Pemberian duit raya sekarang terlalu arus perdana. Kita tukar duit kecil di bank kemudian mengharapkan bank beri sampul duit raya.
Ataupun kita mengharapkan ejen takaful, kedai hardware, pasaraya mini depan taman dan tempat kerja kita memberi sampul raya.
Kalau tak diberi, kita menganggap mereka kedekut dan perniagaan mereka nak lingkup.
Lalu, dengan kecewa kita beli sampul duit raya yang gambar duit RM100. Tapi kita isi RM1.
Dan kitaran ini berulang saban tahun.
----
Aku mula gerakan revolusi ini sejak tahun lepas. Kau boleh masuk page Kerepek Rangup dan cari post raya tahun lepas.
Mula-mula aku beli sampul surat paling kecil yang warna coklat.
Sebab apa beli paling kecil?
Jimat kos.
Jimat kos.
Sebab apa warna coklat?
Asasnya kelihatan buruk. Lalu, aku tak perlu jadi designer hebat untuk reka grafik sampul surat itu. Apa sahaja yang aku cetak atasnya, ia akan nampak asli dan langka.
Asasnya kelihatan buruk. Lalu, aku tak perlu jadi designer hebat untuk reka grafik sampul surat itu. Apa sahaja yang aku cetak atasnya, ia akan nampak asli dan langka.
Kemudian, aku buka Microsoft Publisher, set paper sama dengan saiz sampul surat ini. Letak perkataan, ucapan dan gambar. Terus cetak.
Bagi menambah kemeriahan semasa beri duit raya, aku buat cabutan bertuah. Setiap sampul asasnya ada jumlah wang yang sama banyak. Namun, mereka yang bertuah akan dapat duit raya lebih.
Mudah bukan? Jimat kos dan pada masa sama menambah kemeriahan.
---
Rovolusi ini tak menjadi kalau kau tak buat. Tak perlu tanya pendapat jiran atau pengerusi JKKK atau Pak Long kau.
Revolusi Perancis bermula tanpa ditanya pendapat Raja Perancis.
Ayotollah Khomeni tak tanya pendapat pengerusi JKKK semasa nak gulingkan Shah Reza.
---
Kata nak tukar kerajaan, tapi nak tukar cara beri duit raya pun tak berani.
2 comments:
Alahai bang. alang-alang sudah keluarkan modal bagi printing tu, apa kata letak iklan sendiri kat sampul tu.
contohnya...
Remy,
Pengedar Keropok,
Menerima tempahan bagi doorgift, majelis kesyujkuran, korporat, et cetera
Hubungi -01012345678
hahaha
Post a Comment