Wednesday, January 02, 2013

Ulasan Buku: Memoir Tun Dr Mahathir

Sejak aku berusia 5 bulan, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menjadi Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu, tidak hairan aku menjadi pengkagum beliau. Dengan idea, wawasan den keberanian beliau, tidak hairan Malaysia menjadi begitu maju duniawi kini.

Dalam memoir ini, Dr. M menceritakan dengan mendalam kisah hidup beliau, dari semasa zaman kecil, terlibat dengan gerakan kemerdekaan, dibuang UMNO, menjadi Perdana Menteri, memecat DSAI hinggalah perletakan jawatan beliau.

Aku paling suka membaca kisah pada zaman muda beliau. Zaman beliau bersekolah dan berniaga di pasar. Zaman peneyertaan beliau dalam politik tempatan di Kedah. Juga, zaman beliau  belajar di Singapura dan bertemu dengan Dr. Hasmah.

Aku paling kagum bila membaca bagaimana tercetusnya idea beliau terhadap pelbagai projek kemajuan negara. Putrajaya dan Cyberjaya antara yang sangat mega dan berjaya hingga kini. Juga, diceritakan rasional disebalik projek-projek mega tersebut.

Aku paling bingung apabila membaca ulasan beliau mengenai Islam. Kelihatan agak liberal. Dan aku tidak berani mengulasnya di sini kerana aku bukan siapa-siapa.

Aku juga bingung kisah beliau memecat DSAI. Kelihatannya semacam tidak rasional dan hanya berdasarkan spekulasi dan khabar angin. Saksi yang dikatakan itu pula semacam meragukan. Erm....

Aku cadangkan kau baca buku ini. Baca tentang pemikiran negarawan ini. Susah rasanya nak berjumpa orang yang sangat idealistik seperti beliau. kalau tanak beli, pinkam dengan aku pun boleh. Hahahaha


3 comments:

Anonymous said...

Saya baca versi BI. Versi asal ditulis oleh Dr Mahathir. Versi BM adalah terjemahan oleh Datuk A Kadir Jasin.

roshaizul said...

Kawan tak pandai bahasa inggeris. tu yang kawan baca versi bahasa melayu. :-)

Anonymous said...

Pinkam kan aku buku ni...