Tak sampai 10 minit perjalanan pulang dari Bandar Tenggara ke Dungun, Pn. Nurul sudah merengek minta berhenti. Aiseymen.
Macam orang mengidam, beliau kelihatannya amat kepingin makan buah jambu air. Lebih menambahkan kepinginan beliau, gerai jambu air itu kelihatan meriah dengan buah jambu air kemerahan bergantungan.
Sebetulnya, gerai itu tidak terletak di simpang Inas. Tapi, ia terletak di simpang menghala ke Kota Tinggi. Berubah dari lokasi asalnya yang sebelum ini di simpang Inas. Kedua-dua simpang itu amat hampir, kiranya kurang lebih 30m sahaja. Juga, kedua-dua simpang itu terletak kurang lebih 4-5km dari Bandar Tenggara.
Menariknya, buah jambu air yang dijual itu ditanam sendiri di halaman rumah sipenjual, di Felda Sungai Sibol, kurang lebih 2-3km dari lokasi gerai.
Ada 3 jenis seingat aku jambu yang dijual di situ. Jambu air biasa. Jambu air madu tempatan. Jambu air madu taiwan. Oleh kerana Pn. Nurul tidak pernah ke Taiwan, beliau membeli 2kg jambu air madu Taiwan. Tak dapat pergi Taiwan, dapat makan jambu pun jadi la. Untuk pengetahuan kau juga, betik Taiwan juga ada di Malaysia. Walaupun namanya "Taiwan" ia tidak diimport terus dari Taiwan, cuma baka dari Taiwan yang ditanam di sini. Aku dah mula melalut cerita pasal Taiwan. Nanti aku melalut sampai Zimbabwe pula. Sebelum aku melalut lebih jauh, aku tamtkan sahaja post kali ini. Sebelum berpisah, saksikan gambar gerai jambu simpang Inas. Hahahahahahaa
salam. kt mne yer bole dpt buah jambu bol ni? isteri sye mengidam sgt2 buah ni . ade pape info bole email kt sye x helmikamarul94@gmail.com
ReplyDelete