Sunday, January 26, 2014

Aiskrim Goreng Nestle

Jarang sekali aku menikmati aiskrim goreng. Satu, kerana ia bukanlah kegemaran aku seperti labu masak lemak. Kedua, ia agak sukar untuk didapati. Dan ketiganya, ia tidaklah mengenyangkan seperti rojak ayam.

Dalam radar pengetahuan aku, aiskrim goreng hanya boleh dijumpai di medan selera Batu Buruk, Kuala Terengganu. Dengar khabar angin pula, pencetus resepi aiskrim goreng ini telah lama berkelana dan berbisnes di negara atas angin.

Jadi, amatlah tidak logik untuk aku menjejak pencipta resepi yang kini berada di negeri atas angin. Ataupun, amatlah tidak ekonomik jika aku memandu 80km hanya untuk menikmati aiskrim goreng di medan selera Batu Buruk.

Di kedai koperasi tempat kerja aku, ada dijual aiskrim goreng ala-ala frozen food. Jadi, ia amatlah menyenangkan. Hanya dengan berjalan kaki kurang satu kilometer dari pejabat aku, aku boleh mendapatkan aiskrim goreng frozen.


Satu pek diatas mengandungi 6 biji aiskrim goreng. Harganya RM10. Tempoh memasak aiskrim goreng ini hanya lapan saat sahaja. Dan, hasilnya,


Nampak sedapkan? Bukan nampak je, tapi, memang sedap!

Kalau kau rasa, RM10 itu tidak berbaloi, kau boleh buat sendiri. Jom cuba AISKRIM GORENG SODAP LAK AII!!

4 comments:

Anonymous said...

Kat kat batu buruk medan selera tu, kata adik saya, rasa macam roti keramat. :D

kenal x kuih roti keramat?

roshaizul said...

Kayu kamat?
Bakpe kate macamg kayu kamat? Keras ketung ke gane?
Hohohoho

Pok Jak said...

Gerai Lina No 3 Taman Selera Teluk Lipat ada jugok aiskrim goreng. Rasa dia okay la.

Anonymous said...

Haha , aiskrim goreng ni baru je lagi jual kat market