Showing posts with label cosway. Show all posts
Showing posts with label cosway. Show all posts

Saturday, January 07, 2017

Teknik Supaya Bini Bertambah Sayang: Membasuh Tub / Drum Mesin Basuh

Aku tidaklah mempunyai pengetahuan mendalam tentang mesih basuh. Aku tahu pakai sahaja. Bila rosak, pergi hantar untuk dibaiki. Kalau tak boleh baiki, boleh hantar ke tempat pelupusan sampah. Juga, aku juga tidak tahu rupanya mesih basuh juga perlu diservis atau dalam lain kata, perlu juga ia dibasuh.

Barangkali kau yang baca ini pun macam aku. Hohohoohoho.

Entah macam mana, suatu hari, keluar dalam newsfeed facebook aku tentang cara-cara membasuh mesin basuh. Jadi, aku dengan gembiranya hari ini ingin pula berkongsi dengan kau cara-caranya.

1- Kau pergi Cosway, beli benda ini. Harga bukan ahli RM16.90. Dalam dia ada 2 bungkus.




2- Baca arahannya dulu. Orang kita biasanya skip bahagian ni.




3- Masukkan satu paket ke dalam masin basuh. Jangan kedukut. Letak je semua


4- Lepas tu, kau basuh macam biasa. Tapi, tak perlu set spin atau rinse. Hanya wash sahaja. Lepas tu biar tub / drum berendam selama lima jam. Eloknya sebelum tidur kau buat. Bangun tidur dah siap.


5- Esok pagi bila kau bangun kau akan nampak kotoran terampai. Aku nasihatkan untuk kau kaut kotoran tu. Kalau tak, jenuh nanti kau nak bilas. Tapi, siapa yang tangan sensitif, eloknya pakai sarung tangan plastik. Pandai-pandai kau la nak kaut pakai apa. Pakai penapis teh/kopi pun boleh. Tapi, diam-diam. Jangan bagitau bini kau.




6- Lepas tu, kau buat tub / drum hygiene. Tapi, kalau kau set rinse biasa pun boleh. Aku lepas set tub hygiene ni, terus pergi kerja.


7- Bila balik kerja, aku sambung kerja mencuci. Ada lagi sisa di dasar tub. Kena bersihkan manual pakai kain. Lepas tu rinse sekali lagi. Lepas tu bersihkan dasar lagi. Buat ulang kali sampai bersih dan kau puas hati.

Kalau kau tak buat langkah 5, jenuh kau langkah 7 ni.


8-  Jangan lupa untuk kau bersihkan penapisnya.



Siap!

Gambar tub yang bersih aku tak sempat nak ambil gambar. Pn. Nurul bising dah, sebab baju 2 bakul tak basuh lagi. Ialah, kami ni berdua je, basuh baju sekali atau dua kali je seminggu.

Kalau ikut panduan dari kotaknya, membasuh tub / drum mesin basuh ni kena buat sebulan sekali. Tapi, ikut suka hati kau la nak basuh sekerap mana. Tapi, kalau rasa kau basuh baju macam tak bersih, elok cepat-cepat buat.

Kerja ni sebaiknya kau sebagai lelaki buat. Jangan nak duduk terkangkang je depan tv. Ini salah satu teknik bagi bini sayang dekat kau.

Friday, March 27, 2009

Lelaki Gila Seks

Ada seorang kawan aku mengadu. Awek beliau diganggu oleh seorang lelaki gila seks. Lelaki itu menawarkan korset percuma berjenama Cosway kepada awek ini. Bagi memperolehi korset itu, awek itu perlu menjawab beberapa soalan. Antaranya saiz bra dan pinggul. Kemudiannya, lelaki ini memberitahu bahawa untuk kelihatan kurus, awek itu harus melakukan onani dengan kerap, lebih kurang 3 kali seminggu. Kelucahan lelaki ini semakin bertambah apabila beliau menerangkan cara-cara untuk onani. Owh! Macam haram.

Awek ini ketakutan, lalu menceritakan kepada kawan aku yang merupakan teman lelaki beliau. Kawan aku ini menelifon Cosway bagi mengesahkan promo korset percuma. Nyata, Cosway tidak membuat promo seperti itu. Nyata juga, lelaki gila seks itu adalah penipu.

Kawan aku menayakan kepada aku apa yang harus beliau buat. Aku mencadangkan beliau dan awek beliau segera sahaja melaporkan kepada polis. Lalu, aku mencadangkan supaya nama samaran lelaki gila seks itu dan nombor telefonnya dipaparkan di blog yang suam-suam kuku ini.

Nama Samaran: Azlan
No. Telefon: 019-6335724

Jadi, gadis-gadis diluar sana harus berhati-hati dengan nombor telefon ini. Manakala kepada jejaka yang mempunyai banyak kredit dan masa lapang, boleh saja melakukan misscall kepada lelaki ni dengan kadar sekali bagi setiap 15 minit. Huhuhuhuhuhuh