Aku kira, sukar untuk mendapatkan roti tisu di Dungun mahupun Kuala Terengganu. Mungkin ada, tapi aku tidak tahu.
Jika ada, masakan Pn.Nurul mengatakan bahawa beliau belum pernah makan roti tisu. Huhuhuhuhuhu
Bagi sesiapa yang tidak mengetahui, roti tisu mempunyai bahan asas dan doh yang sama dengan roti canai. Cuma selepas ditebar besar, ia tidak dilipat, sebaliknya terus digoreng di atas kuali leper. Jadi, rasanya rangup dan teksturnya rapuh.
Ada sesetengah pembuat roti tisu yang akan menyapukan sama ada majerin, susu cair atau gula. Tapi ada juga yang mencampurkan ke semuanya. Ada juga roti tisu yang disapu dengan jagung manis. Tapi, kalau aku lebih gemar roti tisu yang kosong sahaja.
Ada juga roti tisu yang dimakan bersama ayam tandori atau kari kepala ikan. Kelihatannya lauk lebih mahal dari hidangan utama!
Memandangkan Pn. Nurul tak pernah makan roti tisu, tempoh hari, di Bandar Tenggara aku membawa beliau makan sekeping roti tisu yang sangat manis!
Semasa digoreng, ia disapu majerin dan gula. Kemudian dicurah pula susu pekat manis. Kalau hari-hari makan macam ni, cukup masa boleh potong kaki!
roti tisu ada di jual d era cafe dungun....nak sedap lg ...kuah campur kari+dal+samal bilis....
ReplyDeleteterima kasih atas info itu! :-)
ReplyDeleteDkt mana ada jual roti tisu area2 umt ye ? Arghhh... im craving for roti tisu T.T
ReplyDelete