Aku kira, tempat ini merupakan tempat yang tersohor di Terengganu. Jika pelancong datang ke Terengganu, pastinya mereka tidak akan terlepas untuk ke sini.
Yang utamanya di Taman Tamadun Islam, ialah monumen bangunan/masjid seluruh dunia Islam. Selain itu, ada juga jeti untuk menelusuri sungai, dewan konvensyen, Surau Kristal dan tidak ketinggalan tasik rekreasi.
Aku, sering juga ke tasik di Taman Tamadun Islam untuk beriadah dan mengeluarkan peluh. Treknya agak panjang, aku rasa lebih kurang 500-600 meter sepusingan. Jadi, bila ada masa aku akan berjalan cepat atau berlari anak sebanyak 5-6 kali mengelilingi tasik ini.
Pemandangan di sini yang agak menarik dan tak ramai orang berjogging di sini menyebabkan ia menjadi pilihan aku berbanding lokasi lain.
Tapi sayang, beberapa kemudahan tiadak diselenggara dengan baik. Antaranya tandas ini.
Nampak cantik diluar, tapi hodoh di dalam. Juga, sebelum ini ada perkhidmatan sewaan kanu dan basikal air. Tapi, malangnya ia terbengkalai begitu sahaja dan mencacatkan pemandangan.
Lama dah aku tengok keadaan ini. Lebih dua tahun. Apa diorang tak perasan ke?
2 comments:
Hmmm, Tahun Melawat Teranung tahun depan, 2013. Buatlah sesuatu wahai pihak berkaitan. Mungkin tunggu bajet atau masa sesuai kot.
Untuk bro,
buatlah entri banyok-banyok pasal pelancongan terengganu, tahun depan 2012 Tahun Melawat Terengganu, tengah tunggu apa logo kerajaan negeri akan gunakan.
Aku slow-slow update Journey Terengganu, masih kumpul dan akan kumpul material untuk entri.
tu la pasal. kawan slow slow juga ni. tapi, rasanya kawan fokus pada tempat-tempat menarik yang kurang diwar warkan.
:-)
Post a Comment