Barangkali kau yang baca ini pun macam aku. Hohohoohoho.
Entah macam mana, suatu hari, keluar dalam newsfeed facebook aku tentang cara-cara membasuh mesin basuh. Jadi, aku dengan gembiranya hari ini ingin pula berkongsi dengan kau cara-caranya.
1- Kau pergi Cosway, beli benda ini. Harga bukan ahli RM16.90. Dalam dia ada 2 bungkus.
3- Masukkan satu paket ke dalam masin basuh. Jangan kedukut. Letak je semua
4- Lepas tu, kau basuh macam biasa. Tapi, tak perlu set spin atau rinse. Hanya wash sahaja. Lepas tu biar tub / drum berendam selama lima jam. Eloknya sebelum tidur kau buat. Bangun tidur dah siap.
5- Esok pagi bila kau bangun kau akan nampak kotoran terampai. Aku nasihatkan untuk kau kaut kotoran tu. Kalau tak, jenuh nanti kau nak bilas. Tapi, siapa yang tangan sensitif, eloknya pakai sarung tangan plastik. Pandai-pandai kau la nak kaut pakai apa. Pakai penapis teh/kopi pun boleh. Tapi, diam-diam. Jangan bagitau bini kau.
6- Lepas tu, kau buat tub / drum hygiene. Tapi, kalau kau set rinse biasa pun boleh. Aku lepas set tub hygiene ni, terus pergi kerja.
7- Bila balik kerja, aku sambung kerja mencuci. Ada lagi sisa di dasar tub. Kena bersihkan manual pakai kain. Lepas tu rinse sekali lagi. Lepas tu bersihkan dasar lagi. Buat ulang kali sampai bersih dan kau puas hati.
Kalau kau tak buat langkah 5, jenuh kau langkah 7 ni.
8- Jangan lupa untuk kau bersihkan penapisnya.
Siap!
Gambar tub yang bersih aku tak sempat nak ambil gambar. Pn. Nurul bising dah, sebab baju 2 bakul tak basuh lagi. Ialah, kami ni berdua je, basuh baju sekali atau dua kali je seminggu.
Kalau ikut panduan dari kotaknya, membasuh tub / drum mesin basuh ni kena buat sebulan sekali. Tapi, ikut suka hati kau la nak basuh sekerap mana. Tapi, kalau rasa kau basuh baju macam tak bersih, elok cepat-cepat buat.
Kerja ni sebaiknya kau sebagai lelaki buat. Jangan nak duduk terkangkang je depan tv. Ini salah satu teknik bagi bini sayang dekat kau.
1 comment:
Baru je seminggu ni teringat nak gugel cara basuh tub mesin basuh. Dh jmoa pencuci di lazada. Tinggal nk bayor je blom lg hahaha
Post a Comment