Showing posts with label melaka. Show all posts
Showing posts with label melaka. Show all posts

Tuesday, December 26, 2017

Mesin CNC Laser Cut Melaka

Kawan aku sorang ni dulu masa belajar dulu bengap. Aku ingatkan aku paling bengap, tapi rupanya ada lagi bengap.

Tapi kalau cerita pasal bisnes, pasal teknologi CNC, beliau memang tahap genius. Otak geliga. Kalau beliau meninggal dunia, mesti Yahudi nak kaji otak beliau.

Kalau kau ada apa-apa barang dari kayu atau logam yang nak potong dalam 2D, hubungi beliau.

Kerja beliau memang terbukti. Kalau kau nak tahu, 90% cenderahati yang dibuat dari kayu yang dijual di Melaka, beliau yang buat. Cenderahati beliau dah menjajah hampir seluruh Melaka, sama tahap macam Portugis.

Jangan lupa sebut nama aku 3 kali kalau nak berurusan dengan beliau.

Ini mesin dia ha.



Ini produk yang dibuat. Handal bukan main!







Nah. Ini nombor telefon tauke. Tak main la letak nombor kuli.  0113-233 8441 (Rizam)

Tuesday, October 02, 2012

Cenderahati Melaka



Kalau kau jumpa benda dia atas ni di Melaka, percayalah, aku kenal tauke yang buat benda tu.

Selain benda di atas itu, beliau boleh juga membuat pelbagai barang cenderahati berasaskan kayu dan benang. Kebanyakan produk yang dibuat mempunyai kepersisan yang tinggi kerana dibuat oleh mesin pemotongan laser dan mesin yang dikawal secara numerik.

Owh, sangat kompleks penerangan di atas. Tapi, kalau kau berminat dengan produk di atas, terus sahaja call 0166467499 (Rizam)

Monday, October 01, 2012

Melaka 23: Tangki Air Tengkolok

Ini episod akhir siri Melaka. Perginya 3 hari sahaja. Tapi kena 3 bulan baru habis cerita. Hahahahaha. Macam haram.

Dalam perjalanan pulang, dari Melaka ke Bandar Tenggara, aku melalui Lebuhraya AMJ. Lalu, terlihat sebuah tangki air.


Sebetulnya, aku tidak pasti beza antara tengkolok, tanjak dan destar!

Sunday, September 30, 2012

Melaka 22: Aiskrim Dua Ringgit

Di Melaka, aiskrim dua cedok RM2. Fuh! Jual 6 cedok je boleh balik modal satu bekas aiskrim!


Tapi aku tak hairan. Biasalah, negeri pelancongan. Di Terengganu pun macam tu juga....

Monday, September 24, 2012

Melaka 21: Buah Melaka

Gila. Kentang. Tak pasal-pasal kentang jadi gila!

Lama tak update blog. Dekat 3 bulan. Tapi ok la kot. Sebab aku pernah tak update blog lebih 2 tahun! Hahahahaha

Masih lagi cerita honeymoon ke Melaka. Lapuk. Lapuk pun lapuk lah. Sebab, pada aku Melaka tak pernah lapuk. Senantiasa segar malar. Tapi, ironinya, aku sudah ke Melaka dua kali selepas siri Melaka dalam blog ini.

Kembali ke tajuk. Buah Melaka.

Kalau tiada kisah buah Melaka ini, aku tiada kepastian ada atau tidak negeri bernama Melaka ini. Diceritakan bahawa Melaka mendapat namanya tatkala Parameswara melihat anjing peliharaan beliau ditendang oleh seekor pelanduk. Merasa kagum dengan situasi itu, Parameswara yang sedang bersandar di pokok Melaka menjadikan kawasan tersebut sebagai "MELAKA".

Melawat Melaka, baru aku tahu rupa paras pokok Melaka. Juga, baru aku tahu pokok Melaka ada buah.





Sunday, July 01, 2012

Melaka 20: Beca

Beca Melaka memang unik dan menarik. Dengan dihasi bunga dan macam-macam lagi hiasa, memang terasa nak naik beca di Melaka. Berbanding di Kuala Terengganu, becanya suram, berkeladak dan kelihatan dalam keadaan yang tidak elok. Juga, kebanyakan beca di Kuala Terengganu di kayuh oleh warga emas.

Boleh dikatakan beca yang terburuk di Melaka adalah beca yang paling cantik di Kuala Terengganu. Barangkali akan ada yang terasa tentang pernyataan aku itu. Tapi, itulah hakikatnya!

Kebanyakan pengayuh beca di Melaka adalah orang muda. Semuda lewat belasan tahun pun ada. Selain beca yang dihias cantaik, ada sesetengah beca yang memasang speaker besar di bawah seat penumpang!





Tapi, kadar beca di Melaka agak mahal. Harga sewa beca adalah RM50 sejam, dan kau akan di bawa sekeliling bandar Melaka. Pada aku, ia merupakan suatu pendapatan yang lumayan. Kalau dapat kayuh 4 jam seharu pun sudah dapat RM200. Fuh, kalau gaji aku!

Tapi, jujur, aku tak sampai hati nak naik beca. Dengan berat 100kg, aku khuatir aku yang akan mengayuh beca membawa pengayuh yang berat 50kg dan kelelahan. Hahahahaha

Tapi, aku tengok mat saleh yang lebih besar dari aku selamba je naik. Memang tiada hati perut mat saleh tu.

Melaka 19: Muzium Samudera

Tiba-tiba jadi sibuk. Ada projek duniawi. Lalu, tiba-tiba sahaja kisah Melaka terhenti. Hahahahaha

Ok, kembali fokus. Fokus cerita Melaka. Agak basi. Agak lama. Hahahaha

Pada hari pertama aku dan Pn. Nurul di Melaka, ini merupakan tempat pertama yang kami kunjungi. Tapi, malangnya, kerana kami keluar awal sangat, muzium ini tutup. Sekadar meninjau-ninjau di luar. Tatkala tinjauan di lakukan, semua orang yang lalu kawasan tu kehairanan melihat kami. Malah, pakcik tukang sapu itu pun tengok aku atas bawah. Barangkali, beliau hairan ada orang lain yang sama awal dengan beliau.

Aku terus lupakan sahaja niat untuk masuk muzium ini. Tapi, Pn. Nurul berguling banting ingin ke muzium ini. Katanya nak berdiri di anjungan kapal macam cerita Titanic. Akhirnya, aku mengalah. Lalu, kami kembali ke sini pada hari terakhir. 

Alangkan nak masuk jamban pun kena bayar, inikan pula masuk muzium.



Katanya, kapal ini merupakan model kapal Portugis, Flora de la Mar.


Binaan kapal ini sangat mengagumkan aku.






Seperti namanya, pamaren dalam muzium ini banyak berkaitan samudera. Juga, banyak juga maklumatnya yang sama seperti di muzium lain di Melaka.





Best juga pemandangan atas kapal ni. Boleh lihat seberang sana...



Sebetulnya, ada lagi bangunan muzium samudera di sebelah kapal ini. Tapi, kerana kesuntukan masa, kami berlalu pergi. Mungkin 12 tahun lagi kami akan datang lagi! Hahahahha

Wednesday, June 20, 2012

Melaka 18: Muzium Dunia Melayu Dunia Islam

Mulanya, aku tidak tertarik untuk ke muzium ini. Kerana terasa bahawa kandungan dalamnya pasti klise.

Tapi, atas ajakan manja Pn. Nurul yang terpengaruh dengan kain rentang dihadapan muzium. Aku gagahkan juga untuk masuk.


Ya, pameran keranda itu yang megujakan Pn. Nurul untuk masuk.

Seperti mana muzium yang dikendalikan oleh Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), caj masuk tidaklah terlalu mahal.


Pada masa itu, pada tingkat pertama, ada pameran keranda. Aku tidaklah merasa pelik. Tapi, kalau pelancong asing, mungkin mereka dapat info yang baru.



Ok, habis pameran aras bawah. Untuk melihat muzium ini yang sebenar, boleh ke tingkat seterusnya.


Aras tengah memaparkan sejarah dunia melayu di Melaka dan Malaysia. Rupanya, baru aku tahu bahawa keluarga bahasa Melayu-Polinesia merangkumi kawasan yang cukup luas. Tidak hairan bahasa Melayu/Indonesia merupakan antara 10 bahasa utama di dunia.


Pada aras tengah ini, pamerannya kurang lebih dengan apa yang ada di Muzium Stadthuys dan Istana Melaka. Cuma, yang mencuri perhatian aku ada seterika yang dipercayai dari China. Sangat klasik beb.


Pada aras atas pula, dipaparkan sejarah dan maklumat dari Sumatera Selatan. Ia, ternyata sesuatu yang baru buat aku!



Juga, baru aku tahu asalnya Pak Hamka. Aku masih mencari naskah Dibawah Lindungan Kaabah karya beliau.


Owh, sebelum post ini tamat, kau harus tahu bahawa bangunan muzium ini sebenarnya cukup bersejarah.
 

Melaka 17: Istana Melaka

Tak sah kalau ke Melaka dan kau tidak ke sini. Lokasinya terletak bersebelahan dengan Pintu Gerbang Santiago A Famosa.




Dua ringgit je nak masuk. Sama macam harga aiskrim cedok.

Sebenarnya, istana ini adalah hasil pemerhatian sejarahwan dan tukang terhadap manuskrip Sejarah Melayu. Gambaran istana Melaka dalam Sejarah Melayu cukup jelas di sampai dalam bentuk gurindam. Menariknya, pembinaan istana ini tidak menggunakan paku.  Kalau aku banyak duit, teringin juga nak buat rumah semacam istana ini.




Di dalamnya, dipaparkan suasana dalam istana Melaka.




Juga, dipaparkan segala berkaitan dengan Melaka. Paling mencuri tumpuan aku, sedikit kisah Tun Perak, Bendahara Melaka yang tersohor kerana kebijaksanaan dan kesabaran beliau.


Pada bahagian luar istana ini ada semacam taman, "Taman Larangan" katanya.





Di tengah-tengah taman, terdapat tugu tengkolok yang memaparkan orang-orang penting pada zaman kesultanan Melayu Melaka.





Taman larangan ini cukup bersih dan cantik. Tapi, sayangnya beberapa kemudahan tidak diselenggara dengan betul.



Pembaikan perlu segera dilakukan bagi sebelum kemudahan lain turut terjejas. Jangan sampai semua kemudahan terjejas dan taman itu benar-benar menjadi taman larangan! Hahahahahaha