Showing posts with label sura. Show all posts
Showing posts with label sura. Show all posts

Thursday, September 20, 2018

Tempat Makan Terbaik di Dungun: Kedai Makan Mookata

Terengganu, Dungun khasnya, menu minum petang di kedai biasanya keropok goreng, pisang goreng dan segala macam celup tepung. Banyak juga kedai yang ada jual segala macam jenis laksa dan mee.
Namun, kalau hari-hari makanan yang sama, aku bosan.
Ya, ada juga kedai yang ala hipster yang jual makanan yang premium. Tapi, gaji kerja kerajaan biasa-biasa macam aku ni, mampu tengok je menunya.
Tapi, kini aku dah jumpa penyelesaian kepada kebosanan makanan yang sama dan ketidak kemampuan aku makan di kedai hipster.
Ini adalah kedai istimewa, lain dari yang lain.
Kedai ini hampir dengan pantai Teluk Gadong, selepas SMK Sura.
Nama lamanya Petok Coffee. Aku pernah review kedai ini di https://roshaizulnizam.blogspot.com/2017/01/tempat-makan-terbaik-di-dungun-petok.html
Kini, namanya Kedai Makan Mookata. 
Kedai ini ada banyak menu. Ada steamboat, mee udang, nasi lemak chicken chop, lempeng kelapa, roti puri, popia dan pastinya keropok lekor.
Boleh dikatakan semua menu di kedai ini aku sudah rasa. Oleh itu aku berani cadangkan menu berikut.
Lempeng kelapa.
Lempengnya kena dengan tekak jawa aku. Macam lempeng biasa, tetapi kelapa parut dimasukkan sekali ke dalam adunan. Tebal. Cicah pula dengan sambal tumis. Alamak! Memang A!
Popia sayur.
Sayurnya banyak. Popia dia gemuk. Popia biasanya dua kali gigit boleh habis. Yang ini banyak gigit juga la. Paling terbaik, popia dia digoreng bila kita pesan. Panas-panas. Kena pula dengan sos dia. Ngam.
Keropok lekor.
Ini pun digoreng bila kita pesan. Keropok ini dibuat sendiri. Rasa ikan yang mewah. Sedapnya ampun.
Teh O Lemon.
Makan benda berminyak atas kena lawan dengan air ini. Airnya memang sesedap rasa.
Tapi, aku nasihatkan kau jangan order chicken chop atau mee udang. 
Menu lain macam steamboat, roti puri dan asam pedas, kau boleh cuba. Kena dengan harinya, boleh jadi sedap.
Kedai ini, kalau orang tak ramai, ok. Kalau lebih 4 meja je, dia dah gelabah. Jadi lambat. Ialah, kebanyakkan menunya dibuat bila ada pesanan. Itu yang lambat sikit.
Lagi satu yang best kedainya, kerusinya besar. Selesa untuk orang gemuk macam aku duduk.
Apa pun, kau kena cuba. Tak cuba tak tahu.

Ini menu kegemaran aku di kedai ini.

Ini ha papan tanda kedai.

Kaunter dia. Hispter. Tapi, makanan harga marhaen.

Tuesday, October 16, 2012

Derma Pembesaran Masjid Lama Sura

Asyik melabur dunia je. Apa kata tambah saham akhirat pula. :-)

Derma pembesaran masjid lama Sura. Sumbangan boleh disalurkan ke
BIMB:  13044020996831 (Masjid Lama Sura)

Nak tahu lebih lanjut call/sms 013 989 6732, 019 921 8317, 019 933 6344.

Perkembangan pembinaan boleh tengok di http://masjidlamasura.blogspot.com/

Monday, April 30, 2012

Kenapa tidak disubsidikan sahaja RON97. (Akukah yang bodoh?)

Aku malas nak cerita secara teknikal tentang RON dengan enjin kereta. Tapi, dalam pengetahuan aku, RON97 tidak smestinya sesuai dengan enjin kau. Penggunaan RON yang tinggi sesuai bagi kereta yang mempunyai nisbah mampatan yang tinggi. Kalau nisbah mamapatan kereta kau rendah, barangkali akan terjadi fenomena "knocking and detonation" apabila kau menggunakan RON97.

Ok, lupakan itu. Yang pastinya kebanyakan enjin moden lebih efisyen menggunakan RON97.

Aku tak tahu samada aku yang bodoh atau mereka yang bodoh. Hahahahahaha. Sebelum kau mengetahui lebih lanjut mengenai hal kebodohan itu, ada baiknya kau lihat gambar di bawah.


Gambar diambil di stesen minyak Petronas di Sura, Dungun.

Tertera disitu, harga RON95 tanpa subsidi dan pelepasan cukai adalah RM3.54. Kerajaan dengan murah hatinya telah mengsubsidi sebanyak RM1.05 dan pelepasan cukai sebanyak RM0.59. Jadi, harga RON95 menjadi kurang sebanyak RM1.64.

Ok, harga RON97 yang terkini adalah RM2.90. Kalau kerajaan melepaskan cukai dan mengsubsidi sebanyak RM1.64, maka RON97 berharga hanya RM1.26/liter!!! Jadi, kerajaan boleh jimat RM0.64/liter. Banyak tu jimat! Agaknya kalau dikumpul, boleh bagi pendidikan percuma pada budak-budak yang masuk IPT. Huhuhuhuhu

Jadi, aku jadi musykil kenapa kerajaan mengsubsidi minyak yang kualiti kurang dan harganya mahal. Adalah lebih praktikal jika kerajaan mengsubsidi RON97 yang lebih berkualiti dan lebih penting, lebih murah!

Owh, barangkali aku ini yang bodoh. Sebab, barangkali ada sebab-sebab ekonomi (atau politik?) yang aku tidak tahu. Hahahahahaha. Tapi, sebagai orang yang terlibat dalam kejuruteraan, aku lebih memikirkan sesuatu yang praktikal pada kos yang rendah.

Kalau ada sesiapa yang tahu sebab apa kerajaan mengsubsidi RON95, dan bukah RON97, silalah beritahu aku pada komen di bawah. :-)