Sunday, March 01, 2009

Membeli Mini Notebook

Lama blog ini tidak disenggara. Kesibukan dan kekeringan idea melanda.

Ini adalah post pertama menggunakan netbook baru. Netbook yang dibeli di Seng Heng Dungun berharga RM1800 dengan lima tahun jaminan. Aku tak mampu untuk membeli notebook yang besar, jadi netbook menjadi pilihan aku. Netbook ini adalah untuk tujuan "cari makan"

Adapun netbook ini dilengkapi prosessor jenama yahudi, Intel Atom CPU N270 berkelajuan 1.6Ghz. Bukan tidak mahu memboikot jenama yuhudi, tetapi tiada netbook di Dungun yang dijana oleh prossesor AMD.

Netbook berjenama Acer AspireOne ini juga dilengkap RAM selaju 1G. Juga ia mempunyai kapasiti storan sebesar 160GB. Turut melengkapi netbook ini adalah VGA output, wireless network, bluetooth, soket networking, 4 port USB, webcam, port untuk pembesar suara/mikrofon, dan slot untuk kad memori. Barangkali ada spesifikasi yang aku tak tahu, maklumlah, buta IT.

Menarik tentang netbook ini, baterinya boleh bertahan antara 6-8 jam. Yang tak menariknya pula, ia tiada CD/DVD ROM.

Semasa netbook ini dibeli, Acik telah merakam gambar aku secara curi. Sungguh durjana beliau. Kedurjanaan beliau bertambah apabila beliau mengupload gambar-gambar tersebut di sini. Barangkali jika aku adalah Mawi, trafik ke blog beliau pasti meningkat.

8 comments:

  1. wah bestnye dpt notebook baru..ada webcam lagi...nti leh laa webcam ngn cik nurul!heeee~~~~~

    ReplyDelete
  2. dvd rom x de?alamak...cmana nak burn lagu ni?

    ReplyDelete
  3. halena,
    cik nurul takde notebook

    zairi,
    external dvd rom kan ada. huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  4. hye hensemla pic kau ngah membeli netbook..lalalalala..

    ReplyDelete
  5. aku rasa ko dah tak bute IT dah skg ni...jgn la merendah diri sgt....hehhehe

    ReplyDelete
  6. @halena
    aku memang ensem

    @pais,
    aku memang buta it

    ReplyDelete
  7. bagus netbook tu......seswai utk semua.....

    ReplyDelete
  8. @azwanempy,
    welcome. yup, murah dan mudah dibawa

    ReplyDelete

Nak duit bila tinggalkan komen?

KLIK SINI UNTUK KETAHUI LEBIH LANJUT