Bukan jemputan untuk kahwin. Tapi, jemputan menghadiri majlis kenduri kahwin. Awal bulan Jun ini, sempena cuti hujung minggu yang panjang, ramai mengambil kesempatan untuk berkahwin. Ditambah lagi dengan cuti sekolah, lagilah ramai yang memilih awal Jun ini untuk melangsungkan majlis.
Terkadang boleh jadi 4 majlis perkahwinan dalam satu kampung. Kalau pergi semua empat majlis, dan balun semua lauk gulai, boleh jadi gout rasanya. Hahahahaha.
Berikut, jemputan yang diterima mak mertua aku sepanjang awal bulan Jun ini.
Tu dia, bersusun. Yang kagumnya, mak mertua aku pergi hampir ke semua majlis!
Aku? Pergi satu sahaja. Hahahahahaha.
No comments:
Post a Comment