Showing posts with label Parit Raja. Show all posts
Showing posts with label Parit Raja. Show all posts

Saturday, February 16, 2019

Tempat Makan Terbaik di Parit Raja: Fisherman’s Asam Pedas

Masa belajar di Parit Raja 18 tahun dahulu, kompleks niaga Parit Raja menjadi tumpuan budak marhaen macam aku menikmati makan tengahari.

Antara menu yang sedap di situ adalah asam pedas.

Oleh itu, apabila sekali sekala ke Parit Raja atas urusan Kerepek Rangup, aku akan mengenang alma mater aku di kompleks niaga Parit Raja. Menikmati kembali zat yang membesarkan aku sebagai johan.

Masa berlalu, pemilik-pemilik asal kedai sudah tiada dan perniagaan mereka diwarasi. Sejak itu kualiti dan kesedapan makanan di beberapa kedai di kompleks niaga itu semakin berkurangan. Bahasa mudah, dah tak sedap. Terutamanya asam pedas.

Ya, seantero dunia sedar bahawa asam pedas Melaka adalah yang terbaik. Namun, pada aku asam pedas Johor ada rasa tersendiri.

Lalu misi tergempar mencari asam pedas bermula. Usai bertemuramah dengan anak Wak Asmon, tauke kilang kerepek, aku bertanya beliau mana kedai asam pedas Johor yang paling sedap di Parit Raja.

Beliau mencadangkan beberapa kedai. Kedai pertama aku pergi adalah Fisherman’s Asam Pedas. Terletak di simpang masuk Pt Haji Ali Laut.

Kedai lain aku akan pergi dan review kemudian, Insya Allah.

Ini ha kedainya. Tiada papan tanda, ada gegantung sahaja.

Namun begitu, kedai ni ada dalam Google Maps, Facebook dan Instagram. 

Kau search Fishermans Asam Pedas

Asam pedas tau, bukan ubat batuk.

Kedai ni betul-betul terletak di simpang parit ini. Lebih kurang 2-3 km dari bandaraya Parit Raja.

Ini kaunter untuk order makanan. Hipster gituw.

Ini senarai menu. Telus. Cuma ikan harganya berubah.

Telur masin. Oren warnanya. Tapi bukan Amanah.

Telur dadar. Tak lawa pula gambar aku kali ni.

Kailan ikan masin. Naik darah aku!

Ini dia menu utama. Asam pedas. Entah ikan apa aku lupa. Ikan mayong agaknya. Besar tapak tangan aku ni.

Ikan dimasak segar. Kau order baru dimasak. Bukan main masak banyak-banyak dalam periuk besar.

Makan 2 orang dengan air dan lauk-lauk di atas dalam belas-belas ringgit sahaja. Sesuai sangat dengan bajet pensyarah gred rendah macam aku.

Monday, February 10, 2014

Mengenang Alma Mater: Kedai Makan Saadiah

Pada kebanyakkan bekas pelajar universiti, mereka sangat mengenang zaman belajar mereka. Sangat mengenang suasana belajar mereka. Sangat mengenang pensyarah-pensyarah mereka. Sangat mengenang tempat-tempat nostalgik dalam kampus mereka. Dan, tentunya mengenang alma mater mereka.

"Alma mater: a school, college, or university at which one has studied and, usually, from which one has graduated"

Aku, masa belajar di Parit Raja dahulu, merupakan seorang yang pasif. Aku kurang bercakap dan kurang bergaul. Memang norma aku sebegitu. Justeru, aku tidaklah tergolong sebagai mahasiswa yang suka berlegar di kampus. Selepas kelas, jarang aku pergi ke perpustakaan, surau kampus, kafeteria kampus atau bilik pensyarah. Malah, pergi ke jamban kampus pun kadang-kadang sahaja. 

Selepas kelas pagi, biasanya aku akan ke Parit Bengkok, lokasi gerai roti canai tepi parit yang tersedap. Rotinya gebu. Karinya lemak rempah. Nescafenya pekat! Paling penting sebagai pelajar, harganya murah.

Atau, kalau kelas habis petang, akan aku singgah di gerai goreng pisang Ewok, sederet pasaraya Wellward; makan gorengan dicicah sambal kicap. Kedai di tepi longkang. Gorengannya rangup. Sambal kicapnya pedas. Paling penting sebagai pelajar, harganya murah.

Kalau kelas malam, sebelum ke kelas, aku  makan malam di kedai makan Adak, sebelah bangunan Peladang. Nasinya banyak dan berlemak. Ayamnya pun banyak. Dan, paling penting sebagai pelajar, harganya murah.

Selepas kelas, terkadang, aku makan kerang bakar di sebuah kedai suram depan kampus. Simpang masuk Parit Hj Rais. Servis kedai memang lambat. Kerangnya taklah berapa sedap. Dan, harganya taklah begitu murah. Mungkin, aku dah kena bomoh dengan kedai tersebut. Hahahahaha

Tapi, paling menarik, makan tengahari. Kedai makan Saadiah. Terletak di Kompleks Parit Raja. Menunya ringkas. Nasi + ayam goreng + kuah kari + sayaur. Atau, nasi + asam pedas + sayur. Dulu, 12 tahun lepas sekali makan lauk ayam, beserta air teh o ais, hanya RM2.50. 






Tempoh hari, aku kembali ke kedai itu. Akak kedai tu masih ingat aku. Beliau tak ingat nama aku. Tapi, beliau cam tahi lalat aku bawah bibir. Hahahahaha. Aku baru perasan aku ada tahi lalat bawah bibir.

Minggu lepas, aku ke sana. Mengenang alma mater. Makan di kedai Saadiah. Nasi + ayam goreng + kuah kari + sayur + air suam sudah RM4.50.

Inflasi.

Sunday, February 09, 2014

Dah Macam Kena BOM!

Aku jarang balik Johor. Tapi, tidaklah terlalu jarang. Barangkali setahun, paling kurang empat kali aku akan pulang ke Johor. Menziarah orang tua yang utamanya. Membeli kerepek jatuh nombor dua.

Biasanya aku akan beli kerepek di sekitar Air Hitam - Parit Raja - Senggarang. Ada beberapa kedai yang mana aku telah menjadi pelanggan tetap selama beberapa tahun.

Jika dahulu, untuk membeli kerepek, dari Bandar Tenggara, aku akan melalui bandar Kluang, melalui Bandar T6. Tapi, beberapa tahun lepas, telah ada jalan potong ke Renggam, sebelum Felda Bukit Tongkat. Melalui jalan itu, ternyata lebih dekat. Dari Bandar Tenggara, boleh sahaja aku melalui jalan itu ke Renggam. Dari Renggam, terus ke Simpang Renggam dan sampai ke Air Hitam.

Walaupun jalan itu baru, tetapi, jalan tersebut telah mengalami kerosakan. Sama keadaanya seperti jalan Felda Inas ke Kulai. Dipercayai jalan tersebut bertar nipis dan dilalui oleh lori.

Memandu di jalan seperti itu, amat menguji kecekapan memandu. Harus sentiasa berwaspada dengan keadaan jalan dan kenderaan terutama lori yang dipandu laju.

Terkadang, aku rasa kadaan tidak aman kerana rupa paras jalan seperti di bom!





p/s: Semasa melalui jalan tersebut tempoh hari, jalan sedang dibaiki. Tapi, tak pasti berapa lama ia boleh bertahan.

Tuesday, June 19, 2012

Nasi Beriyani Batu Pahat

Sinonim, nasi beriyani dengan Batu Pahat. Macam pizza dengan Itali. Hahahahaha (Ayat kitar semula)

Tapi, di Batu Pahat, selain nasi beriyani, juga terkenal dengan mee racun. Juga, dalam ingatan aku, aku mengenali Batu Pahat dengan lontong goreng.

Tapi, lama sudah aku tidak ke Batu Pahat. Paling hampir mungkin Parit Raja atau Rengit.

Tapi, tempoh hari, dalam kesesatan yang terpandu, aku terjumpa sebuah restoran Nasi Beriyani Batu Pahat di Taman Equine, Seri Kembangan. Ia terletak bersebelahan Ani Sup Utara.



Bila tengok senarai harga makanan, aku dan Pn. Nurul agak terkejut. Harganya hampir sama dengan set makan tengahari di KFC. Berbanding 10 tahun lalu di Batu Pahat, harga nasi beriyani gam Kurang dari RM5! Hahahahaha. Inflasi

Lalu kami memasan nasi beriyani gam daging dan ayam.



Tapi, aku kecewa. Yang sampai bukan beriyani gam. Tapi beriyani biasa sahaja. Sefaham aku, kalau beriyani gam, daging/ayam akan dimasak bersama nasi. Jadi, sepatutnya aku kena menguis nasi baru jumpa ayam/daging.

Juga dalca dia ada 3 biji kacang dal. Mungkin harga kacang dal sudah naik melambung.

Ayam dia pula semacam tidak cukup zat.

Rasanya, ia tidak berbaloi dengan duit yang aku bayar.

Tapi, sebab perut lapar, aku belasah je la. Hahahahaha

Paling mengejutkan awek yang jaga kaunter tu bersinglet dan berseluar denim ketat. Macam tak payah pakai baju! Hahahahahaha

Saturday, April 14, 2012

Bakso Parit Raja Darat

Kalau ke Parit Raja, aku tidak lupa untuk singgah makan bakso di sini. Akan tetapi, terkadang, mengecewakan, bila mana gerai itu tutup atau tidak menjual bakso pada hari itu atau bakso telah habis pada hari itu. Bukan sekali, malah banyak kali juga kekecewaan melanda kerana tidak dapat makan bakso.

Tempoh hari, singgah di kilang kerepek untuk mengetahui harga kerepek terkini dan tersensasi. Usai berbual dan membeli sedikit kerepek di kilang itu, aku bertanya kepada budak penjaga kilang itu dimanakah bakso yang paling sedap di Parit Raja.

"Abang terus, pastu belok kanan menghala ke Parit Raja. Kat simpang tu ada gerai bakso sebalah kanan."
"Depan masjid Parit Raja Darat ke?" aku bertanya
"Aah, yelah tu. Kedai tu memang terbaik. Orang jauh-jauh pun datang makan kat situ" Budak itu menjawap.

Owh! Ini sudah bagus. Dekat saja gerai bakso itu. Hanya kurang 2km dari kilang itu. sebelum ini, aku perlu memandu hampir 10km untuk makan bakso dari kilang itu.

Gerai itu betul-betul depan Masjid Parit Raja Darat.

Gerai itu agak terperosok, bersebelahan bengkel membaiki motosikal.

Suasana kedai biasa sahaja. Macam kedai kopi kampung yang tipikal.

Aku dan Pn. Nurul memesan dua mangkuk bakso.

Dia punya bakso memang mewah. Daging besar dan banyak. Isinya campuran antara soo hoon dan mee hoon. Rasa dia memang cemerlang. Kena pula dengan sambal kicap. Fuh! Memang terbaik dari kebun!

Makan panas-panas. Berpeluh! Sedar tak sedar tinggal kuah sahaja.

Bakso memang cemerlang. Tapi servis tahap longkang. Tauke perengus. Pelayan pula susah nak senyum. Tipikal bagi gerai makan yang sedap.

Saturday, February 04, 2012

Telefon Bimbit Kesayangan

Dulu, masa aku sekolah rendah, pernah terlihat orang membawa telefon bimbit. Tapi, bukan macam sekarang,  bentuk dia macam briefcase. Kiranya macam telefon awam bergerak.

Lama kemudian, di akhir-akhir persekolahan wajib aku, terlihat orang membawa telefon bimbit. Tapi, bukan macam sekarang. Ia agak besar. Cuma kecil sedikit dari botol air 1.5L. Kiranya, masa itu jika kau ada telefon bimbit sebegitu, kau dikira orang kaya dan berkemampuan. Sepengetahuan aku, telefon bimbit botol air itu tidak mempunyai sim kad. Kiranya sim kadnya terus terbina dalam telefon tersebut.

Tapi, dalam memori aku, paling segar mengenai telefon bimbit adalah tatkala aku di tahun awal ketika menuntut di Parit Raja. Antara telco yang terkemuka pada masa itu adalah Maxis (012), Celcom (019), TM Touch (013), Adam (017). Paling kelakar bilamana rakan-rakan yang menggunakan talian Adam. Tak boleh guna di Parit Raja. Sebabnya, Adam membina pencawang di sepanjang lebuhraya PLUS. Memandangkan Parit Raja agak jauh juga dari lebuhraya, memang takde la line Adam. Hahahahaha.

Telefon paling terkemuka pada zaman itu adalah Nokia. Nokia popular masa tu sebab ia merupakan telefon bimbit yang pertama yang tiada arial. Hahahahaha. Telefon lain semua ada arial. Ada sesetengah telefon yang mana kau perlu menarik arialnya supaya lebih panjang tatkala menerima atau membuat panggilan.

Juga, starter pack tidak semurah sekarang. Kalau kau jumpa starter pack yang harganya RM100, itu sudah cukup murah. Kemudian, nilai topup minimum yang di jual adalah RM50. Topup bukan satu jenis je, ada dua jenis topup yang kau kena pastikan ia memenuhi syarat.
1- Topup untuk "line". Tak ingat berapa. Aku rasa dalam RM50 sebulan. Kalau beli enam bulan sekaligus, hanya RM230.
2- Topup untuk call/sms. Takde had limit masa. Tapi, zaman tu kalau call RM0.60 seminit dan sms 30sen, kira ok la tu.

Aku bukan seorang yang mengejar sangat kecanggihan telefon. Telefon pertama aku adalah Siemens C30, harganya separuh dari Nokia 3310 yang tersohor pada waktu itu.

Telefon bimbit aku yang kedua dan ketiga aku guna sepanjang tahun-tahun akhir sarjana muda dan sepanjang pengajian sarjana aku. Juga tetap digunakan pada tahun awal aku mengajar di Dungun. Nokia 3310/3315. Masa tu orang sibuk cerita pasal telefon Nokia daun, Nokia sabun dan macam-macam nokia yang canggih.

Telefon bimbit aku yang keempat, Nokia juga. Aku tak ingat jenis apa, tapi, skrinnya hitam putih. Memandangkan aku menggunakan 2 nombor pada masa itu, aku memutuskan untuk membeli satu lagi telefon bimbit Nokia yang skrin berwarna dan ada kamera! Hahahaha. Kamera tahap vga je. Orang lain sibuk bertanya kepada yang lain "Kamera henpon kau berapa mega pixel?"

Tiga tahun lepas, aku membeli telefon yang aku gunakan sekarang, setelah telefon nokia berwarna itu rosak dan telefon nokia hitam putih tu aku bagi pada orang lain. Telefon terkini aku dari tiga tahun lepas adalah Sony Ericcson T280i. Aku beli RM350. Ada kamera. Skrin berwarna. Sound true tone. Tapi, tiada wifi. Hahahahaha


Memang puas hati pakai telefon ni. Jumlah panggilan hampir 179 jam!!! Itu lebih kurang 7 setengah hari bercakap.


Tatkala orang memperkatakan tentang iPhone5 (akan keluar ke), iPad, Samsung Galaxy Note, Blackberry (Blueberry pun ada), Android, Symbian, Windows Phone OS dan macam-macam lagi, aku masih setia dengan telefon ni. Aku tak pasti bila aku akan tukar telefon. Yang pasti aku cukup berpuas hati jika telefon aku boleh call dan sms sahaja.....

Monday, September 12, 2011

Orang Gila Itu Mulia

Dulu, masa mula-mula menuntut di Parit Raja, aku merasa geli dan jijik jika melihat orang gila. Pernah ada orang gila datang ke meja tatkala aku berada di kedai makan. Beliau minta rokok dengan aku. Pada masa yang sama air liurnya tersembur ke makanan aku. Cis!

Semenjak dari itu, kalau orang gila itu datang ke meja aku, aku akan segera beredar.

Masa demi masa, persepsi aku terhadap orang gila mula berubah. Tak tahu kenapa. Pada tahun-tahun akhir aku di Parit Raja, kalau orang gila itu datang meminta rokok, aku akan berikan sahaja pada beliau. Kadang-kala, aku pelawa beliau makan bersama.

Aku pernah mempunyai kenalan yang bekerja di Hospital Tampoi. Beliau berkata kalau lelaki masuk ke hospital itu biasanya mempunyai masalah kewangan. Manakala wanita yang masuk ke situ mempunyai masalah cinta.

Ada pujangga mengatakan bahawa orang gila dan genius hanya dipisahkan oleh sehelai rambut. Jadi, orang gila barangkali lebih bijak dari aku. :-)

Juga, aku perasan yang orang gila jarang sakit. Antibodi mereka memang menakjubkan. Pernah kau tengok orang gila pergi klinik? Walaupun mereka berpanas, berhujan, makan makanan sisa, tidur di tepi tong sampah dan berjalan tanpa alas kaki.

Orang gila juga mulia. Mereka boleh masuk syurga. Kerana ibadat kepada Allah hanya untuk orang yang waras sahaja. Jadi, kita jangan pandang rendah dengan orang gila. Meraka boleh masuk syurga. Kita?





Tuesday, September 06, 2011

Rengit 1: Azhar Food Industries

Sebagai peniaga kerepek, adalah penting untuk senantiasa mengemaskini pengetahuan tentang perniagaan kerepek termasuklah pengilang, pesaing dan pelanggan. Tempoh hari, semasa cuti hari raya, aku bersama Pn. Nurul sempat bersiar-siar di Rengit, dengan pelbagai tujuan. Antaranya adalah untuk membuat tinjuan terhadap pengilang kerepek yang ada di sepanjang Parit Hamid-Parit Raja-Senggarang-Parit Botak-Rengit. Banyak kilang yang kami masuk. Tapi, aku rasa yang terbesar adalah Azhar Food Industries yang terletak di Rengit.


Memang besar gila kilang kerepek ni. Gila pun tak besar macam ni. Siap ada khidmat penghantaran menggunakan trailer. Harganya juga murah, lebih murah berbanding dengan tempat yang selalu aku ambil kerepek selama ni. Tapi, aku rasa aku tak akan ambil stok di sini kerana kos pengangkutan aku akan meningkat beberapa belas peratus. Juga, aku sudah selesa berurus niaga dengan Wak Asmon yang aku kenal lebih lima tahun.

Wednesday, February 03, 2010

Sudah 11 Tahun Aku Ketagih

Mulanya aku tak tahu apa-apa pasal benda ni. Sekadar melihat kawan-kawan menikmatinya. Mereka kelihatan sungguh beremosi tatkala menghadap benda ini.

Kadang-kadang gembira.
Kadang-kadang sugul.
Kadang-kadang ketawa.
Kadang-kadang meraung kecewa.
Kadang-kadang termenung panjang.
Kadang-kadang menyumpah seranah.
Kadang-kadang bersorak.

Aku tak tahu mengapa jadi begitu. Lalu, tergerak aku mencubanya. Lama juga sebelum aku berfikir sebelum mencubanya. Dua bulan juga rasanya.

Akhirnya aku terjebak juga dengan game WORMS ARMAGEDDON!!!

 

  

Aku terjebak juga setelah dirayu pujuk oleh Azrul dan Pais, rakan serumah aku tatkala di Parit Raja sekitar 1999. Owh! Mereka membuat aku ketagih sehingga ke hari ini!!!!

Ketagihan aku semakin menjadi-jadi sekarang. Setiap pagi, selepas duduk dan membuka komputer aku akan bermain game ini sebanyak satu pusingan.

Tapi, kau jangan salah sangka. Ini sepertinya suatu senaman pagi untuk aku. Ini kerana:-
1) Game ini mencergaskan minda aku kerana aku perlu mengatur strategi supaya ulat aku tidak dapat diserang dan pada masa yang sama ulat aku dapat menyerang.
2) Game ini memberikan kepada aku pemahaman konsep-konsep matematik dan kejuruteraan seperti Hukum Newton Ketiga, projectile, momentum, halaju dan sebagainya. Ini kerana setiap senjata dibangunkan mengikut konsep-konsep matematik kejuruteraan yang berlainan.
3) Game ini mengajar aku kecekapan mencongak. Ini kerana setiap senjata mempunyai kegunaan dan kuasa pemusnah yang tersendiri.
4) Game ini melincahkan jari-jemari aku tatkala menaip kelak. Ini kerana aku harus cekap menggunakan keyboard untuk mensasarkan senjata serta menggerakkan ulat-ulat aku.

Aku pasti, ramai yang tidak ketahuaan apa yang aku bebelkan ini. Sesekali nak juga aku menulis untuk syok sendiri. Huhuhuhuhu.

Kalau kau nak ketagih seperti aku, kau boleh tengok di sini.

Selamat menjadi ulat!!!

Monday, January 18, 2010

Jepun - Dekat TapI Jauh



Tahun 1999, sekitar bulan Disember di Parit Kasan, Bukit Gambir, Muar, Johor

(Sila baca perbualan di bawah mengikut loghat Jawa)

Wak: Ngko belajar kat mana sekarang Jam? Kat poli ke?
Aku: Tak la Wak. Itu hari ada cadang juga nak belajar poli. Tapi tawaran ITO datang dulu. Jadinya saya kat ITO la sekarang.

Wak: Wah! Bagusnya ngko. Belajar sampai ITO. Dah bila penerbangan baliknya?
Aku: Penerbangan balik?

Wak: Ye la, balik Jepon.
Aku: Balik Jepon?

Wak: La...bocah ini kok. Ngko kata tadi ngko belajar kat ITO.
Aku: Aaahhh, saya memang belajar kat ITO.

Wak: Habis tu, ngko nak balik ITO mesti la naik kapal terbang pergi Jepon.
Aku: Eh, bukan kat Jepon la wak. ITO kat Parit Raja je.

Wak: La...dekat aje rupanya...

Begitu anggapan sepupu mak aku bila aku mengatakan bahawa aku belajar di ITTHO, singkatan untuk Institut Teknologi Tun Hussein Onn. Kemudian, ia dinaik taraf menjadi Kolej Universiti dengan singkatan KUiTTHO. Kini, ia menjadi universiti penuh dengan singkatan UTHM.

Sepengetahuan aku, ada satu tempat bernama Parit Jepon yang terletak di Ayer Hitam, Muar.
Sepengetahuan aku juga, kenderaan amfibia aku disalin dari sebuah kereta Jepun yang terkemuka.
Sepengetahuan aku lagi, bahawasanya Gaban berasal dari Jepun.
Sepengetahuan aku yang seterusnya, banyak barangan elektronik di rumah kau adalah dari Jepun.
Sepengetahuan aku yang terakhir - gadis Jepun memang putih dan jelita. Huhuhuhuhuhu...

Ternyata Jepun dekat tapi nun jauh di hemisfera utara....

Tuesday, January 12, 2010

Bakso Parit Raja

Bakso adalah sejenis makanan yang berasal dari Indonesia. Orang-orang Jawa gemar memakan hidangan ini pada waktu petang hingga lewat malam.

Bakso merupakan mee hoon sup daging. Sesetengah tempat, mee hoon diganti dengan soo hoon. Manakala daging yang digunakan adalah daging lembu atau ayam yang dilenyekkan dan dibentukkan seperti bebola. Lebih enak lagi dicampurkan sambal kicap atau lada lumat ke dalam bakso.





Semasa belajar di Ittho, Jepun  Parit Raja, suatu masa dahulu, agak kerap aku gerai bakso ini.



Tempeh hari, semasa berkunjung ke Parit Raja, aku sempat singgah kembali ke kedai ini bersama Pn. Nurul, adik aku dan anak saudara aku. Terasa nostalgia. Kembali ke tahun 2002...

Thursday, April 02, 2009

Sirap Bandung Yang Sedap


Aku ketagih sirap bandung ni. Ya ampun...sedap bangat! Kau boleh jumpa sirap bandung ni di Taman Rona, Parit Raja, Johor. Aku tak tau dia taruk apa dalam sirap bandung tu. Hara-harap bukan ganja. Huhuhuhuh

Saturday, February 07, 2009

Mari Berkaroeke Bersama Roshaizul

Hari ni aku kena kerja. Cuti berganti. Cis! Malas masuk kelas, jadi aku mengadakan suatu 'take home quiz" untuk pelajar aku.

Bagi mengisi masa lapang kerana tiada lagi kelas pada hari ini, aku mengemas almari yang sudah berhabuk dan terjumpa beberapa keping CD. Lalu, aku tergerak untuk melihat kandungan CD tersebut. Owh! CD koleksi kesukaan aku tatkala belajar di Parit Raja dahulu. Macam-macam ada! (sila sebut seperti pakcik Astro dan buntangkan biji mata).

Antara banyak-banyak fail dalam CD-CD tersebut, aku terjumpa satu fail Flash karoeke lagu Love nyanyian Nat King Cole yang aku buat untuk diberi sebagai hadiah kepad Cik Nurul.

Jadi, aku dengan murah hati ingin berkongsi fail tersebut kepada korang semua. Tapi, ini versi yang telah diedit. Kalau tak edit, pasti korang akan menyatakan bahawa aku seorang mamat yang jiwang! Huhuhuhuhuhu

p/s: Fail tersebut dalam bentuk *.exe. Ia bukan virus. Ia adalah fail Flash versi "stand alone".

Wednesday, February 04, 2009

Iklan Layanan Masyarakat 1

Memandangkan ramai rakan-rakan aku berniaga, jadi, aku dengan sukacita ingin mengiklankan secara percuma perniagaan mereka di dalam blog aku yang tak berapa popular ini. Lalu, setiap tajuk post akan berbunyi "Iklan Layanan Masyarakat"

Iklan yang pertama dari En. Pais. Beliau mencari kakitangan kerajaan, badan berkanun dan syarikat yang tersenarai di bursa Malaysia, untuk berkongsi satu perniagaan dengan beliau.

Walaupun beliau kini bekerja di Melaka, tinggal di Parit Rja dan berasal dari Shah Alam, beliau sanggup bertemu dengan mereka-mereka yang berminat di seluruh semenanjung Malaysia.

Beliau boleh dihubungi terus melalui 019-711 9369.

Rupa paras beliau adalah seperti gambar di bawah (sebelah kanan). Sebelah kiri gambar adalah Jack. Namun, Jack bukanlah warganegara Eropah, tapi, Jack adalah orang Jawa yang sejati. Jack merupakan rakan kongsi Faiz.

Monday, February 02, 2009

Al-Kisah Parit

Al-kisah, kalau di Johor atau Selangor atau Perak yang mempunyai komuniti Jawa pasti terdapat beberapa tempat yang dinamakan "Parit" yang barangkali seerti dengan "kampung". Contoh, Parit Raja, Parit Jawa, Parit Bugis, Parit Rasipan dan Parit dibelakang rumahku (huhuhuhuhu).

Al-kisah, pernah dulu aku bertanya kepada En. Sani Supar yang gagah. "Abah, apsal tempat-tempat orang Jawa dinamakan parit?".

Lalu, En. Sani Supar menjawab "Orang Jawa ni gagah berani. Dulu, diorang datang ke semenanjung dengan tangan kosong. Tapi diorang datang secara berkumpulan. Diorang ni datang semenanjung dan teroka hutan-hutan kat sini. Biasanya, tempat diorang teroka tu tempat yang orang lain (pada waktu itu) taknak duduk. Biasanya diorang teroka kawasan lembah atau paya yang mudah dilanda banjir.

Bagi mengelakkan kekerapan dilanda banjir, mereka membuat satu pakatan (bukan pakatan rakyat ye kawan-kawan). Dimana, setiap tuan tanah (peneroka) mesti membuat parit dihadapan tanah beliau. Dan parit tersebut akan disambung oleh tuan tanah bersebelahan. Dan rantaian parit ini sambung-menyambung hingga ke anak sungai. Jika didapati tiada tuan tanah pada kawasan-kawasan tertentu, tuan-tuan tanah yang "separit" ini akan bergotong royong menggali parit di kawasan berkenaan."

En. Sani Supar bercerita sampai di sini. Perenggan berikutnya adalah merupakan teori oleh anak kedua En. Sani Supar.

Memandang teknik ini digunakan secara meluas untuk menangani banjir pada ketika itu, maka, muncullah begitu banyak jenis parit. Lalu, bagi memastikan parit sesuatu kawasan itu kedengaran unik, maka diberikan nama bagi setiap parit. Lalu wujudlah bermacam-macam nama parit di seluruh pantai barat semenanjung Malaysia.

Al-kisahnya juga, kerja-kerja sengaraan menggali parit kini tidak lagi dilakukan oleh tuan-tuan tanah. Mereka kini lebih gemar meminta Jabatan Pengairan Dan Saliran untuk mendalamkan parit-parit mereka. Kata mereka "Eh, aku dah sokong kerajaan, jadi sekarang kerajaan kena tolong aku la pulak".

Begitulah al-kisah parit...

Sunday, February 01, 2009

Tag Ke-7: Sexy Or Seksa?

Sekali lagi. Tag dari halena.

Tag ini memerlukan aku menunjukkan 3 gambar aku yang dirasakan paling seksi, dan perlu juga diberikan "caption" terhadap gambar tersebut. Tapi, aku ingin memberikan EMPAT gambar aku yang paling seksi. Huhuhuhuhu
Caption bagi keempat-empat gambar sama. Ia diambil kira-kira 6 tahun nan lampau di Taman Manis, Parit Raja, Johor. Dan barangkali ini sahaja gambar kenang-kenangan aku pada ketika itu. Barangkali juga Cik Nurul terpikat dengan aku setelah melihat gambar-gambar ini. Amacam? Seksi tak? Dan seperti biasa aku tidak mahu tag sesiapa

Thursday, December 11, 2008

Roshaizul Yang Buta IT

1993, Kelas 6 Bestari, Sekolah Rendah Bandar Tenggara 1
Hadzrie: Jam, ko tak nak join kelas komputer ke?
Aku: Komputer tu apa?

1996, Kelas 3RKA1, Sekolah Menengah Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai
Alan: Jam, ko nak outing nanti belikan aku disket.
Aku: Disket tu apa?

1998, Kelas 5 Jentera, Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi
Romlie: Ajax, camna nak gelapkan perkataan dalam Word ek?
Ajak: Ala, ko tengok kat bahagian atas skrin ko. Ada huruf B. Ko klik situ. B tu stand for Bold.
Aku: Err....Word tu apa? Bold tu apa? Bolt and nut ke? Ke bot pancung?

2000, Makmal AutoCAD, Institut Teknologi Tun Hussein Onn, Parit Raja
Lecturer: Lepas siap drawing tu, save dekat desktop PC. Pastu save as jugak dekat dalam disket.
Aku: Encik, camna nak save dekat desktop? Pastu camna nak save as dalam disket?

2003, Pusat Penyelidikan Automotif, UTM Skudai
Aku: Bang, ada disket tak? Nak save file Word ni.
Mardani: Disket takde, thumdrive ada la.
Aku: Thumdrive tu apa?

2005, Makmal ICT, Kampus Bandar, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
Aku: Ko buat apa tu Pis?
Hapis: Syyyhhh...aku tengah download ni.
Aku: Download tu apa?
Hapis: Syhhhhh...!! Jangan cakap kuat-kuat!

2008, Makmal Robotik, Politeknik Dungun
Mazudi: Jam, tolong aku boleh?
Aku: Tolong apa?
Mazudi: Tolong install FileZila dalam setiap PC dalam lab ni?
Aku: Fail Zila tu apa? Zila Jalil punya fail ke?

Wednesday, August 20, 2008

Aku Di Dungun

Aku baru sampai dari Johor semalam dengan membawa bekalan kerepek Parit Raja sebanyak lebih kurang 100kg. Aku berkira-kira untuk mengabiskannya dalam tempoh 2 minggu mulai hari ini!! Dan sape2 orang Dungun yang ingin menikmati kerepek Parit Raja yang enak, boleh kontek aku. Ada kurang lebih 10 jenis kerepek yang aku jual. Senarai harga akan aku update kemudian.

Aku sampai rumah sewa aku kat Taman Permint lebih kurang jam 11 malam semalam.

Hari ni konon-kononnya nak study PTK. Tapi hampeh!!! Dah 2 jam aku layan internet...

Dan hari ni juga, Dungun akan dimasyurkan jadi perbandaran. Dan pastinya COLA aku akan naik 100%!!! Huhuhuhuh. Cerita lanjut tentang permasyhran perbandaran Dungun, boleh tengok kat dungun.net

p/s: Aku rasa post ni paling tak best. Tapi lantak ah, aku nak tulis jugak!! Peduli apa aku. Ni kan blog aku. Huhuhuhuhuh

Wednesday, August 13, 2008

Apabila Kekusutan Melanda Jiwa Dan Raga

Aku dalam fasa bercuti. 2 minggu mulai hari Jumaat lepas 8/8/08. Tapi 7/8/08 aku ambil cuti. Saja jer...

Mulanya aku bercadang untuk tidak berbuat apa-apa di kala cuti ini. Aku tanak bungkus kerepek, tulis blog, baca buku, memikir dan sebagainya. Tapi aku tidak mampu!!! Rasa beku kepala otak aku!!! Berikut diari sepanjang percutian aku...

Khamis 7/8/08
Aku ambil cuti hari ni. Tapi pagi2 lagi aku dah gi opis, bereskan segala kerja2 tertunggak. Kul 10 aku mula bertolak balik Johor. Singgah kejap kat Kemaman beli keropok lekor. Pastu singgah Segamat, ngeteh ngan Stim. Kul 6 petang baru sampai Johor

Jumaat 8/8/08
Aku gi Kulim, Kedah. Hantar Hazree, member aku kahwin ngan orang sana. Bertolak dari Johor 7 pagi. Singgah di Kuala yang berLumpur untuk mengambil jurugambar, merangkap kawan kami, merangkap pelajar MSU, Yasir. Sampai Kulim 5 petang. Pastu aku ronda2 bandar Kulim. Malam, Hazree nikah di Surau Taman Kenari, Kulim.

Sabtu 9/8/08
Majlis perkahwinan Hazree berlangsung. Kul 10 pagi aku teman dia ke kedai mak andam. Kul 12 kami bergegas ke majlis. Aku asik makan jer sepanjang majlis tersebut. Naik sengkak perut aku. Huuhuhuhuhu. Petang, aku ikut ke Empangan Mengkuang, untuk pengantin mengambil gambar outdoor. Kul 5 petang, aku pulang ke Johor bersama-sama Yasir, Mawi seorang tokey manpower di Johor Port, dan Ijan seorang Chef berbakat. Mawi bawa kereta, dan bagi memastikan beliau tidak tertido, kami berborak dari jam 5 petang hingga 3 pagi. Sampai Bandar Tenggara aku terus tido...

Ahad 10/8/08
Aku bangun subuh dalam jam 6.30 pagi. Pastu aku lajak tido sampai tengahari!!! Huhuhuhuh. Pas makan tengahari, aku layan tido sampai petang.

Isnin 11/8/08
Pagi aku bangun. Terus relek, dok termenung. Tengahari, aku gi Kluang, beli tiket bas untuk adik aku, Ayu, yang akan pulang ke Kuantan 23/8 nanti. Petang, aku jadi bomba. Menyelamatkan sepupu aku (yang tiada lesen motosikal dan berusia 15 tahun) kemalangan jalanraya.

Selasa 12/8/08
Pagi, macam biasa aku dok mengulo. Tengahari sikit, aku gi buat roadtax dan insurans moto adik aku yang satu lagi, Ijal. Pastu, aku jadi Ah Long (kang). Mencari kawan2 sekampung yang mempunyai hutang lapuk dengan aku. Petang sikit, aku gi bayo bil henpon aku dan check baki duit aku dalam bank. (Rutin biasa di pertengahan bulan).

Rabu 13/8/08
Aku tengah menaip kat CC nih!!!

Khamis 14/8/08
Ada majlis tahlil kat kampung Abah aku kat Kayu Ara Pasong, Pontian. Anjuran Pak Long aku yang merupakan Mejer bersara dalam angkatan tentera darat Malaysia. Kata beliau "Satu keluarga kena hantar paling kurang sorang wakil!!!" dan Abah aku yang merupakan Staff Sarjan bersara dalam angkatan yang sama dengan Pak Long aku berkata, "Ko gi wakilkan Abah!!!"

Jumaat 15/8/08
Aku kena ambil Ayu (yang menaiki bas dari Kuantan) di Kota Tinggi sekitar jam 8 malam.

Sabtu 16/8/08
Aku rewang di rumah Hazree di Felda Taib Andak

Ahad 17/8/08
Sepupu aku kahwin di Felda Semencu, Kota Tinggi

Isnin 18/8/08
Nak study untuk Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) aku yang pertama pada 21/8 nanti

Selasa 19/8/08
Balik ke Dungun dan singgah di Parit Raja untuk membeli kerepek

Rabu 20/8/08
Study lagi untuk PTK

Khamis 21/8/08
PTK aku di SMK Sultan Omar, Dungun

Jumaat 22/8/08
Bungkus kerepek bagi persedian tempahan yang dijangka akan menggila mulai bulan hadapan.

Sabtu 23/8/08
Dating di Kuala Terengganu! Huhhuhuhuhuhuhuh

Begitulah riwayat aku sepanjang 2 minggu aku bercuti. Terima kasih kerana telah membazirkan 10 minit masa korang. Huhuhuhuhu

Saturday, April 26, 2008

Stim Masak Stim

Aku kenal Stim (bukan nama sebenar) sudah lama. Rasanya hampir 10 tahun, sejak tahun 1999 bila mana kami sama-sama masuk ITTHO, Parit Raja, Johor (kini UTHM), ambil "degree" mekanikal. Bila sudah habis "degree", Stim terus mengajar di Politeknik Dungun (kini Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin), manakala aku sambung buat "master" pendidikan teknikal. Lepas aku habis master, aku pun terus mengajar di Politeknik Dungun.

Sepanjang aku kenal Stim, aku tak pernah tengok dia masak!!! Sejak kami duduk bersama (mulai Feb 2008), memang tiap-tiap hari aku masak. Tapi kelmarin masa aku tengah risau hendak cabut gigi, Stim menawarkan diri untuk memasak!!! Kagum aku!!!

Stim masak menu istimewa. Ikan tenggiri masak kicap dan sayur sawi goreng. Erm...boleh tahan juga. Huhuhuhuh
Aksi Stim sedang memasak dengan "pose" yang tak berapa nak lucah.