Ikea Tebrau adalah persinggahan ringkas setalah Pn. Nurul beriya-iya mengajak aku bersiar-siar di Johor. Negeri Johor maksud aku. (Sebab sebahagian orang Johor merujuk "Johor" sebagai Johor Bharu). Sebelumnya kami ke Plaza Angsana. Aku tak ingat bila kali terakhir aku ke Angsana. Mungkin 10 tahun lepas. Dan Angsana tidak banyak berubah. Ia menjadi pilihan ramai orang Melayu; termasuk orang Melayu Singapura.
Kami sampai ke Ikea Tebrau menjelang tengahari. Suasana agak lengang waktu itu. Kami masuk dan membayar parkir dengan kad touch n go. Tempat parkir juga luas. Memandangkan tidak ramai orang ketika itu, dapatlah kami parkir berhadapan pintu masuk lalu membiarkan beberapa kalori lemak tinggal di dalam tubuh kami.
Seperti di Ikea Damansara, tempat masuk dan pameran barang di tingkat atas. Untuk sampai ke tingkat atas, ada dua pilihan. Sama ada menaiki tangga bergerak atau tangga statik. Aku pilih menaiki tangga statik. Bukan kerana nak bakar kalori sangat. Tapi aku rasa aku akan cepat sampai berbanding menaiki tangga bergerak.
Rasaan aku itu benar.
Sampai tingkat atas, ada tempat makan. Ramai orang waktu itu. Mungkin sebab tengahari. Oleh sebab kami sudah kenyang makan sandwich di Angsana, tiadalah hasrat untuk makan di situ. Walaupun ramai yang cakap bebola daging Ikea sangat sedap padu, tapi aku tidak terliur. Jika diberi pilihan tempe atau bebola daging Ikea, aku pilih tempe, walau apa cara pun ia di masak. Juga, aku yakin bebola daging air tangan Pn. Nurul lebih sedap. Sedap kerana dibuat dengan kasih sayang. :p
Pundi kencing aku penuh. Perlu dikosongkan. Barulah sedap berjalan. Aku meluru ke tandas. Nyata jamban Ikea Tebrau berada dalam kelas tersendiri. Bukan mangkuk jambannya, tetapi pintunya. Pintunya di buka keluar. Jadi mudah untuk masuk. Tidak seperti jamban lain di Malaysia. Pintunya ke dalam. Lagi haram jadah, pintunya tidak boleh dibuka penuh sebab tersangkut dengan mangkuk jamban.
Itulah, jamban kita tidak dibina dengan jiwa. Dibina demi wang semata-mata.
Lupakan kisah jamban. Kita kembali ke cerita Ikea Tebrau.
Lalu, aku menemani Pn. Nurul mengelilingi Ikea Tebrau. Bahagian ni aku malas nak taip. Aku letak video.
Dia punya ralit pusing, sampai tak hirau aku. Kaki aku rasa lenguh macam nak tercabut. Tapi, Pn. Nurul tetap tenang dah gagah. Aku hairan. Sebab biasanya kalau ajak jalan kaki 50 meter pun dia dah merungut.
Walaupun sekadar cuci mata, tersambar juga barang separuh penuh beg kuning. Kagum betul kami masa bayar. Duitnya disedut masuk. Bakinya dihembus keluar. Mesti kau hairankan? Ayuh, musnahkan kehairanan kau dengan membeli di Ikea Tebrau!
Oh ya, masa bayar tu juga, sebenarnya kami boleh dapat pengecualian bayaran parkir. Tapi sebab kad touch and go ada dalam kereta, kami abaikan pengecualian itu. Kena bayar RM3. Jadi, aku nasihatkan kalau kau bayar parkir Ikea Tebrau pakai touch and go, bawa sekali kadnya. Kalau kau membeli, dapat pengecualian bayaran parkir.
Ayuh ke Ikea Tebrau!
No comments:
Post a Comment
Nak duit bila tinggalkan komen?
KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT