik iklan ni, semua orang suka limau.
Tapi, lebih menarik apabila cerita Hindustan di tayangkan tatkala musim raya cina. Bukan saja raya cina, raya puasa pun dia orang tayang Hindustan. 1Malaysia, bak kata anak Tun Razak yang sulung itu. Ke udara sekarang di TV2, cerita Mann. Aku tak layan mana. Tapi Pn.Nurul seronok berguling-guling!
Jujur, hanya 2 cerita Hindustan yang menarik minat aku. Satu, 3 Idiots. Pengajaran yang aku dapat, kau jangan menghafal bila belajar kejuruteraan. Kau harus faham! Dua, aku tak ingat tajuknya. Tapi, ia mengenai semangat cikgu yang menghidap dyslexia membantu muridnya yang juga dyslexia. Sebenarnya, dipercayai juga Leonardo dan Vinci juga seorang dyslexia. Itu sebab orang buasa sukar memahami tulisan beliau yang digelar Da Vinci code!
Ok, cukup. Aku malas nak tulis. Banyak kerja nak diselesaikan. Hahahahaha. (Padahal dah takde idea)

Thursday, January 12, 2012
Aku rasa pelik
(>>>Gambar terpaksa dibuang<<<)
Atau, hanya perasaan aku saja. Hahahaha
Wednesday, January 11, 2012
Kambing Turun Bukit
Aku suka kambing. Tak tahu kenapa. Aku rasa kambing adalah haiwan yang comel. Hahahahaha
Tempoh hari, aku terlihat aksi kambing menuruni bukit tatkala santai petang di hadapan rumah abang ipar aku di Kemaman.

Tuesday, January 10, 2012
Deposit Siling
Kata pakar kewangan peribadi, kau harus menyimpan 20% dari gaji kau setiap bulan. Katakan gaji kau RM2000, jadi, kau perlu menyimpan RM400 sebulan.
Kelihatannya sangat berat, tapi, kau harus set dalam otak kau bahawa gaji kau adalah RM1600, bukan RM400. Bagi menghasilkan kesan maksimum, kau boleh buat potongan gaji automatik sebayak RM400 ke dalam Tabung Haji.
Kenapa Tabung Haji? Sebab, di Tabung Haji kau sukar nak keluar duit. Kalau nak keluar juga, kau mesti keluarkan di kaunter Tabung Haji melalui buku akaun. Bagi kesan yang lebih dramatik, kau boleh melemparkan buku akaun Tabung Haji kau ke dalam laut. 10 tahun kemudian, barulah kau melaporkan kepada Tabung Haji mengenai "kehilangan" buku akaun kau. Aku jamin selapas 10 tahun duit dalam akaun Tabung Haju kau paling kurang adalah RM40,000.
Tapi, yang sebenarnya menyimpan dalam Tabung Haji adalah antara cara yang boleh dilakukan bagi mencerahkan peluang menunaikan ibadah haji.
Ataupun, kalau kau rasa cara di atas agak sukar, kau boleh cuba untuk menyimpan duit siling. Simpan 50sen sehari, sebulan sudah RM15. Boleh la kan, dari takde. Siapa yang suka hati nak bagi kau RM15?
Kalau aku, aku jarang membayar dengan duit siling. Kalau harga barang RM1.10, aku akan bayar RM2. Baki 90sen aku akan masukkan ke dalam tabung. Pengalaman aku, aku sangat tidak terasa untuk korek tabung duit siling aku. Ialah, duit siling, lainlah kalau duit kertas warna merah, teringin juga rasanya nak korek tabung. Hahahahaha
Kalau tabung siling kau sudah penuh, aku cadangkan kau depositkan sahaja ke Tabung Haji. Masa tu juga deposit kau diterima dan dicatat dalam buku akaun. Kalau kau depositkan siling kau di bank, biasanya 3hari kemudian baru bank update dalam akaun kau.
Arg! Barangkali ada yang merasa amat membuang masa menabung duit siling. Tapi, percayalah kalau kau istiqamah, pasti ada hasilnya. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!

Sunday, January 01, 2012
Selamat Tahun Baru 2012
Ini julung kalinya post aku pada 1 Januari sejak berblog mulai tahun 2006. Terlebih istimewa, aku jarang mengemaskini blog dan tiba-tiba aku terasa hendak menulis pada hari ini. Hahahahaha
Juga, hari aku aku mula mengira hari untuk ke usia 31tahun. Kembali ke 10 tahun yang lampau, pada masa ini barangkali aku sedang menghidupkan motosikal untuk bersarapan di Parit Bengkok sebelum ke kelas di penghujung sempadan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. 20 tahun yang lampau pula, barangkali aku sedang berlari-lari mengelilingi padang tatkala subjek Pendidikan Jasmani sedang berlangsung di padang Sekolah Kebangsaan Bandar Tenggara 1.
Aku tak tahu apa yang terjadi pada aku 30 tahun lepas. Barangkali sedang menetek waktu ini. Hahahahaha.
Dalam memori aku, aku tidak pernah begitu bersemangat untuk menyambut tahun baru. Pada aku, hari tahun baru adalah sama seperti hari-hari lain.
Dalam memori aku juga, hanya sekali aku menyambut hari kemerdekaan di khalayak, di Tanjung Agas, Muar. Itu pun sekadar pergi. Tengok kekusutan orang ramai. Menyanyikan lagu Negaraku. Lalu, pulang menikmati mee bandung di Parit Bakar.
Banyak angan-angan aku tahun lepas tidak tercapai. Barangkali tiada fokus. Lalu, tiada usaha ke arah angan-angan itu. Aku rasa rugi setahun. Huhuhuhuhuu.
Harapannya agar angan-angan aku tahun ini tercapai. Bagi permulaan, aku sudah menulis beberapa angan-angan awal di cermin yang mana aku akan menghadapnya setiap pagi.