Saturday, January 18, 2014

Pizza Islam Dungun

Ada sebuah kedai kecil. Berhampiran stesen bas lama Dungun yang terletak lebih kurang Courts Mamoth dan Laila Rawas Dungun. Kedai tersebut menjual pizza.



Kebetulan sahaja terjumpa kedai tersebut, semasa nak berurusan di Maybank pada lewat petang. Mungkin telah ditentukan rezeki aku dan tauke kedai tersebut.



Hanya ada satu saiz sahaja untuk pizza ini. Tapi, toppingnya agak pelbagai. Saiz kecil sahaja kiranya. Kalau di Pizza Hut, saiz kecil untuk 1-2 orang makan. Harga satu keping pizza di sini antara RM6.90-RM7.90.

Aku dan Pn. Nurul memesan dua keping. Spicy Chicken (RM7.90) dan Seafood (RM6.90).

Sempat juga kami melihat cara pembantu kedai itu menyediakan pizza. Semacam sudah ada Standard Operating Procedure (SOP) yang tersendiri. Rotinya telah sedia dimasak dan disejuk beku. Pembantu kedai hanya meletak topping dan membakar kembali. Keseluruhan proses mengambil masa kurang 10 minit bagi dua keping pizza.



Rasa pizza sangat mengancam! Sedap! Roti dia memang terbaik. Kalau makan kosong saja pun aku asa sudah sedap. Toppingnya mewah. Cuma cheese macam kurang sikit. Jadi, topping tak berapa melekat dengan roti.




Tapi, persekitaran kedai kurang menarik. Banner agak lusuh. Luar kedai agak berselerak sebab ada semacam gerai lama di tepi kedai.

Juga, pada kotak ada tertulis lawan web www.islampizza.com. Tapi, malangnya web itu telah tiada.



Difahamkan kedai pizza ini diusahakan secara francais. Tauke besar besar orang Kelantan. Difahamkan juga kedai kecil ni boleh menjual 1000 keping pizza sebulan. WOW!


4 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Option tambah cheese ada tak?

roshaizul said...

Kalau ada, aku minta dah kot. Hohoho

Asrul said...

Mewah betul topping pizza islam dungun. Saya beli pizza islam pengkalan chepa topping sikit je, dah tu sosej dipotong nipis dan ditabur jauh jauh nak kasi nampak penuh. huhu.