Monday, July 13, 2009

Pulau Redang

Jari masih sangat merah, hati masih sangat riang, tetapi tubuh terasa sedikit letih, dan otak terasa begitu kusut. Begitulah keadaan aku beberapa hari selepas berkahwin.

Nasib baik Pn. Nurul telah menempah pakaj percutian 3 hari 2 malam di Pulau Redang. Dapatlah juga aku melegakan fikiran dan badan.

Kami naik bot dari jeti Shahbandar di Kuala Terengganu. Perjalanan air selama lebih kurang sejam setengah tidaklah begitu memenatkan. Suasana dalam bot itu semacam menaiki kapal terbang Air Asia rasanya.

Kami mendarat di Pasir Panjang dan menginap di Lagoon Resort. Difahamkan, hanya resort itu yang mempunyai tukang masak beragama Islam.

Suasana di Pulau Redang itu sangat menakjubkan. Pasirnya sangat putih dan halus. Airnya sangat tenang dan biru. Bila bermain di gigi pantai, boleh nampak dengan jelas ikan-ikan yang comel. Kembali ke asas >>> itu Allah punya kuasa.

Tapi, ketenangan di Pulau Redang itu sedikit terganggu kerana ramai sekali gadis dan nenek mat saleh yang berbikini. Dan, bikini mereka itu tersangat seksi; hanya menutupi puting dan alur di bawah itu sahaja. Sesekali tertengok, takpe, itu rezeki namanya. Huhuhuhuhu

Teringat sewaktu bersekolah agama di Johor dulu. Ustaz sedang mengulas tentang kewajipan menundukkan pandangan. Beliau berkata
Tengok sekali .... rezeki
Tengok 2 kali .... haram
Kemudian ada yang bertanya, "kalau tengok 3 kali ustaz?"
"Haa!!! Dalam badan awak memang ada SETAN!!!"

Kembali ke cerita asal.

Tidak banyak aktiviti kami di Pulau Redang. Cuma kami lebih banyak meluangkan masa berbual-bual tentang kehidupan sambil berjalan atau duduk saja di tepi pantai. Sesekali kami memikirkan juga visi dan misi kehidupan kami.

Kami juga melakukan snorkling, melihat hidupan laut yang begitu jinak. Mengelupur juga aku ketika cuba mengapaungkan diri.

Aku terasa macam post ni tak best je. Jadi, untuk menambahkan ke'best'an post ini, aku selitkan beberapa keping gambar di Pulau Redang...












View blog reactions

Sunday, July 12, 2009

Lega...




Aku selamat diijabkabulkan pada 4 Julai yang lepas dengan sekali lafaz di Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu. Lega rasanya. Tetapi terasa berat juga kerana perlu menanggung anak dara orang...

Terima kasih kepada semua jemputan yang hadir. Yang tidak dapat hadir, sudilah kiranya ke majlis di Bandar Tenggara, Johor pada 19 Julai ini.
View blog reactions

Saturday, June 27, 2009

Diari Sabtu Bujang Terakhir...

Hari ini Sabtu, 27 Jun 2009. Hari ini merupakan hari Sabtu terakhir aku sebagai orang bujang. Pada Sabtu minggu hadapan, 4 Julai 2009 aku akan menjadi suami kepada Pn Nurul.

Berikut diari aku pada hari ini, sebagai orang bujang.

Pagi
Bangun jam 6.00 pagi. Setelah melakukan regangan ringan, aku ambil angin pagi di luar rumah, sambil menghisap tembakau Harvest berperisa anggur, menikmati pagi Sabtu terakhir aku sebagai orang bujang. Beberapa ketika selepas itu, Pais datang untuk menumpang di rumah aku barang sehari dua. Kemudian, aku mandi dan menyegarkan diri, setelah itu solat subuh.

Setelah siap semuanya, aku duduk di meja kerja aku, menghadap netbook dan cuba memperbaikinya, walaupun aku buta IT. Tertekan kerana kerosakan semakin teruk, aku keluar sarapan pagi di kedai kuning Taman Permint. Aku belasah nasi ayam pagi ini. Rasa lapar begitu menusuk perut.

Kenyang perut, suka hati. Aku pulang ke rumah dan kembali membaiki netbook aku. Ternyata usaha aku tidak sia-sia. Netbook berjaya berfungsi dan terus aku akses ke capaian internet. Lantas aku terus melakukan penyelenggaraan terhadap blog gelap aku yang mendatangkan hasil itu. Juga, aku melakukan penyelarasan semula terhadap blog jual barang aku yang masih belum mendatangkan hasil.

Tengahari
Masih melakukan kerja-kerja di alam maya. Sesekali berhenti sebentar untuk bertenang, minum air dan solat.

Petang
Tiba-tiba perut berbunyi semula. Sekali lagi aku ke kedai kuning Taman Permint. Kali ini rojak ayam menjadi habuan aku. Setelah kenyang, aku pulang ke rumah, melipat kad kahwin tambahan. Kemudian aku Asar sebentar kemudian keluar semula untuk menghantar kad kahwin kepada dua pupu Cik Nurul yang tinggal setaman dengan aku.

Selepas beransur dari rumah dua pupu Cik Nurul, aku mengisi minyak di Petronas depan Sekolah Sains Dungun. Terpandang poster Bumble Bee, lalu teringat nostalgia kartun Tranformers. Isi minyak RM50. Terus bergerak ke RHB. Cucuk beberapa ratus hasil duit dari internet. Kemudian terus ke Kuala Dungun, masuk kedai elektrik dan bertanya kepada tauke di situ "Ada TV paling murah tak?". Setelah selesi urusan, masuk pula ke kedai perabot dan juga bertanya "Ada rak TV paling murah tak?".

Siap membeli-belah, aku pulang mengikut jalan pantai. Samai ke rumah terus memasang TV baru. Setelah melakukan sedikit pelrasan, aku mula menonton TV yang sudah lama aku tidak tengok. Sekonyong-konyong, Pais pun pulang setelah selesai berniaga dan kami bercerita hal dunia sehingga Maghrib.

Malam
Aku menaip entry ini sambil menonton Pilih Kasih. ...

Tamat sudah Diari Sabtu Bujang Terakhir.

p/s: Jemput datang ke majlis perkahwinan aku. View blog reactions

Thursday, June 25, 2009

Undangan Majlis Perkahwinan

Aku sudah bercinta dengan Cik Nurul 6 tahun lamanya. Kini, cinta kami menginjak ke fasa yang seterusnya >>> perkahwinan.

Dengan itu aku ingin menjemput rakan-rakan dan para pembaca blog ini ke majlis perkahwinan kami.

Majlis bertunang dan akad nikah akan berlangsung di
D-1090, Kampung Pulau Rusa, 20050, Kuala Terengganu, Terengganu
pada
Sabtu, 4 Julai 2009

Majlis menyambut menantu pula akan berlangsung di
35, Jalan Bendahara 3, 81440, Bandar Tenggara, Johor
pada
Ahad, 19 Julai 2009

Kepada rakan-rakan dan para pembaca yang ingin maklumat lanjut, boleh sms emel ke nombor aku, 019-7223166. Aku akan hantarkan e-kad kepada kau.

p/s: Terasa sedikit geli-geleman ketika menaip perenggan pertama itu. Huhuhuhuhuhu View blog reactions

Duit Jatuh Ke Riba

Kalau kau nak tahu, aku mengalami krisis kewangan yang sedikit serius di kala ini. Tetapi tidaklah sampai aku meminjam Ah Long. Juga, tidaklah sampai aku terdetik ingin merompak bank atau menjual daun ketum. Masih lagi juga aku menderma seringgit dua di masjid atau peminta sedekah.



Sebenarnya, kau harus faham, redha dan syukur dengan rezeki yang Allah beri kepada kau. Percayalah, kalau kau ada niat untuk berkahwin, pasti akan ada rezeki kau di situ. Tapi, kau juga harus ada usaha, bukan mengharapkan duit jatuh ke riba.



Owh, agak serius bunyinya perenggan di atas. Sebenarnya aku baru saja mendapat cek dari Nuffnag. Taklah banyak. RM50 sahaja. Tapi cukuplah untuk aku beli songkok 4.5 inci tingginya....


View blog reactions

Wednesday, June 24, 2009

Duri Dalam Daging

Selak-selak fail-fail dalam netbook aku yang murah ini (kerana aku belum mampu untuk membeli laptop yang mahal) terjumpa suatu gambar lama dalam arkib aku. Antara gambar yang sempat di selamatkan dari henpon yahudi cap kambing gurun aku yang lama itu.

Perhatikan gambar di bawah. Adu tulang ikan tertusuk di jari itu, dan jari itu adalah jari mak aku. Owh!


Kecelakaan itu berlaku tatkala mak aku sedang membersihkan lubang sinki. Mujur aku ada di Bandar Tenggara tatkala itu. Menggunakan kereta Lamborghini Biru aku, aku terus memecut ke klinik kesihatan Bandar Tenggara. Malangnya ia tutup kerana hari itu adalah hari Ahad. Terus aku memecut ke sebuah klinik swasta, juga di Bandar Tenggara. Malang sekali lagi, doktor yang cun itu tidak berani untuk mencabut duri itu.

Sekali lagi aku memecut. Kali ini lebih laju. Ada stail macam 30% Karamjit Singh dan 70% Jensen Button. Terus ke Hospital Kota Tinggi yang berjarak 40km++ dari Bandar Tenggara. Pembantu perubatan di hospital itu dengan selamba merawat mak aku. Beliau kelihatan amat berpengalaman walaupun sekadar pembantu perubatan.

Selesai rawatan mak aku cakap "Nasib baik kau ada Jam..."

p/s: Moral: Berhati-hati dengan duri ikan... View blog reactions