Friday, January 11, 2013

Pusat Servis Tayar ZR Dungun

Jujur, aku lebih suka pergi ke kedai orang yang seagama dengan aku, walaupun dalam banyak keadaan sebenarnya lebih baik pergi ke kedai yang lain.




Tapi, di kedai tayar ini merupakan kedai tayar yang terbaik pernah aku pergi. Dan lebih terbaiknya, pemilik kedai ini seagama dengan aku.




Tempoh hari, tayar kereta aku mengalami keadaan botak sebelah. Bukan botak tengah atau botak disebabkan oleh hormon tidak stabil. Kalau kedua-dua jenis botak itu kau perlu pergi ke Yun Nam Hair Care dan pakai syampu Bawang. Dan, pemilik kedai itu memberi aku sedikit tips tentang tayar.

1) Kalau nak tayar tahan lama cari "thread wear" yang tinggi. Barangkali nilai 400 sudah cukup bagus. Dari kilang, kereta aku dibekalkan tayar yang "thread wear" nya 200 lebih sahaja.

2) Perodua Alza memang akan mengalami sindrom tayar depan botak sebalah. Jadi, sila rajin tukarkan posisi tayar setiap 10,000 km.

3) Tayar yang lebih tebal lebih bagus menyerap hentakan dan mengelakkan rim bengkok.

4) Kalau rim bengkok, bersegeralah membaiki atau menukarnya. Ini memastikan jangka hayat tayar lebih lama.


Namun, malangnya kedainya agak tersorok. Kedai ini satu jalan dengan Courts Mammoth Dungun dan berhadapan dengan Kedai Tayar P8 yang lama (kini sudah menjadi restoran macam Mama Chop Papa Grill). Kedai ini bersebelahan dengan sebuah pasar mini.

4 comments:

Khairul Faizal said...

hehehe tokei kedai ni dulu keje di Pok8 tue, mmg seorg yang kemas kejenya, selalu jugak buat di pok 8 dulu...tp sejak dia berenti aku dah tak buat kat alignment P8 tu

Anonymous said...

Benda kecik tapi kita rasa nak gi sokmo kedai tu. rasa nak rekomen pada orang lain.

kalau gi kedai cina camtu gop, cina tu dia beri tips jaga tayar, jenis jenama sesuai.

roshaizul said...

@jai: aah anak buah pok8. Kerja dia memang superb

@asrul
Suport org kita. Kalau tak siapa yg nak support kan. :-)

SK Ketengah Jaya said...

Hari raya buke dok..tayar bocor...