Kira-kira 40 minit perjalanan, kami sampai di hentian Titiwangsa. Hentiannya boleh dianggap separuh perjalanan lebuhraya Timur-Barat.
Hujan turun renyai. Sangat renyai. Titis-titis.
Bagi kau yang tak pernah lalu lebuhraya Timur-Barat, kau jangan anggap jalannya macam lebuhraya Utara-Selatan. Jalannya hanya selorong ke timur dan selorong ke barat. Cuma, ada sesetangah tempat akan ada lorong tambahan untuk kau potong lori balak.
Suasana lengang pada pertengahan minggu itu di hentian Titiwangsa. Kedai makan tutup. Masa kami berhenti, lebih kurang ada 5-6 kenderaan sahaja. Aku ambil peluang untuk basuh muka dan mengosongkan pundi kencing. Walaupun air paip, air di hentian ini cukup sejuk dan menyegarkan.
Perjalanan diteruskan. Melalui Tasik Banding. Aku berniat untuk berhenti di situ. Entah macam mana, terlepas simpang. Malas nak patah balik.
Tasik Banding terhasil akibat limpahan sungai apabila empangan Temenggor dibina untuk janakuasa elektrik pada 1976. Tasik ini terletak di sempadan Perak-Kelantan. Tetapi, Stesen Janakuasa Temenggor terletak di negeri Perak. Stesen janakuasa ini boleh menghasilkan lebih kurang 350kW elektrik.
Perjalanan diteruskan. Menariknya, masa aku mencari siaran radio, terjumpa radio siam. Dengar lagu siam. Anggguk-angguk juga kepala aku. Rupanya GPS gila itu membawa kami melalui Pengkalan Hulu, yang tak jauh dari Thailand.
Kemudian, kami masuk ke negeri Kedah melalui daerah Baling. Kami tegak dan naik lebuhraya Plus di Gurun. Cadangnya, kami akan terus ke Changlun, jumpa kawan lonely aku masa belajar, Shaharom Idris (Sarom). Dia ajak makan di suatu kedai yang sedap katanya di Changlun.
Sarom dengan aku lain kursus; rumah sewa pun lain-lain; saiz badan berbeza; aku merokok (waktu itu) dan dia anti-rokok; dia kacak dan aku tidak (tapi manis ada). Namun, kami ada suatu persamaan - tak laku, takde makwe.
Tatkala hujung minggu kawan serumah aku dan kawan serumah Sarom keluar bercengkerama, kami kesepian. Lalu kami menghabiskan masa berdua. Kau jangan salah anggap. Kami bukan gay. Sebab kami tak sado.
---
Selepas masuk lebuhraya Plus di Gurun, kami bercadang rehat sebentar di RnR Gurun. Di situ, tiba-tiba, kami ternampak Halal Kiosk Ramly. Owh, tak boleh lepaskan peluang ini. Kami pernah ke situ dua tahun lepas. Makanannya sedap dan unik berbanding restoran makanan segera yang sedia ada.
Jadi, perjumpaan dengan Sarom di Changlun terpaksa dibatalkan. Halal Kiosk Ramly sangat menggamit.
Nantikan episod akan datang untuk aku ulas pasal Halal Kiosk Ramly.
Ingatkan boleh sampai Perlis post ni, tak sampai juga...
No comments:
Post a Comment
Nak duit bila tinggalkan komen?
KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT