Friday, January 30, 2009

Buy Yahudi Last

Sesiapa yang berumur 40 tahun dan ke atas (en_me; barangkali) pasti mengingati kempen "Buy British Last" yang dilakukan oleh Dr. Mahathir semasa tahun-tahun awal pemerintahan beliau. Akibatnya, hubungan Malaysia-Britain sedikit dingin pada waktu itu.

Buy British Last adalah satu kempen memboikot produk dari Britain. Pada era selepas merdeka hingga awal 80-an, Malaysia amat bergantung kepada barangan keluaran Britain, dari sekecil-kecil jarum, sehinggalah sebesar jentera penuai padi. Secara tanpa sedar, ekonomi kita dijajah oleh Britain. Maka, oleh sebab itu kempen Buy British Last diadakan.

Selepas itu, mulalah kerajaan ketika itu membeli barangan keluaran negara lain seperti Jerman dan Sepanyol. Pada ketika itu juga, negara-negara Asia seperti Jepun, Iraq dan Iran mula meningkat naik dari segi ekonomi dan teknologi. Lalu, wujudlah dasar pandang ke timur. Hasil dari dasar tersebut, ramailah anak muda kita kini bekerja di kilang-kilang Jepun. Juga, sesetengah alatan pendidikan kejuruteraan adalah buatan Iran. Doktor dan jurutera kita juga pernah dihantar ke Iraq bagi mempelajari teknologi mereka.

Jadi, mengapa tidak kita menjalankan kempen Buy Yahudi Last? Jika Britain terkesima dengan tindakan kita dulu, barangkali yahudi juga boleh merasainya. Korang boleh cari diinternet senarai barangan keluaran Yahudi. Kemudian cuba gantikan barangan buatan Yahudi. Aku bagi beberapa contoh:-

Levi's
Beli jer pakaian kat pasar malam. Cap Heng Seng ke, Tat Meng ke. Tak pun kau beli yang Siam buat.

Starbucks
Buat apa beli kopi mahal-mahal. Pegi je kopitiam atau coffee house. Nak murah lagi pegi je warung. Nak murah lagi, kau beli kopi Cap Kapal Api, buat sendiri, lagi sedap!

Disney
Tengok kartun Malaysia. Orang Malaysia dan pandai buat kartun sekarang. Contoh, Upin dan Ipin.

Coca-Cola
Tahukah kau setin Coca-Cola mengandungi 9 sudu gula? Kalau nak mati cepat minumlah Coca-Cola dengan kadar yang kerap. Jika tak nak, minum air kosong je.

Maggi
Jangan kau ingat Maggi hanya mee segera. Banyak produk Maggi ni. Contoh, kiub ayam, rendang segera, rempah dan perasa. Apa kata ko tukar produk Maggi ni dengan IndoMee atau Adabi.

Loreal dan Maybelline
Owh! Siti Nurhaliza dan Fasha Sandha. Mengapa kau menjadi model yahudi? Mengapa? Mengapa? Kenapa tidak kau jadi model Sendayu Tinggi atau Shahirah? Owh!

Johnson & Johnson
Tukar ke produk Anakku.

Nokia dan Motorola
Owh! Aku harus bertukar ke CSL atau Samsung...

Nike
Kalau mamat futsal, mesti gila barang-barang Nike ni. Apa kau tak boleh ke pakai JKing?

20th Centery Fox.
Perasan tak kebanyakan filem Hollywood ada promo kompeni ni. Ha! Apalagi! Boikot la! Tengok cite melayu. Apa? Kau kata geli tengok cite Melayu? Kau bukan Melayu ke? Geli jadi Melayu?

Ada apa-apa lagi nak tambah? Taruk kat ruangan komen.

9 comments:

en_me said...

me empat poh keatas katernyerrr.. uhuhu

fazemy said...

Salam. Tp Najib kata "boikot adlh hak peribadi"..lps tu mentality rakyat Msia yg dh hidup sng kebykannya skrg ni tidak smua ada nilai kemanusiaan. Bg mereka tu buat apa susah2 nk boikot..menyusahkan diri sendiri. So mcm mana nk berjaya kempen boikot ni klw pemimpin pun kata up to u.:-)

lemon said...

yeaa boikot boikot boikot!!!!!!

zairi said...

najib tu bengong!!!

Anonymous said...

Salam

Blogger ni... Pakcik Google (Larry & Sergey) yang punya kan. (^-^)

Anonymous said...

en_me,
eh? tak betul ke? ke en_me 50 tahun dah? huhuhuh

fazemy,
apa yang boleh kita buat, kita buat jer.

halena,
jangan tak boikot!

zairi,
owh, itu ramai yang tahu. huhuhuhuhu

tanpa nama,
yup, betul tu. dan kebanyakan media dan IT taikun adalah yahudi. cnn, intel malah microsoft pun begitu jua. masalahnya sekarang susah nak jumpa gadget dan tools IT ni yang bukan milik yahudi. i have no choice. tapi, aku boikot sekadar yang termampu. dan kau juga boleh turut buat sekadar yang termampu

lemon said...

nak tambah cket

boikot mcd!!boikot mcd!!

ape kata kalau kowang beli tepung ayam goreng cap adabi if kowang terasa nak makan ayam goreng laa..pastu kowang goreng ayam guna tepung cap adabi tu..conpirm menjilat hingga ke pinggan kan!hehehe.

if kowang nak makan bubur ayam mcd pulak..aku syorkan,apa kata kowang beli aje bubur yg jual kat pasar malam or wuteva ar...masak sendiri pun boleee!hahaha...nie conpirm menjilat sudu...lalala

dan last if kowang nk makan fries..ape kata kowang beli potato & potong2 cam biase..dan ko goreng jeaa ngn pape cara sekalipin & makan bersama mayonisss...conpirm menjilat jari!!!kekekeke...

tol ke aku tambah nie???

ape2pun aku sokong ko!!
buy yahudi last!!yeeeepiiiii~~

wanhamery said...

belilah barangan buatan islam...halal.. boleh bantu ekonomi ummah

Anonymous said...

aku sokong! aku sokong!