Walaupun kecil-kecilan sahaja, perlu buat bersungguh-sungguh. Kita kalau hendak buat sesuatu, buatlah dengan bersungguh-sungguh. Nikmat dan kepuasannya lain macam kalau kau bersungguh-sungguh. Kerja biar bersungguh. Belajar biar bersungguh. Bermain biar berungguh. Makan biar bersungguh. Berak biar bersungguh.
Begitu juga dengan Asam Pedas Bonda Parit Raja. Fuh! Asam pedasnya memang dimasak dengan bersungguh-sungguh. Asam pedas di sini bukan biasyer biasyer (sila baca dengan nada DS Najib). Ia dimasak bila pesanan dibuat. Bukan jenis masak banyak-banyak letak dalam tray ala buffet.
Lebih luar biasa, asam pedas ini dimasak dan di hidang di dalam periuk tanah liat (claypot). Bila pelayan hantar asam pedas, periuknya masih tertutup. Lepas letak atas meja, dia buka penutupnya. Semerbak bau! Menggoda!
Godaan tidak sampai di situ. Memandang ia dimasak dalam periuk tanah liat, haba tersimpan lebih lama. Kalau kau terus terkam, alamat melocot lidah kau. Silap-silap boleh hilang deria rasa seminggu. Kau kena tunggu sejuk kurang lebih lima minit, barulah boleh kau mencicip kuahnya. Baru boleh mencicip ya. Belum boleh menghirup, apatah lagi mencubit dan menikmati ikan. Lalu kau hanya terkebil-kebil melihat wap berkepul keluar dari asam pedas periuk tanah liat itu...
Kuahnya pekat. Sekali hirup melekat rasa pedas-masam. Terasa aroma lengkuas, bunga kantan dan daun kesom ditekak. Segar. Terasa lawas salur pernafasan aku bila menghirup kuah asam pedas yang bersuhu 50 darjah celcius yang cukup ramuannya.
Ikannya masak sempurna. Tidaklah separuh masak. Tidaklah juga terlalu masak. Sedang-sedang saja. Sebab ia di masak segar, terasa kemanisan ikan. Lebih sedap kerana kuah asam pedas masuk memasuki liang-liang daging ikan.
Ikannya memang besar puas hati. Macam-macam cara makan ikan asam pedas itu aku gayakan. Makan begitu sahaja. Makan sekali dengan hirup kuah. Makan dengan nasi. Makan dengan nasi, telur masin dan ulam. Tidak ketinggalan, makan dengan ulam.
Aduh! Nikmat!
Kedai ini hanya 100 meter dari Fisherman's Asam Pedas. Kalau kau dari Parit Raja menuju ke Kluang, kau akan jumpa kedai ini di sebelah kanan kau. 100 meter kemudian, kau akan jumpa pula Fisherman's Asam Pedas di sebelah kiri kau.
Ah, cerita banyak tak guna. Jom tengok video ni. Bagi kau ngencesssss......

Ternyatalah, bukan asam pedas Melaka kalah dengan asam pedas Parit Raja.
No comments:
Post a Comment
Nak duit bila tinggalkan komen?
KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT