Tuesday, September 13, 2011

Alah Dato' Najib, 6% pun nak berkira ke?

Assalamualaikum Dato' Najib

Sekarang zaman cukai. Terasa macam duduk pada zaman feudal. Cukai kelapa, cukai padi, cukai sampan. Bezanya sekarang makan kedai mamak kena cukai. Tengok tv kena cukai. Lalu lebuhraya kena cukai. Telefon kena cukai. Kereta kena cukai. Pendapatan kena cukai. Perkhidmatan kena cukai. Pos barang kena cukai. Surcaj kena cukai.

Tiba-tiba sahaja beli prepaid kena cukai. 6 peratus. Kalau Dato' Najib nak tahu sekarang ni, nak beli topup RM10 pun dah kena bayar RM10.50. Jadi kalau tambah cukai 6 peratus, topup RM10 sudah jadi RM11.13. Kalau Dato' Najib nak tahu, RM1.13 tu besar bezanya. Tambah beberapa sen lagi saya boleh beli sekilo gula. Jimat kos gula saya sebulan.

Owh, lupa. Dato' Najib tak pakai prepaid. Apa kelas kan Perdana Menteri pakai prepaid. Apa kelas Perdana Menteri minum air oren. Perdana Menteri mesti minum rebina. Kelas kau Dato' Najib. :-)

Tapi, kalau Dato' Najib nak tahu, telco prepaid memang cekik darah. Kalau topup RM10, tempoh penggunaannya sebulan je. Masuk bulan kedua, dah tak boleh buat panggilan keluar, boleh terima panggilan sahaja. Masuk bulan keempat tak topup, memang simkad tu saya boleh buat frame, buat kenangan. Walhal bakinya ada RM8.73 sen lagi.

Kalau Dato' Najib nak tahu, orang kampung macam saya tak berapa pakai telofon bimbit. Sekadar ada sahaja. Untuk kecemasan sahaja. Nak pakai telefon TM tak mampu nak bayar sewa bulanannya. Lagipun telefon rumah susah nak bawa kemana-mana. Kalau boleh bawa pun, nak cucuk kat mana wayar telefon tu?

Tapi, terima kasih la juga kepada Dato' Najib sebab dah suruh Dato' Rais bincang dengan kartel telco supaya ditangguhkan pelaksanaan cukai perkhidmatan tu. Dengar khabarnya, kabinet akan bincang lebih lanjut pasal perkara ni esok ek? Harapnya perkataan "ditangguhkan" tu jadi "dimasuhkan" ye. Jangan senyap-senyap, tiba-tiba naik juga. Alah...macam kes Astro hari tu.

Harapnya, Dato' Najib ambil berat perkara ni. Bukan sahaja perkara cukai prepaid ni, cukai-cukai lain pun ambil perhatian ye. Bukan apa, negara kita kan kaya, minyak banyak, pelaburan asing pun banyak. Bagilah sikit pada rakyat jelata ni. Nanti kami tak undi baru tahu. Hahahahahhaha. Gurau je Dato' Najib, jangan kecil hati ye.

Dengar cerita, Datin Rosmah beli cincin RM24juta. Dengar cerita juga dia nak beli lagi sembilan, bagi cukup kuota 10jari. Betul ke? Tanya je ni, jangan marah ek. Huhuhuhuhuu.

Owh, melalut pula saya. Akhir kata, Dato'Najib dengarlah rintahan saya ni. Harapnya kes cukai prepaid ni tak jadi macam kes cukai kedai mamak, yuran Astro dan surcaj pos. Huhuhuhuhuhu

Selamat hari raya Dato' Najib. Maaf zahr batin. Salam SATU MALAYSIA! (Sambil mengacungkan jari telunjuk kanan ke udara).


2 comments:

jiwa sifar said...

nasib aku tak langgan astROGOL.layan tv singapore n indon sudah.mcm2 ade dan tak ulang2 tiap2 minggu.haha.

roshaizul said...

duduk johor untung. boleh dapat berbelas siaran. kalu duduk dungun ni, t1 t2 dan tv3 je la. kalau nasib baik, tv 9. itu pun kena pegang arial. hahahahah