Sunday, January 29, 2012

Ulasan Buku: Sebongkah Batu di Kuala Berang

Lama sudah aku mempunyai hobi membaca. Iya lah, aku mamat skema dan nerd, mesti inilah hobi aku. Hahahahaha

-Nizam, sila kembali kepada topik-



Sebongkah Batu di Kuala Berang, merupakan karya mutakhir Faisal Tehrani. Sebelum ini, aku pernah membaca novel-novel beliau seperti 1515 dan Enrique Mengundang Jauh. Aku suka novel-novel beliau kerana ia ada semacam penceritaan sejarah; walaupun terkadang aku tak pasti atau kurang pasti sama ada sejarah yang ditulis itu adalah benar atau rekaan atau hanya fiksyen sahaja.

Aku tidak pasti samada tulisan ini akan di"ban" atau tidak. Ini kerana, novel Sebongkah Batu di Kuala Berang ini telah diharamkan. Usai membeli buku ini kira-kira dua tiga  bulan yang lalu, keesokkannya hari, keluar di akhbar yang menyatakan ia diharamkan. Takkan nak buang kan? Siapa yang nak bayar balik duit RM16.50 aku? Huhhuhuhuhu

Aku kira, aku amat pasti kenapa ia diharamkan. Penulisannya ada menceritakan mengenai kedatangan Islam yang dipercayai datang dari Parsi (kini Iran), bermazhab Jafari. Dan, ramai orang berpendapat bahawa mazhab Jafari dari Parsi itu beraliran Syiah. Dan ini amat bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah penduduk nusantara.

Tapi, ada banyak bahagian yang menarik dalam novel ini. Bahagian yang aku paling suka adalah pada muka surat 69,


"Jangan cakap awak pun seperti budak Felda itu, tidak mahu salam dan pegang perempuan. We are not dogs. Bukan najis ataupun apa," Sharifah Diyanti membebel.

Dialog di atas diucapkan oleh watak seorang artis popular yang dangkal ilmu agamanya. Aku pasti, ramai orang Islam yang di luar sana berpendapat sedemikian. Ok, sepengetahuan aku, tidak berdosa untuk kita menyentuh anjing. Malah, kau boleh berguling dan bergurau senda dengan anjing. Cuma, selepas itu kau perlulah samak diri kau atau pakaian kau dengan tanah dan air. Akan tetapi, kalau kau menyentuh perempuan, dengan sengaja, tanpa darurat, ia adalah berdosa.

Juga, ada babak yang memperli seorang pelakon yang berasa 'bodoh' bila bercakap dalam bahasa Melayu.

Jujur, kadang-kala aku semacam tidak memahami naskah ini. Tinggi bahasanya barangkali. Huhuhuhuhu. Aku perlu mengulangi beberapa kali untuk memahami maksud penceritaan. Lagi seronok membaca novel 1515 dari membaca novel ini.

4 comments:

  1. Owh. Bang, cuba cari buku Memori Bukit Besi - Azizi Abdullah. Best buku tu. Bukit besi kan Lost City.. Bandar yang hilang. Boleh imagine tak zaman dulu bangsa ketiga terbesar with significant population, orang Jepun?

    1. Malai 2. cIna 3. Jepun 4. Lainm2..

    ReplyDelete
  2. pernah dengar buku tu, dan pernah juga cari, tapi tak jumpa. rare agaknya buku tu

    ReplyDelete
  3. Memori Bukit Besi bukan karya Azizi Abdullah, tetapi karya Awang Abdullah, novel remaja yang lama tulisan Cikgu Awang.


    -awang@dungun-

    ReplyDelete
  4. @awang dungun

    Terima kasih atas pembetulan. :-)

    ReplyDelete

Nak duit bila tinggalkan komen?

KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT