Ada hikmahnya kantin tempat kerja aku ditutup sementara. Jadi, ada peluang untuk aku jelajah kedai-kedai makan di luar sana.
Aku suka pergi kedai yang tak ramai orang dan dekat dengan tempat kerja aku. Aku bukan jenis yang sanggup memandu 20km lebih sehala hanya untuk makan tengahari.
Ada satu kedai di Batu 50, Dungun. Ia betul-betul bersebelahan dengan Kedai Tayar Azhar (Waze kedai ni). Warong Wook Bo’Ki. Kedai ini sederhana, nampak biasa-biasa sahaja dari luar. Tapi, masakannya sedap. Macam mak mak yang masak. Lauknya banyak pilihan, tapi tiap satunya dimasak dalam kuantiti sedikit.
Aku dan Pn. Nurul dah dua hari berturut-turut pergi ke kedai ni. Esok mungkin kali ketiga. Berikut beberapa menunya yang kami dah rasa.
Gulai ayam kampung.
Semalam rasanya agak masin. Tapi hari ini masinnya ngam. Ayam dibelah empat. Tapi, ayam kecil je la. Namun, kalau sorang makan, cukup puas! Harganya RM5 sahaja.
Ayam percik.
Ini ayam bandar. Belah empat juga. Ayam dibakar dahulu. Bila nak nak dihidang baru kuahnya disiram.
Makan dua orang memang kenyang sangat. Hanya RM6.50. Ayam ternak sendiri agaknya.
Patin tempoyak.
Aku tak suka makan patin tempoyak yang ikannya macam tiga suku masak dan kuahnya menenggelamkan ikan. Patin tempoyak kedai ni masak sempurna dan kuahnya macam disiram sahaja.
Kuahnya pekat. Harga RM5 juga.
Menu lain aku akan cuba lain kali. Ada sup tulang, kerutuk kambing dan ayam goreng rangup. Ada juga ikan selayang besar dua jari aku, yang bakar. Hanya 80 sen seekor. Ya tuan puan, hanya 80 sen. Nasi dikira RM1 sepinggan. Tapi, aku ambil nasi sikit je. Kalau kau ambil nasi seperiuk, mungkin harga lain.
Harga yang aku bagitau di atas mungkin akan berubah. Manalah tau kau pergi, sekali tu ikan selayang jadi RM1, jangan pula kau tularkan kata aku penipu.
Ok, kau boleh serbu kedai ni. Tapi minggu depan la. Minggu ni aku nak makan puas-puas kat kedai ni.
No comments:
Post a Comment
Nak duit bila tinggalkan komen?
KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT