Thursday, September 20, 2018

Tempat Makan Terbaik di Dungun: Kedai Makan Mookata

Terengganu, Dungun khasnya, menu minum petang di kedai biasanya keropok goreng, pisang goreng dan segala macam celup tepung. Banyak juga kedai yang ada jual segala macam jenis laksa dan mee.
Namun, kalau hari-hari makanan yang sama, aku bosan.
Ya, ada juga kedai yang ala hipster yang jual makanan yang premium. Tapi, gaji kerja kerajaan biasa-biasa macam aku ni, mampu tengok je menunya.
Tapi, kini aku dah jumpa penyelesaian kepada kebosanan makanan yang sama dan ketidak kemampuan aku makan di kedai hipster.
Ini adalah kedai istimewa, lain dari yang lain.
Kedai ini hampir dengan pantai Teluk Gadong, selepas SMK Sura.
Nama lamanya Petok Coffee. Aku pernah review kedai ini di https://roshaizulnizam.blogspot.com/2017/01/tempat-makan-terbaik-di-dungun-petok.html
Kini, namanya Kedai Makan Mookata. 
Kedai ini ada banyak menu. Ada steamboat, mee udang, nasi lemak chicken chop, lempeng kelapa, roti puri, popia dan pastinya keropok lekor.
Boleh dikatakan semua menu di kedai ini aku sudah rasa. Oleh itu aku berani cadangkan menu berikut.
Lempeng kelapa.
Lempengnya kena dengan tekak jawa aku. Macam lempeng biasa, tetapi kelapa parut dimasukkan sekali ke dalam adunan. Tebal. Cicah pula dengan sambal tumis. Alamak! Memang A!
Popia sayur.
Sayurnya banyak. Popia dia gemuk. Popia biasanya dua kali gigit boleh habis. Yang ini banyak gigit juga la. Paling terbaik, popia dia digoreng bila kita pesan. Panas-panas. Kena pula dengan sos dia. Ngam.
Keropok lekor.
Ini pun digoreng bila kita pesan. Keropok ini dibuat sendiri. Rasa ikan yang mewah. Sedapnya ampun.
Teh O Lemon.
Makan benda berminyak atas kena lawan dengan air ini. Airnya memang sesedap rasa.
Tapi, aku nasihatkan kau jangan order chicken chop atau mee udang. 
Menu lain macam steamboat, roti puri dan asam pedas, kau boleh cuba. Kena dengan harinya, boleh jadi sedap.
Kedai ini, kalau orang tak ramai, ok. Kalau lebih 4 meja je, dia dah gelabah. Jadi lambat. Ialah, kebanyakkan menunya dibuat bila ada pesanan. Itu yang lambat sikit.
Lagi satu yang best kedainya, kerusinya besar. Selesa untuk orang gemuk macam aku duduk.
Apa pun, kau kena cuba. Tak cuba tak tahu.

Ini menu kegemaran aku di kedai ini.

Ini ha papan tanda kedai.

Kaunter dia. Hispter. Tapi, makanan harga marhaen.

No comments: