Saturday, April 21, 2012

Mee Bandung Johor Segera Adabi

Aku, sebagai anak kelahiran Johor, sering membayangkan bahawa rasa mee bandung akan mempunyai rasa udang kering dan kacang. Selama tempoh lebih kurang 25 tahun, aku tak pernah rasa mee bandung selain dari rasa itu. Huhuhuhuhu

Akan tetapi, bilamana aku mula keluar dari Johor kira-kira 6 tahun lepas, baru aku tahu ada mee bandung yang rasanya berbeza dari yang aku jangka. Ianya lebih berasa campuran sos yang pelbagai dan bahan asas masakan melayu yang biasa. Ternyata aku kurang menggemari (bukan TIDAK, tapi KURANG, huhuhuhu) rasanya.

Menetap di Terangganu menyebabkan kadang-kala aku terasa rindu rasa mee bandung dari Johor. Makan mee bandung selain dari itu akan menyebabkan aku merasa tidak puas menikmati mee bandung. Pernah juga membeli pes mee bandung Johor, tapi, biasanya pes ini tidak tahan lama. Bila terasa nak buat je, tengok-tengok pes itu sudah tamat tempoh.

Mujur, Adabi ada mengeluarkan mee bandung segera. Walaupun tidak 100% seperti mee bandung yang asli, tapi menikmatinya membuatkan aku merasa lebih puas! Hahahahahaha.


Tapi, perencah yang disediakan tidak mencukupi. Ia tidak menimbulkan rasa mee bandung bila dibancuh dengan air yang banyak, separas dengan mee dalam mangkuk. Aku rasa kena letak dua perencah, barulah timbul rasa mee bandung. Kalau tak, rasa macam mee tawar yang direbus dengan air tanpa perencah!

Tapi, dalam banyak keadaan, aku akan memasak mee bandung segera Adabi ini seperti memasak mee goreng segera. Aku kembangkan dulu mee di dalam air panas. Kemudian, aku toskan airnya. Tapi, tak tos semua, aku tinggalkan sedikit supaya ia memberi kesan sedikit berair. Kemudian, barulah aku masukkan perencah dan gaulkannya bersama mee. Terangkatlah juga bila makan! Hahahahaha


1 comment:

  1. sangat x sedap..baru lepas makan n first time rase..tawar hebey :'(
    frust betul..

    ReplyDelete

Nak duit bila tinggalkan komen?

KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT