Salah satu cara untuk berjimat adalah dengan langkah "Bumi Hijau". Iaitu program menanam sendiri tanaman untuk kau makan. Aku, sudah lama kiranya menyahut cabaran ini, semasa zaman bapa mertua Khairy Jamaludin. Tapi, tidaklah sangat aktif. Sekadar suka-suka untuk mengeluarkan peluh.
Dalam banyak-banyak tanaman, aku paling suka ubi kayu. Tak tahu kenapa, barangkali ia mudah hidup.
Tempoh hari, aku ada mengepost gambar hasil berbudinya kau kepada tanah di laman fb aku.
Walaupun gambar di atas bukanlah gambar awek picisan buat muka duck face depan Pavilion, namun, post tersebut mendapat like dan komen yang banyak! Huhuhuhuhu
Antara komennya, bertanya bagaimana aku membiakkan ubi tersebut. Ini jawapan aku.
1- Masa tanam ubi tu, tanam secara condong. Jangan tegak macam tiang. Dia kena condong. Lagi condong, ubi makin besar. Biasanya aku tanam dengan kecondongan kurang 40 darjah.
2- Rajin siram pada awal pertumbuhan. Ubi ni dia suka banyak air. Air makin banyak, dia boleh jadi makin gemuk. Dari mula-mula tanam sampai tingga pucuknya 1.5 kaki, kena siram tiap-tiap hari. Pagi dan petang.
3- Dua minggu atau seminggu sekali aku akan taruk baja NPK 15:15:15. Tapi, sebelum taruk baja tu, pastikan tiada rumput disekeliling pokok. Nanti rumput tu yang serap nutrien baja.
4- Sekali-sekala aku siram dengan air basuh nasi atau air basuh ikan. Ini petua mak aku.
5- Sekali-sekala, gemburkan tanah sekeliling pokok. Ini bagi memastikan air atau baja mudah meresap.
6- Pernah sekali aku letak baja organik. Baju tu aku buat dari nasi basi campur dengan gula perang. Kedua-duanya aku perap dalam 2 minggu. Lepas tu, selama beberapa kali bajaan, aku menggunakan baja tu.
7- Lepas 10 bulan, boleh cabut ubi tu.
Itu cara aku. Tapi, mungkin kau ada cara lain yang lebih berkesan. :-)
No comments:
Post a Comment