Showing posts with label Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts

Wednesday, January 02, 2013

Ulasan Buku: Memoir Tun Dr Mahathir

Sejak aku berusia 5 bulan, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menjadi Perdana Menteri Malaysia. Oleh itu, tidak hairan aku menjadi pengkagum beliau. Dengan idea, wawasan den keberanian beliau, tidak hairan Malaysia menjadi begitu maju duniawi kini.

Dalam memoir ini, Dr. M menceritakan dengan mendalam kisah hidup beliau, dari semasa zaman kecil, terlibat dengan gerakan kemerdekaan, dibuang UMNO, menjadi Perdana Menteri, memecat DSAI hinggalah perletakan jawatan beliau.

Aku paling suka membaca kisah pada zaman muda beliau. Zaman beliau bersekolah dan berniaga di pasar. Zaman peneyertaan beliau dalam politik tempatan di Kedah. Juga, zaman beliau  belajar di Singapura dan bertemu dengan Dr. Hasmah.

Aku paling kagum bila membaca bagaimana tercetusnya idea beliau terhadap pelbagai projek kemajuan negara. Putrajaya dan Cyberjaya antara yang sangat mega dan berjaya hingga kini. Juga, diceritakan rasional disebalik projek-projek mega tersebut.

Aku paling bingung apabila membaca ulasan beliau mengenai Islam. Kelihatan agak liberal. Dan aku tidak berani mengulasnya di sini kerana aku bukan siapa-siapa.

Aku juga bingung kisah beliau memecat DSAI. Kelihatannya semacam tidak rasional dan hanya berdasarkan spekulasi dan khabar angin. Saksi yang dikatakan itu pula semacam meragukan. Erm....

Aku cadangkan kau baca buku ini. Baca tentang pemikiran negarawan ini. Susah rasanya nak berjumpa orang yang sangat idealistik seperti beliau. kalau tanak beli, pinkam dengan aku pun boleh. Hahahaha


Monday, September 28, 2009

Kesesatan Yang Nyata

Tempoh hari, sebelum raya aku berkelana ke Putrajaya. Saja, membawa isteri tercinta berjalan-jalan. Oleh kerana Putrajaya adalah asing bagi aku; juga kerana aku belum ada Navigator di kala itu; aku menggunakan Google Maps sebagai panduan.

Setelah melakukan pencarian, Google mencadangkan aku melalui jalan yang berikut

http://maps.google.com/maps?f=d&source=s_d&hl=en&geocode=&saddr=Dungun,+Malaysia&daddr=putrajaya&sll=37.0625,-95.677068&sspn=20.067164,48.779297&ie=UTF8&z=7&pw=2

Aku, dengan yakinnya mengikuti jalan yang dicadangkan. Namun, barangkali kerana kealpaan aku, atau kesilapan Google, aku mengalami kesesatan yang amat nyata. Dari jalan bertar, aku melalui jalan tanah merah di celah-celah kebun kelapa sawit berpaya di kawasan Jalan Jerangau - Jabor.


Pn. Nurul sudah membebal kepada aku. Tapi, setelah gaya pemanduan Karamjit Singh diaplikasikan, aku berjaya keluar dari kesesatan itu.


Tuesday, June 24, 2008

Kekusutan Melanda Jiwa

Kisah ni dah lama. Kira-kira 2 bulan lepas. Aku kena observe budak-budak poli Dungun yang buat praktikal di Lembah Kelang kerja selama tiga hari. Sebelum ini aku memang tak pernah ke Lembah Kelang dengan berkereta. Adalah dua tiga kali aku ke Lembah Kelang dengan bas dan ronda-ronda ibukota dengan keretapi (komuter, LRT, STAR, Monorel). Mula-mula cuak juga hendak ke Lembah Kelang. Tapi, aku redah, janji kerja aku siap!!!

Sepanjang di Lembah Kelang, ada beberapa perkara menarik yang aku hendak kongsikan bersama. Mungkin pada pandangan orang Lembah Kelang perkara yang akan aku nyatakan di bawah adalah perkara biasa, tapi pada aku ianya adalah luar biasa bagus (sambil mengangkat kedua-dua ibu jari tangan --- gaya CNI --- apa yang aku repekkan ni?)

1. Di Jalan Brunei, Pudu, aku tengok daging babi di jual di tepi jalan. Selamba. Lalu aku dapatlah melihat kaki babi yang gebu digantung bagi menarik perhatian pelanggan. Huhuhuhuhuhuh

2. Sedang aku dan rakanku berpusing-pusing di Shah Alam untuk mencari Seksyen 13, tiba-tiba aku dengar bunyi hon dari sebuah kereta bernombor pendaftaran KL yang dipandu oleh seorang kakak yang cun. Dia tanya aku. "Dik, macam mana nak pergi Seksyen 27?". Aku dengan muka yang kusut menjawab, "Tah la kak, saya pun tengok peta ni, nak cari Seksyen 13". Tapi dalam hati aku berkata "Aik? Orang KL pun tak tahu jalan KL?" Huhuhuhuh, sungguh syahdu

3. Jalan di Shah Alam banyak bulatan. Bulatan Kemajuan, Bulatan Pinggiran, dan bermacam-macam nama bulatan lagi(di kampung aku, Bandar Tenggara hanya ada satu bulatan sahaja). Bila kami sesat di bulatan-bulatan tersebut, kami akan pusing bulatan tersebut empat lima kali sambil menelifon rakan-rakan yang mahir dengan bulatan-bulatan di Shah Alam. "Hello Jul, aku kat Bulatan Kemajuan nak pergi Seksyen 13, aku nak ikut pukul berapa ni?!!!"

4.
Sykt Lekir Jati: Bangi ngan Putrajaya dekat jer
Aku: Ye ke dekat? Kalau tengok peta ni macam jauh je
Sykt Lekir Jati: Iye... memang dekat
Aku: Brapa dekat tu?
Sykt Lekir Jati: Dalam 20 minit jer..
Aku: ????

(Perbualan Telifon)
Aku: Jul, dekat tak Klang dengan Shah Alam?
Azrul: Dekat jer...
Aku: Brapa dekat?
Azrul: lebih kurang 20km jer...
Aku:???

Orang Lembah Kelang kata 20km, 20 minit dekat. Aku rasa jauh!!! Aku dari Dungun hendak ke Paka pun rasa malas. Orang Lembah Kelang setakat Bangi-Putrajaya, Klang-Shah Alam dekat jer...

5. Jalan sikit tol. Jalan banyak sikit lagi banyaklah kena bayar tol. Tol, tol dan tol... Kini aku fahamlah kenapa Selangor jatuh ke tangan pembangkang...

6. Jalan di Lembah Kelang berselirat! Aku jadi keliru dan bingung. Dari Shah Alam kami boleh sesat sampai Lapangan Terbang Subang dan nyaris-nyaris nak sampai Rawang. Dari Keramat ke Pudu kami ambil masa lebih sejam! Walhal jalan tidaklah begitu sesak...

7. Muka orang Lembah Kelang ketat dan kelat. Barangkali kerana tekanan kerja, kesesakan lalu lintas dan kos sara hidup tinggi. Syukur aku kerja di Dungun. Bandar yang tenang sehingga lembu boleh menguasai jalan raya. Huhuhuhuhuuh

Kesimpulannya Lembah Kelang memang kusut!!!

p/s: Er... ada kaitan ke cerita aku dengan tajuk?