Yong Peng. Bandar yang sangat sibuk. Terlalu sibuk. Terkadang aku rasa menyampah hendak melalui Yong Peng jika pulang ke Johor melalui Segamat.
Yong Peng. Walaupun sibuk, tapi dahulu Abah aku sangat kerap ke sini untuk memborong buah-buahan. Banyak. Terkadang sampai lori kelihatan senget kerana terlampau sarat dengan buah-buahan. Hingga kini, Yong Peng masih terkenal sebagai pusat borongan buah-buahan.
Yong Peng. Tiada yang menarik, Hanya kesibukan lalu lintas dan deretan pusat borongan buah-buahan. Namun, tempoh hari, aku terjumpa satu gerai nasi ayam.
Gerai ini terletak tidak jauh dari simpang menuju ke Muar, dari Yong Peng. Di hadapan gerai ini ada semacam taman rekreasi.
Nasi ayamnya boleh tahan. Sangat tidak mengecewakan.
Untuk lokasi yang lebih tepat tentang tempat ini, kau boleh rujuk latitud dan longtitud berikut.
1 comment:
kalu x ske pun jgn la kutuk. kecik hati aku (aku org YP). x lama lagi dngr cite bangunan pasaraya econsave akan dibina kt kaw. tanah lapang antara stesen minyak kaler oren & kubur cina tu (ko mesti tau mana tpt tu sbb kalu dtg dari segamat mesti lalu tpt tu). time tu nti lg sibuk la jln raya bsr YP tu. mmg YP cuma pekan kecik je. x ada apa pun kt sini n mmg x glamer pun. tp yg hairannya ramai org lalu/dtg ke pekan ni. jln selalu sibuk, penuh kenderaan & kdg2 jem mcm bandar pulak. pd aku itu la istimewanya YP. org mau jgk lalu/dtg wlwpun tpt kami x de apa yg best
Post a Comment