Friday, December 16, 2011

Pulau Pinang 4: Pesta Penang 2011



Kata orang, tempat ini sangat menarik dan meriah. Kata orang juga kena pergi awal, seawal jam 5 petang. Tapi, kami kata pukul 6 petang pun boleh. Akibat tidak mendengar kata orang, terpaksa menempuh kesesakan jalan raya sebelum masuk ke tapak pesta. Malang, tak dapat parkir di dalam tapak pesta. Sudahnya terpaksa parkir di luar dan dikenakan caj RM5 oleh ulat parkir. Namun, kami tetap bergembira. Hahahahaha



Caj masuk RM3 bagi dewasa sahaja. Kata penjaga tiket, kanak-kanak percuma sahaja walaupun. Tapi, kalau kau adalah bapak budak dan nak masuk percuma, kau boleh masuk selepas jam 11 malam.



Macam-macam ada di sini. Antaranya, gerai menjual pelbagai barangan. Dari pakaian, hinggalah ke jeruk buah.

Bunyi pun macam-macam bunyi. Setiap kedai pasang lagu dan hala speaker ke luar. Itu belum lagi speaker penganjur dan speaker tapak konsert. Serabut. Kalau nak cakap, kena jerit kat telinga. Haram jadah.

Selain tapak jualan dan tapak konsert, kedapatan juga  fun fair yang ada bermacam permainan. Aku tidak berminat untuk menaiki benda-benda pelik itu.
Sebab 1: Aku gayat.
Sebab 2: Aku rasa membazir nak menaiki benda ajaib itu. Paling murah RM4 sekali naik. Ada yang RM12. RM12 tu kalau aku beli pati sirap cap dua singa boleh dapat 3 botol besar. Boleh buat meniaga air balang. Hahahah.



Juga, terdapat bangunan yang memaparkan dan menjual barangan budaya dari Sumatera Barat dan Aceh. Tapi aku tak sempat masuk kedalam. Rugi. :-(



Sebetulnya, banyak lagi tempat menarik dalam tapak pesta ini. Samaada gambar aku tak ambil, atau gambar hilang entah kemana. Hahahaha. Antara yang mencuri tumpuan adalah:-
Satu: Bergambar dengan ular. Satu gambar yang diaorang ambil, dan siap print RM10.
Dua: Taman ala-ala iCity Shah Alam. Sempat juga bergambar dengan Pn. Nurul dalam suasama romantis. Uweek!!! Hahahahaha
Tiga: Konsert
Empat: Pertandingan/Pameran motor cantik
Lima: Air teh o ais percuma, macam air lori milo.
Enam: Tiada yang keenam, ada lima sahaja. aku tak sempat nak ranjau seluruh tapak pesta. Rasa malas nak berjalan dan serabut tengok orang ramai. Sebetulnya, aku kurang gemar pergi ke tempat yang ramai orang!

Tapi, kalau kau suka berpesta bersama keluarga, ini tempatnya! Memang menarik. Barangan yang dijual pun agak murah berbanding Jusco di Queensbay Mall.

Tapi, sewaktu membeli air, aku rasa tertipu. Air oren balang pun RM2 segelas. Cekik darah. Nak cepat naik haji agaknya. Huhuhuhuhu.

No comments: