Perkhidmatan kurier yang menjadi pilihan aku adalah pos laju. Aku pernah guna banyak syarikat kurier sebelum ini, tapi, perkhidmatan pos laju yang terbaik, kawasan liputan yang paling luas dan yang paling penting kosnya lebih murah. Tapi, aku rasa ramai diluar sana yang akan mengeji perkhidmatan pos laju. Tapi, pada aku perkhidmatan kurier yang lain lagi teruk dari pos laju.
Aku berkata demikian kerana pos laju menguruskan sendiri sistem penghantarannya. Tidak seperti syarikat kurier lain yang biasanya akan melantik ejen perkhidmatan. Jadi, jika ada masalah dengan penghantaran pos laju, dengan cepat diorang akan dapatkan punca masalah dan selesaikanya dengan cepat juga. Pengalaman aku dengan kurier lain, kalau ada masalah, biasanya akan ada tuding menuding jari antara ejen. Yang tersepitnya adalah aku. Cis!
Lagi terbaik, aku ada akaun dengan pos laju. Jadi, kos pos aku dibayar secara bulanan. Juga, aku tidak perlu beratur ketika menghantar parcel. Hanya ke kaunter dan tinggalkan sahaja.
Biasanya aku akan melakukan kerja pengeposan pada jam 1-2 petang. Juga, selepas waktu pejabat, jam 5 petang. Jadi, seperti kebiasaan, tempoh hari, pada jam kurang lebih 1 petang, aku ke pejabat pos laju Dungun. Tapi, dengan kecewanya....
Aku patah balik. Jam 5.40petang aku sampai kembali ke situ. Tapi, dah tutup! Tapi, aku rasa mereka ada beberapa minit lagi sebelum tutup.
Aku kecewa lagi. Bukan dekat sebenarnya untuk ke situ. Perjalan dua kali ke situ pergi balik mengambil jarak lebih 20km!
Pada hemat aku, pos laju Dungun perlu ada penambahan kerani. Pada pemerhatian aku, hanya ada dua kerani di situ. Kalau sorang cuti, tinggal sorang terkontang-kanting. Takkan dia tak pergi makan, berak atau sembahyang? Masa dia buat perkara-perkara tersebut, tentulah pejabat pos laju tutup. Ini bukan sahaja menyusahkan aku, tapi pelanggan lain juga. :-(
Kena datang esok pula. Harapnya mereka buka.
No comments:
Post a Comment