Monday, September 12, 2011

Orang Gila Itu Mulia

Dulu, masa mula-mula menuntut di Parit Raja, aku merasa geli dan jijik jika melihat orang gila. Pernah ada orang gila datang ke meja tatkala aku berada di kedai makan. Beliau minta rokok dengan aku. Pada masa yang sama air liurnya tersembur ke makanan aku. Cis!

Semenjak dari itu, kalau orang gila itu datang ke meja aku, aku akan segera beredar.

Masa demi masa, persepsi aku terhadap orang gila mula berubah. Tak tahu kenapa. Pada tahun-tahun akhir aku di Parit Raja, kalau orang gila itu datang meminta rokok, aku akan berikan sahaja pada beliau. Kadang-kala, aku pelawa beliau makan bersama.

Aku pernah mempunyai kenalan yang bekerja di Hospital Tampoi. Beliau berkata kalau lelaki masuk ke hospital itu biasanya mempunyai masalah kewangan. Manakala wanita yang masuk ke situ mempunyai masalah cinta.

Ada pujangga mengatakan bahawa orang gila dan genius hanya dipisahkan oleh sehelai rambut. Jadi, orang gila barangkali lebih bijak dari aku. :-)

Juga, aku perasan yang orang gila jarang sakit. Antibodi mereka memang menakjubkan. Pernah kau tengok orang gila pergi klinik? Walaupun mereka berpanas, berhujan, makan makanan sisa, tidur di tepi tong sampah dan berjalan tanpa alas kaki.

Orang gila juga mulia. Mereka boleh masuk syurga. Kerana ibadat kepada Allah hanya untuk orang yang waras sahaja. Jadi, kita jangan pandang rendah dengan orang gila. Meraka boleh masuk syurga. Kita?





No comments: