Saturday, June 27, 2009

Diari Sabtu Bujang Terakhir...

Hari ini Sabtu, 27 Jun 2009. Hari ini merupakan hari Sabtu terakhir aku sebagai orang bujang. Pada Sabtu minggu hadapan, 4 Julai 2009 aku akan menjadi suami kepada Pn Nurul.

Berikut diari aku pada hari ini, sebagai orang bujang.

Pagi
Bangun jam 6.00 pagi. Setelah melakukan regangan ringan, aku ambil angin pagi di luar rumah, sambil menghisap tembakau Harvest berperisa anggur, menikmati pagi Sabtu terakhir aku sebagai orang bujang. Beberapa ketika selepas itu, Pais datang untuk menumpang di rumah aku barang sehari dua. Kemudian, aku mandi dan menyegarkan diri, setelah itu solat subuh.

Setelah siap semuanya, aku duduk di meja kerja aku, menghadap netbook dan cuba memperbaikinya, walaupun aku buta IT. Tertekan kerana kerosakan semakin teruk, aku keluar sarapan pagi di kedai kuning Taman Permint. Aku belasah nasi ayam pagi ini. Rasa lapar begitu menusuk perut.

Kenyang perut, suka hati. Aku pulang ke rumah dan kembali membaiki netbook aku. Ternyata usaha aku tidak sia-sia. Netbook berjaya berfungsi dan terus aku akses ke capaian internet. Lantas aku terus melakukan penyelenggaraan terhadap blog gelap aku yang mendatangkan hasil itu. Juga, aku melakukan penyelarasan semula terhadap blog jual barang aku yang masih belum mendatangkan hasil.

Tengahari
Masih melakukan kerja-kerja di alam maya. Sesekali berhenti sebentar untuk bertenang, minum air dan solat.

Petang
Tiba-tiba perut berbunyi semula. Sekali lagi aku ke kedai kuning Taman Permint. Kali ini rojak ayam menjadi habuan aku. Setelah kenyang, aku pulang ke rumah, melipat kad kahwin tambahan. Kemudian aku Asar sebentar kemudian keluar semula untuk menghantar kad kahwin kepada dua pupu Cik Nurul yang tinggal setaman dengan aku.

Selepas beransur dari rumah dua pupu Cik Nurul, aku mengisi minyak di Petronas depan Sekolah Sains Dungun. Terpandang poster Bumble Bee, lalu teringat nostalgia kartun Tranformers. Isi minyak RM50. Terus bergerak ke RHB. Cucuk beberapa ratus hasil duit dari internet. Kemudian terus ke Kuala Dungun, masuk kedai elektrik dan bertanya kepada tauke di situ "Ada TV paling murah tak?". Setelah selesi urusan, masuk pula ke kedai perabot dan juga bertanya "Ada rak TV paling murah tak?".

Siap membeli-belah, aku pulang mengikut jalan pantai. Samai ke rumah terus memasang TV baru. Setelah melakukan sedikit pelrasan, aku mula menonton TV yang sudah lama aku tidak tengok. Sekonyong-konyong, Pais pun pulang setelah selesai berniaga dan kami bercerita hal dunia sehingga Maghrib.

Malam
Aku menaip entry ini sambil menonton Pilih Kasih. ...

Tamat sudah Diari Sabtu Bujang Terakhir.

p/s: Jemput datang ke majlis perkahwinan aku.

14 comments:

  1. hahaha.. diari bujang sabtu terakhir? heheh.. best2.. weh da kasik belum kt wa e-kad? cis.. lame nunggu..

    sains dungun.. skolah wa dulu..

    jalan pantai dungun.. tmpat wa lepak kalu fly dulu.. hehehe..

    kedai kuning? macm penah dgr..

    tak boleh blah.. smua nak murah2.. weh kasi a peta skali, kang sesat wa kene makan dek rusa..

    ReplyDelete
  2. gedik laaa si bujang yang akan ditransormasikan nie...hahahahahahahahaha!!!!!

    p/s : lepas nie...boleh laa kau bercerita tentang diari sabtu malam pertamaku pulak!!!!!bole kan>kan>kan?

    ReplyDelete
  3. tol tu pink hel...ko kena wat gitu jam. ada beza ka kawen n bujng or sama saja...

    klik sini bro
    http://www.sumbanganbersama.com/?id=ishaharom

    ReplyDelete
  4. orang lidi,
    sabo..tenet cam kura-kura.

    wah, bijak kau rupanya. cikgu aku dulu gelakkan aku sebab nak masuk sekolah sains.

    murah dan berkualiti beb.

    halena,
    kau dah patut kawin dah ni

    sarom,
    kau macam mana lak sarom?

    ReplyDelete
  5. email aku

    nuratikah_seman@yahoo.com

    no fon aku 012-7631890

    aku simpan lg no ko jam wei...ni aku dh bg..save jgn lupa laks..

    ReplyDelete
  6. alahai diari bujang terakhir nie...
    pas ni wat diari dh jadik asben org plak yerk..

    erk.. mana kad? kata nak email?

    pastu mampir kat blog aku, kasi klik-klik mana2 iklan yg ader wokey...
    he3.... sharing is carring..

    ReplyDelete
  7. selamat pengantin baru weii!!moga diberkati sepanjang hidup.malam pertama punya entry jangan lupa.hahaa...gambar kawen sila taruk!!

    ReplyDelete
  8. Alhamdullillah...

    Darah manis tu...

    ReplyDelete
  9. hehehhe..aku la pais dalm hidup2 bujang terakhir ko....hehhehe...dah dapat tak hadiah dr aku,aku pas kat hasni...paper bag dan kotak bodyshop paling cantik...dah bukak..?bodoh tak hadiah tu..?tapi ko bleh try gunakan skali skala...pasti seronok...hahhahaha....

    ReplyDelete
  10. huhuhu orang dah dapat bini mesti lupa terus blog ni....

    ReplyDelete
  11. apersal komen aku tak kuar jam....huhuhuhuu

    ReplyDelete
  12. nanti ko buatlarr 'diari sabtu pertama bergelar laki orang..' .. volleee

    ReplyDelete
  13. selamat menempuh alam rumah tangga

    ReplyDelete
  14. roshaizul yang kacak9:46 AM, July 12, 2009

    tikah,
    aku dah send emel, jemput datang


    liza,
    ekad kau pun sudah aku emelkan. kalau sesat, boleh saje terus call aku

    zairi,
    terima kasih atas doronganmu itu. huhuhuhuhu

    serindit,
    patut la nyamuk suka gigit aku kebelakangan ini....

    pais,
    ada kah?

    adanz,
    aku masih ingat lagi akan blog ini

    haritz,
    terima kasih bro!

    en_me,
    alamak! sabtu pertama dah berakhir!

    ReplyDelete

Nak duit bila tinggalkan komen?

KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT