Tuesday, December 20, 2011

Telur Power

Kalau kau berada di Dungun pada waktu pagi, aku cadangkan kau bersarapan di Power Cafe Batu 48.

Tapi, sebelum itu, aku perlu beritahu kau bahawa Power Cafe Batu 48 bukanlah kedai/cafe milik kompeni Power Root, atau Super Power ataupun Power Rangers.

Seperti namanya, kedai ini terletak jalan besar Kuantan-Kuala Terengganu jalan pantai di Batu 48. Kalau kau dari Kuala Terengganu, kedai tersebut berada di sebelah kiri kau. Kalau kau dari Kuantan, sebelah kiri kau adalah pejabat TNB dan kedai tersebut di sebelah kanan.

Menu makanan di kedai ini adalah seperti kebanyakan kedai sarapan pagi di Terengganu yang menghidangkan menu wajib iaitu masi minyak, nasi dagang, nasi kunyit dan nasi lemak ikan.

Tapi yang terbaik di sini adalah telur power. Sekali lagi ditegaskan bahawa telur itu bukan telur Power Root, Super Power atau Power Rangers. Telur power adalah telur separuh masuk yang ditambah dengan ramuan "power". Setahu aku ramuan "power" adalah terdiri dari herba dan rempah terpilih. Antara ramuannya adalah halia bara dan lada hitam.






Kalau kau kelesuan, aku cadangkan kau makan telur yang power itu.

Kalau kau rasa loya hendak makan telur separuh masak, kau boleh juga mencuba minum air yang ditambah dengan ramuan "power", seperti teh power, nescafe power atau kopi power.

Selain kepoweran yang ditawarkan di kedai ini, kedai ini turut menghidangkan air di dalam cawan yang klasik ini.





Juga, setiap pelanggan yang datang ke sini terus dihidangkan air suam apabila duduk menunggu pesanan. Air suam ini penting tatkala kau menikmati telur atau minuman power. Lupa aku hendak bagitahu kau bahawa ramuan power ini sedikit hangat dan pedas.


Mengenai harga, kau jangan sangkakan makan di Terengganu khususnya di Dungun adalah semurah harga makanan di Muar atau Alor Setar. Kau harus jangkakan ia semahal di Kuala Lumpur.

Tapi, pada aku menikmati sarapan di kedai ini amat berbaloi dengan harga.

4 comments:

orangkayabertaqwa said...

aku seronok baca begitu banyak entri kau dlm blog suka hati kau ni...

tq.

Anonymous said...

Yup. Saya pun suka bca blog ni. Tapi knapa kblakangan ni ayat diaa jd skema? hehe

orangkayabertaqwa said...

kau tak ulas pasal kemusnahan teluk lipat ke? aku nak baca versi ulasan kau..

roshaizul said...

@luqman
itu hari ada pergi teluk lipat, tapi tak dapat nak ambil gambar. bateri mampus.

@asrul
dah 30-an ni, ayat jadi skema. hahahahah